Sunday, December 30, 2018

KEJOHANAN CATUR TERTUTUP KONVO-BLITZ 2018

Tarikh: 17 November 2018
Tempat: Kantin Village 5, Universiti Teknologi PETRONAS
Kawalan Masa: 3 minit + 2 saat
Sistem Pertandingan: Sistem Swiss 5 pusingan
Keputusan: 

1 Muhd Syamsul Arif Nordin
2 Toh Yew Leong
3 Abdur-Rahman
4 Linggeis Daran


KEJOHANAN CATUR MASISWA ZON UTARA 2018, KPTM ALOR SETAR, KEDAH

Tarikh: 15 & 16 Disember 2018
Kategori: Lelaki dan Wanita (Individu dan berpasukan)
Kawalan Masa: 20 minit dan tambahan 10 saat setiap pergerakan
Sistem permainan: Sistem Swiss, 7 pusingan
Keputusan acara lelaki: klik di sini

Individu:
1) ISKANDAR DANIAL ADAM ADONIS (UTP)
2) MOHAMAD HAKIMI AINAL JAMAL (USAS)
3) MUHAMMAD SYAMSUL ARIF NORDIN (UTP)
4) MOHAMAD DARWIS MOHD SABRI (UniKL)

Berpasukan:
1) UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
2) UniKL MSI
3) UNIVERITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)

Keputusan acara wanita: klik di sini

Individu: 
1) NUR AIIN SELAMAT (UniKL)
2) NURUL SYAHMINA HUSNA MOHD SUHAIM (UTP)
3) GAN SIN YEE (UTP)
4) SITI NUR'ARINA AZWA SHEIKH SALAH (UTP)

Berpasukan:
1) UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
2) UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)
3) UniKL MSI


Thursday, December 20, 2018

Perjalanan Menakjubkan Lye Lik Zang di Filipina!

Source: Courtesy from Lim Chee Khoon's Facebook Post

FM Lye Lik Zang baru sahaja menamatkan kejohanan 17th Asian Continental Chess Championship di Filipina dari 10 hingga 18 Disember yang lepas. Pada kejohanan yang sama tahun lepas, IM Yeoh Li Tian telah mendapat 4.5 daripada 9 pusingan dan tidak berjaya mendapat GM Norm beliau yang kedua. Saya pernah menulis tentangnya dalam blog ini. Sila klik di sini.

Pada tahun ini pula, FM Lye Lik Zang, yang berusia 14 tahun, telah berjaya mendapat 4.5 mata (sama mata dengan IM Li Tian tahun lepas!) daripada 9 pusingan, 8 daripada lawannya adalah pemain berstatus GM dan 1 orang pemain IM. Adakah kali ini beliau berjaya mendapat GM norm?

Menurut FIDE Title Regulations, untuk mendapat GM norm:

(FIDE Title Regulations, 1.48) "In order to achieve a GM norm, a player must perform at a level at least 2600 (Rp)".

Untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance= Rp), formula pengiraan adalah seperti berikut:

Thursday, September 6, 2018

UTP OPEN CHESS CHAMPIONSHIP 2018


DATE: 6 & 7 October 2018 (Saturday and Sunday)
VENUE: Main Hall, Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak
CATEGORY: Team (Non-FIDE rated) and Individual (FIDE rated)
TIME CONTROL: 30 minutes + 30 seconds increment
SYSTEM OF PLAY: 7 rounds, Swiss System

TENTATIVE SCHEDULE: 
6th OCTOBER 2018 (Saturday) 
8:30 am Registration & briefing; 
9:00 am Round 1; 
11:45 am Round 2; 
2:30 pm Round 3; 
5:15 pm Round 4.

7th OCTOBER 2018 (Sunday) 
9:00 am Round 5; 
11:45 am Round 6; 
2:30 pm Round 7; 
4:45 pm Closing ceremony

DEADLINE: 3rd OCTOBER 2018 (Wednesday) for registration and payment.

INFORMATION: For more information, you can send an email to arman_77@hotmail.com. The registered players will be uploaded at http://www.chess-results.com/. 

*The organizer reserves the right to accept or refuse any entry without explanation. 

To view Rules and Regulation & Registration Form in pdf, click here.

ONLINE REGISTRATION: For individual event, please visit https://goo.gl/forms/pvOJUHVMmV13r61B2 

ONLINE REGISTRATION: For team event, please visit https://goo.gl/forms/rDmBok8WdR6SZoYs2


Saturday, July 21, 2018

Rook at the 7th Rank!!

Source: https://www.sparkassen-chess-meeting.de/

Kejohanan 46th Sparkassen Chess-Meeting sedang berlangsung daripada 14 - 22 Julai di Dortmund, German. Seramai 8 orang GM yang terlibat iaitu Vladimir Kramnik, Anish Giri, Ian Nepomniachtchi, Radoslaw Wojtaszek, Jan Krzysztof Duda, Liviu-Dieter Nisipeanu, Vladislav Kovalev dan Georg Meier.

Selepas 36.h5-h4. Apakah gerakan terbaik yang memaksa hitam untuk resign?

Sunday, July 8, 2018

Malaysian Chess Championship 2018

Ucapan Tahniah dari Pulau Jeju...

Ucapan tahniah dari jauh...

Tarikh: 28 Jun - 3 Julai 2018
Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Format: 9 pusingan, 90 minit + 30 saat setiap gerakan


Tahniah kepada NM Fong Yit San dan WFM Tan Li Ting kerana berjaya menjadi juara kebangsaan kategori lelaki dan wanita pada tahun ini. Meskipun diadakan di Perak, tetapi komitmen bersama keluarga yang telah dibuat lebih awal tidak memungkinkan saya untuk menghadiri kejohanan ini. Family is always number one!

Latihan Pusat MSSD Manjung untuk MSS Perak

Tarikh: 27 dan 28 Jun 2018
Tempat: PKG Ayer Tawar, Sitiawan


Sunday, June 10, 2018

Setting "Unplayed Game" dalam Swiss Manager

Untuk mengira tie-break pemain, "Unplayed Game" mempunyai kaedah pengiraannya yang tersendiri. Ia telah diterangkan dalam artikel yang terdahulu dalam blog ini. Sila klik di sini.

Dalam Swiss Manager, ketika membuat pilihan untuk tie-break Buchholz ataupun Sonneborn-Berger, terdapat 4 pilihan setting untuk "unplayed game". Antaranya: 

For unplayed game (forfeit, bye...):
1) Calculate with 1/2 points (modified points)
2) Calculate with real points
3) Counted as a draw against the player/team himself.
4) Counted as a game against a virtual opponent.

Selamat Berpuasa dan Menyambut Idilfitri 1439 Hijrah!

Sebahagian daripada AJK Persatuan Catur Negeri Perak, 31 Mei 2018...

Saturday, May 26, 2018

Kaedah Pengiraan Tie-break untuk "Unplayed Games" bagi mata Buchholz

Kursus Arbiter MASISWA, 27-28 November 2015

Bagaimana mengira mata "Buchholz"?

Mata Buchholz ialah jumlah mata yang dimiliki oleh semua pemain yang berlawan dengannya. Contohnya, Pemain A bertemu dengan pemain B, C, D, E, F, G dan H. Maka, mata Buchholz pemain A ialah dengan mencampurkan kesemua mata yang dimiliki oleh B, C, D, E, F, G dan H. 

Bagaimana mengira buchholz untuk pemain yang mendapat bye? Bagaimana dengan pemain B tidak hadir dan A mendapat kemenangan percuma? Pemain A akan mendapat mata Buchholz yang rendah kerana pemain B telah tidak bermain dalam keseluruhan pertandingan itu dan mengakibakkan jumlah mata B adalah rendah pada akhir kejohanan. Adakah perkara ini adil untuk pemain A?

Pembahagian unplayed games kepada 2 kumpulan:

FIDE telah menetapkan kaedah pengiraan mata Buchholz untuk pemain yang tidak hadir bermain. Dalam FIDE Handbook Competitition Rules Annex 3 Tie-break, FIDE menyatakan:

Sunday, May 20, 2018

Tahniah GM Ju Wenjun: Juara Dunia Wanita!!

GM Ju Wenjun. Source: http://china2018.fide.com/
Tahniah kepada GM Ju Wenjun yang berjaya menewaskan GM Tan Zhongyi dan dinobatkan sebagai Juara Dunia bagi kategori Wanita. Permainan yang berlangsung dari 2 hingga 19 Mei 2018 di 2 bandar iaitu Shanghai dan Chongqing telah dijalankan sebanyak 10 permainan. Ju Wenjun telah berjaya mendahului seawal pusingan kedua lagi. Beliau berjaya mendapat 5.5 mata berbanding Tan Zhongyi yang hanya mendapat 4.5 mata daripada 10 permainan.

GM Ju Wenjun sememangnya memiliki kelebihan kerana dari segi ranking pemain wanita, beliau menduduki tempat kedua di belakang GM Hou Yifan berbanding GM Tan Zhongyi yang berada di ranking yang kesepuluh.

Berikut ialah permainan pusingan keempat apabila Tan Zhongyi yang bermain putih berjaya menewaskan Ju Wenjun untuk merapatkan kedudukan.

Tan Zhongyi-Ju Wenjun. Selepas 33...Qe7-b4
Bagaimanakah Tan Zhongyi memenangi permainan ini?


Sunday, April 22, 2018

GM Aronian vs GM Anand, Wijk aan Zee 2013

Aronian vs Anand, selepas 15.e3xd4
Dalam kedudukan di atas, putih baru sahaja bermain 15.e3xd4. 

Knight putih di petak h7 sedang mengancam Rook di petak f8. Bagaimanakah hitam meneruskan permainan?

Wednesday, April 11, 2018

GM Wang Hao vs GM Anish Giri, Beijing GP 2013

Selepas 7.Bc4xf7+!
Dalam keadaan pieces hitam yang masih belum aktif dan King hitam yang belum castling, GM Wang Hao telah bermain 7.Bc4xf7+. 

Mampukah GM Wang Hao memenangi perlawanan ini?


Saturday, April 7, 2018

Kasparov-Timman, Linares 1993

Putih akan bergerak. Mampukah putih memenangi pertarungan ini?

Kasparov-Timman, 1992.


Sunday, April 1, 2018

Tie-Break: Perbezaan Buchholz dan Buchholz Cut 1

GM Caruana berjaya memenangi Candidates Tournament 2018 tanpa perlu bergantung kepada tie-break. Source: https://en.chessbase.com/post/candidates-2018-berlin-round-14

Tie-break ialah sistem pemutus seri yang digunakan untuk menentukan pemenang apabila pemain-pemain terikat dengan mata yang sama selepas tamat pertandingan. Terdapat banyak jenis tie-break yang boleh digunakan dalam sesebuah pertandingan. Namun begitu, FIDE telah meletakkan beberapa panduan untuk menggunakan tie-break dalam "FIDE Handbook C. General Rules and Recommendations for Tournaments".

Untuk kejohanan yang melibatkan pemain individu yang menggunakan Sistem Swiss, antara tie-break yang biasa digunakan ialah Buchholz, Buchholz cut 1 dan Sonneborn-Berger. Dalam FIDE Handbook, susunan yang biasa digunakan untuk ketiga-tiga tie-break di atas ialah:
1) Buchholz cut 1
2) Buchholz
3) Sonneborn-Berger

Apakah perbezaan antara 3 tie-break di atas?

Sunday, March 25, 2018

Resign dan Un-resign?

Chess is so cruel... GM Kramnik ketika tewas kepada GM Caruana, Candidates Tournament, Berlin 2018 (Gambar: https://twitter.com/Chess__News)

Pemain yang telah menyerah kalah (resign) dianggap sebagai kalah berdasarkan FIDE Laws of Chess: 

5.1.2 The game is won by the player whose opponent declares he resigns. This immediately ends the game.

Oleh itu, berdasarkan artikel 5.1.2, mana-mana pemain yang telah menyerah kalah akan terus dianggap sebagai kalah. Menyerah kalah (resign) boleh dilakukan dengan banyak cara, sama ada dengan cara menghentikan jam, mengumumkan menyerah kalah secara lisan, menjatuhkan Kingnya sendiri, bersalaman dengan lawannya, menandatangani scoresheet atau lain-lain cara yang menunjukkan bahawa dia telah pun menyerah kalah. Meskipun demikian, cara-cara di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas secara bertulis dengan memintanya untuk menandatangani scoresheet dan mencatatkan keputusan permainan sebagai kalah.

Dalam sebuah pertandingan amatur menggunakan kawalan masa standard yang berlangsung di Kitchener, Canada pada tahun 2016, kedudukan berikut telah dicapai pada pusingan ketiga, meja kedua (FIDE Arbiters' Magazine, February 2018):

Selepas 26.Bxb4+
Putih sedang melakukan check dengan gerakan ke-26.Bxb4+. 

Hitam membalas dengan bermain 26...Rxe4 dan menekan jamnya. Putih memanggil arbiter untuk melakukan tuntutan illegal move. Ia jelas merupakan kesalahan illegal move kali pertama dan putih akan mendapat 2 minit tambahan masa. Pada masa ini, arbiter masih lagi belum sampai ke meja tersebut. 

Hitam yang sudah kecewa kerana melakukan illegal move kali pertama, terus mengumumkan "I resign" yang bermaksud "saya menyerah kalah". Pemain dan arbiter yang tiba di meja tersebut mendengar pengumuman tersebut. 

Selepas hitam mengumumkan "I resign", pemain di meja 1 terus mengatakan bahawa sepatutnya hitam hanya perlu bermain "Rook capture bishop". Sebaik mendengar perkataan tersebut, pemain yang menyebut "I resign" terus mengumumkan "then I un-resign".

Adakah pemain dibenarkan untuk "un-resign"?

Saturday, March 3, 2018

FIDE Laws of Chess: Updated version 1 January 2018

Selamat Tahun Baru Cina!! KLK Muhibah Open House, Ipoh 2018. Dari kiri: Madam Yap Miow Kien, penulis, IA Abdul Hamid Majid, NM Chan Swee Loon dan Dr Yee Meng Kheong.


Dalam FIDE Laws of Chess yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2018, terdapat beberapa perubahan kecil yang telah berlaku. Kebanyakannya hanyalah melibatkan penyusunan semula beberapa bahagian undang-undang yang kelihatan berulang. Antaranya ialah seperti berikut:

1) Artikel yang menyentuh undang-undang berkaitan "illegal move" telah diletakkan kesemuanya di bawah artikel 7.5. Ia dilakukan untuk memudahkan arbiter merujuk keseluruhan bentuk-bentuk kesalahan yang diletakkan di bawah "illegal move". Artikel 7.5.1 ialah tindakan yang perlu dilakukan selepas pemain melakukan gerakan "illegal move" dan kemudian menekan jamnya. Artikel 7.5.2 ialah berkaitan "illegal move" yang berlaku ketika pawn tiba di rank yang terakhir. Artikel 7.5.3 ialah berkaitan pemain yang menekan jam tanpa menggerakkan piece. Ia dianggap sebagai kesalahan "illegal move". Artikel 7.5.4 pula menerangkan tentang kesalahan menggerakkan pieces dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Artikel 7.5.5 ialah berkaitan hukuman terhadap pemain yang melakukan gerakan "illegal move". 

Dalam undang-undang versi lama, pemain yang menggerakkan pieces dengan kedua-dua belah tangan dan menekan jam tanpa menggerakkan pieces telah diletakkan dalam artikel yang berasingan (Artikel 7.7 dan 7.8). FIDe Laws yang terkini telah memasukkan artikel 7.7 dan 7.8 di bawah artikel 7.5.

Sunday, February 18, 2018

Kontroversi Tuntutan Seri: 3 kali Pengulangan Position

GM Alexander Grischuk (Source: http://riyadh2017.fide.com)
Pada kejohanan King Salman World Blitz Championship 2017, dalam kategori Terbuka, GM Grischuk (Rusia) telah bertemu dengan GM Mamedyarov (Azerbaijan) pada pusingan ke-19 daripada 21 pusingan. GM Grischuk yang bermain putih telah menuntut untuk mendapat keputusan seri (draw) pada gerakan yang ke-67 selepas berlaku 3 kali pengulangan (repetition) position, namun haknya untuk mendapat keputusan seri (draw) telah dinafikan oleh arbiter yang bertugas. 

Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

Arbiter yang bertugas pada masa itu telah memeriksa kedudukan tersebut dalam komputer yang terletak di luar dewan permainan. Permainan kedua-dua pemain ini telah direkodkan dalam komputer dan juga Digital Chess Board. Arbiter tersebut memutuskan bahawa tidak terdapatnya 3 kali pengulangan position yang sama dan memutuskan agar permainan bersambung. Selepas permainan bersambung, GM Grischuk telah tewas dan beliau telah menulis surat rayuan untuk membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan mata seri kerana telah berlakunya 3 kali pengulangan gerakan yang sama.

Monday, February 12, 2018

Legal move ketika Illegal position?

GM Carlsen vs GM Inarkiev, FIDE World Blitz Championship 2017 (Sumber: www.chessbase.com)

Pertembungan antara GM Carlsen dan GM Inarkiev dalam kejohanan FIDE World Blitz Championship 2017 yang berlangsung pada 29-30 Disember 2017 di Arab Saudi telah menimbulkan kontroversi. Satu rayuan telah dikemukakan oleh GM Inarkiev sebagai bantahan terhadap keputusan arbiter. 

Kesnya adalah seperti berikut:

Dalam perlawanan pusingan pertama daripada 21 pusingan antara GM Magnus Carlsen menentang GM Ernesto Inarkiev, position berikut telah berlaku:

1. e4 c5 2. a3 Nc6 3. b4 cxb4 4. axb4 Nxb4 5. d4 d5 6. c3 Nc6 7. exd5 Qxd5 8. Na3 Bf5 9. Nb5 Rc8 10. Nxa7 Nxa7 11. Rxa7 e5 12. Nf3 exd4 13. Nxd4 Bd7 14. Nb5 Qxd1+ 15. Kxd1 Bc6 16. Bd3 Bc5 17. Re1+ Ne7 18. Ba3 Bxa3 19. Rxa3 Rd8 20. Nd4 Kd7 21. Ra7 Rhe8 22. Kc2 Kc7 23. Rb1 Rb8 24. f3 Nd5 25. Nxc6 Kxc6 26. Bb5+ Kb6 27. Rxb7+



Selepas 27.Ra7xb7+

Dalam kedudukan di atas, pada gerakan ke-27, GM Carlsen telah bermain Ra7xb7+. Walau bagaimanapun, hitam telah bermain 27...Nd5-e3+, tanpa menyedari bahawa Kingnya sedang dalam keadaan check. GM Carlsen pula, yang sepatutnya melakukan claim untuk "illegal move" kerana hitam telah menggerakkan Knight ke petak e3, telah menggerakkan Kingnya dengan bermain 28.Kc2-d3.

Kedudukannya adalah seperti berikut:

Selepas 28.Kc2-d3


Selepas putih bermain 28.Kc2-d3, hitam pula terus menghentikan jam untuk melakukan claim bahawa putih telah melakukan "illegal move". 

Apakah keputusan yang sepatutnya arbiter ambil?

Sunday, February 4, 2018