Saturday, March 8, 2014

Terima Kasih Atas Penghargaan...


Alhamdulillah, terima kasih atas penghargaan yang telah diberi, bersempena dengan Malam Anugerah Kokurikulum 2014 yang diadakan pada 26 Februari 2014. Majlis Malam Anugerah Kokurikulum UTP ialah majlis yang diadakan setiap tahun bagi menghargai sumbangan atlit-atlit dan kelab-kelab kokurikulum. Majlis pada tahun ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor iaitu Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim dan diikuti dengan persembahan dari pelajar-pelajar UTP dan tetamu jemputan iaitu Dr. Fazley Yaacob.

Anugerah ini ialah anugerah yang sepatutnya dikongsi bersama seluruh pemain-pemain catur UTP, AJK Kelab Catur UTP dan pegawai-pegawai di unit Kokurikulum yang banyak menyokong aktiviti catur di UTP. Untuk tahun 2014 ini, kejayaan mendapat pingat gangsa pada acara catur berpasukan lelaki Sukan IPT menjadi hadiah yang tidak dilupa hasil kerja keras pemain-pemain selama ini. Tahniah untuk semua!


Dr. Fazley Yaacob memulakan sesi dengan ucapan motivasi beliau dan diikuti dengan 3 buah lagu iaitu "Bila April", "Coklat Kek"  dan "Asmara Ini".

Latihan Pusat: Pasukan Catur B18 MSS Perak vs UTP

Pasukan MSSM Perak Bawah 18 bersama pasukan UTP serta guru-guru pengiring, serta Fadzil Nayan. Tiada dalam gambar: Saudara Azwan

Bagi membantu persiapan pasukan catur MSSM Perak, 1 perlawanan telah diadakan antara Pasukan Catur Bawah 18 MSS Perak seramai 12 pemain bertemu pasukan catur UTP (5 pemain) pada 8 Mac 2014. Dalam pusingan pertama yang menggunakan kawalan masa standard, pasukan UTP yang bermain secara simul telah menewaskan MSS Perak 8-4. Pusingan kedua pula telah menggunakan kawalan masa rapid iaitu 20 minit dengan tambahan masa 10 saat. Pasukan MSS Perak turut dibantu dalam aspek kejurulatihan oleh Fadzil Nayan dan Azwan.

Berikut ialah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa pertandingan berlangsung: