Tuesday, May 24, 2022

Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan 2022 (National Youth Chess Championship 2022)

 Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan 2022

Tarikh: 5-7 Jun 2022 (Ahad, Isnin dan Selasa)

Tempat: Dewan Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.

Kategori Umur: Bawah 18, 16, 14, 12, 10, 8

Bilangan Pusingan: Sistem Swiss, 8 pusingan

Maklumat Lanjut: https://malaysiachess.org/news/nycc2022/

Senarai hotel berdekatan:

Hotel Kristal - 05-3716868

D Hotel - 05-3748888

D'Art Gallery Hotel - 012-3150288

Oyo 774 Hotel - 05-6122125

Golden Roof Hotel - 012-6494168

Oyo 89691 Hotel Puteri Miqaila – 05-3711571/07-268 7419

Hotel Amigo SIBC - 05-3712912

Hotel Putra Iskandar - 05-3713900

Royale Hotel, Batu Gajah - 017-9278863

OYO 89792 Hamriz Hotel, Seri Iskandar - 05-371 3833

Saturday, May 21, 2022

GM Norm IM Yeoh Li Tian: 0.5 Mata Yang Diperlukan...

IM Yeoh Li Tian ketika menentang GM Anand, 2017 (Source: https://twitter.com/chessbaseindia/status/904620112778493953)

Dalam kejohanan Sukan SEA ke-31, Catur kategori Individu (Standard), peluang IM Yeoh Li Tian mendapat GM Norm ketiga adalah amat cerah. Namun demikian, tewas di pusingan terakhir menutup terus peluangnya untuk mendapat GM Norm dan juga sebarang pingat untuk acara tersebut. IM Yeoh Li Tian telah mendapat 6 mata daripada 9 permainan. Dalam pusingan terakhir, IM Yeoh Li Tian hanya memerlukan seri untuk mendapatkan GM Norm tersebut. 

Bagaimanakah GM Norm tersebut dikira?

Berdasarkan FIDE Title Regulations 2022, terdapat beberapa syarat untuk mendapat GM Norm. Antaranya ialah:

1) Number of Games = sekurang-kurangnya 9 permainan (International Title Regulations, article 1.41). Kategori ini mempunyai 9 pusingan dan memenuhi syarat ini.

2) Title of Opponents (article 1.45). Untuk mendapat norm GM, sekurang-kurangnya sebanyak 1/3 daripada 9 orang pemain lawan adalah GM. Lawan IM Li Tian adalah seramai 4 orang GM daripada 9 orang, iaitu 4/9, melebihi syarat yang diletakkan iaitu 1/3.

3) Rating Performance (Rp) untuk mendapat GM norm mestilah mencapai rating minimum 2600 (article 1.48). 

Bagaimanakah Rating Performance (Rp) Li Tian dikira?

UTP Blitz Online Serie 3 (15 Mei 2022)