Tuesday, May 9, 2023

Hukuman menulis gerakan lebih awal sebelum menggerakkan buah catur (recording a move in advance)

Berdasarkan tulisan oleh IA Anantharam Rathinam dalam website FIDE Arbiters' Comission baru-baru ini, terdapat kes pemain remaja yang diberikan penalti sebagai forfeit (kalah) kerana menulis gerakan sebelum menggerakkan buah catur. Ia menjadi isu kerana gambaran yang diberikan bahawa pemain ini telah melakukan satu kesalahan kecil tetapi telah dihukum dengan hukuman yang sangat berat. Sebelum kita membuat kesimpulan ini, mari kita lihat apakah Undang-undang FIDE yang berkaitan dengan menulis gerakan ketika permainan berlangsung.

Berdasarkan kepada Undang-undang catur FIDE yang terkini (Versi 1 Januari 2023), artikel berikut adalah berkaitan:

Article 8: The recording of the moves

8.1.1 In the course of play each player is required to record his/her own moves and those of his/her opponent in the correct manner, move after move, as clearly and legibly as possible...

Artikel ini menyentuh tentang kewajipan menulis gerakan (dalam kawalan masa standard/klasik) setiap gerakan yang dia atau lawannya lakukan. Ia ditulis mengikut susunan gerakan demi gerakan, dan boleh dibaca secara jelas.

8.1.2 It is forbidden to record the moves in advance, unless the player is claiming a draw according to Article 9.2, or 9.3 or adjourning a game...

Artikel ini menyentuh tentang larangan menulis gerakan terlebih dahulu sebelum menggerakkan buah catur, melainkan pemain ingin claim untuk seri berdasarkan artikel 9.2 & 9.3. Artikel 9.2 adalah berkaitan dengan claim draw 3 repeated position, sementara artikel 9.3 ialah berkait dengan claim draw untuk 50 gerakan.

Secara jelas, pemain dilarang menulis gerakan terlebih dahulu sebelum menggerakkan buah catur.


Antara kesalahan besar yang membolehkan arbiter memberikan penalti forfeit (kalah) kepada pemain ialah kesalahan illegal move yang dilakukan sebanyak 2 kali dalam permainan yang sama. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel 7.5.5. 

Persoalannya, adakah kesalahan menulis gerakan lebih awal ini boleh dikaitkan dengan kesalahan illegal move? Berdasarkan Artikel 7.5, antara kesalahan yang boleh dihukum mengikut illegal moves termasuklah tidak menukar pawn kepada piece selepas pawn promotion, menekan jam tanpa membuat sebarang gerakan dan menggunakan kedua-dua tangan untuk membuat gerakan (seperti castling dll).

Justeru, kesalahan menulis gerakan lebih awal sebelum menggerakkan buah catur tidak termasuk di bawah hukuman illegal move, kerana kesalahan ini tidak diletakkan di bawah artikel 7.5 yang berkaitan dengan illegal move ataupun Artikel 3 yang berkaitan pergerakan buah catur. 

Bagi kesalahan illegal move, hukumannya adalah jelas berdasarkan artikel 7.5.5 iaitu:  the arbiter shall give two minutes extra time to his/her opponent; for the second completed illegal move by the same player the arbiter shall declare the game lost by this player. Arbiter hendaklah menambahkan masa 2 minit kepada pemain lawan dan sekiranya berulang juga, arbiter hendaklah mengumumkan kalah kepada pemain tersebut (dengan syarat pemain lawan boleh melakukan checkmate). 

Oleh itu, apakah hukuman yang arbiter boleh lakukan kepada pemain yang menulis gerakan lebih awal sebelum menggerakkan buah catur?

Untuk kesalahan yang tidak diletakkan jenis penalti secara spesifik (sepertimana illegal move), seperti kesalahan menulis gerakan lebih awal sebelum menggerakkan buah catur, tidak membuat catatan gerakan dengan sempurna, menulis perkara yang tidak relevan di atas scoresheet, mengganggu lawan dll, maka arbiter boleh menggunakan pilihan tindakan yang terdapat pada Artikel 12.9. 

Arbiter boleh memberikan amaran bagi kesalahan pertama. Sekiranya berulang lagi, arbiter boleh menambah masa 2 minit kepada pemain lawan dan memberikan amaran, sekiranya berulang lagi, arbiter akan mengurangkan masa pemain tersebut. Sekiranya berlaku juga, arbiter akan mengurangkan masa pemain itu dan seterusnya memberikan amaran lagi bahawa sekiranya masih berulang kesalahan yang sama, pemain ini akan diberikan forfeit (kalah) kerana pengulangan kesalahan yang sama selepas beberapa kali amaran dan tindakan yang telah diambil. Maka, apabila pemain tadi tetap melakukan kesalahan yang sama selepas amaran dan tindakan yang diambil, maka pilihan terakhir ialah dengan memberikan pemain ini kalah secara forfeit kerana melanggar peraturan yang sama secara berulang kali.

Terdapat beberapa kes berkaitan sebelum ini yang boleh dijadikan panduan.


Kes 1: Kes GM Wesley So, US Chess Championship 2015

GM Wesley So telah membuat catatan pada scoresheet dengan perkara yang tidak relevan dengan maklumat yang diperlukan dalam scoresheet catur. Catatan itu sebagai pemberi peringatan dan motivasi kepadanya. Menurut Chief Arbiter Tony Rich, selepas melakukannya beberapa kali dalam pusingan sebelumnya dan GM Wesley So telah diberikan dua kali amaran bahawa sekiranya diteruskan lagi, arbiter akan memberikan forfeit (kalah). Justeru, apabila GM Wesley So melakukannya sekali lagi pada pusingan kesembilan, arbiter telah memberikannya forfeit (kalah) hanya selepas 5 gerakan bermain ketika berlawan dengan GM Akobian. GM Akobian turut menyatakan bahawa catatan oleh GM Wesley So adalah satu gangguan kerana perkara ini menimbulkan kecurigaan kepada GM Akobian tentang kandungan catatan tersebut.

Keputusan ini adalah selari dengan Undang-undang FIDE Artikel 8.1.4: 

The scoresheet shall be used only for recording the moves, the times of the clocks, offers of a draw, matters relating to a claim and other relevant data.

Dan juga Artikel 11.3.1: 

During play the players are forbidden to use any notes, sources of information or advice, or analyse any game on another chessboard.

Dan juga Artikel 11.5:

It is forbidden to distract or annoy the opponent in any manner whatsoever.

Dan juga Artikel 11.7:

Persistent refusal by a player to comply with the Laws of Chess shall be penalised by loss of the game.


Kes 2: Chief Arbiter Ganesh Babu 

Dalam kes ini, chief arbiter telah memberikan forfeit kepada seorang pemain yang berulang kali tertinggal catatan beberapa pergerakan buah catur. Pemain ini telah menulis aduan kepada FIDE. Dia menyatakan bahawa pada pusingan ke-8, dia telah dipaksa untuk melengkapkan catatan pergerakan catur 2 gerakan terakhirnya yang dia telah tertinggal. Arbiter telah mengurangkan masanya sebagai hukuman kepada kesalahan ini. Apabila kesalahan ini berulang semula, iaitu tertinggal catatan 2 gerakan terakhirnya, arbiter telah mengumumkan dia sebagai kalah (forfeit).

Chief Arbiter Ganesh Babu dalam jawapannya kepada FIDE telah menyertakan scoresheet pemain itu sebagai bukti dan menyatakan bahawa pemain ini telah membuat kesalahan meninggalkan catatan beberapa gerakan bermula pada pusingan ke-2 hinggalah pusingan ke-7. Tindakan termasuklah amaran, menambah masa dan mengurangkan masa telah diberikan kepada pemain ini. Meskipun telah diberikan amaran dan tindakan, pemain ini tetap melakukan kesalahan yang sama pada pusingan ke-8. Justeru, Chief Arbiter telah mengambil hukuman yang lebih berat berasaskan kepada Artikel 11.7 iatu: Persistent refusal by a player to comply with the Laws of Chess shall be penalised by loss of the game.

Oleh itu, pemain itu telah diberikan kalah (forfeit).

Chairman Arbiter Comission, Mr. Takis Nikoloplous, dalam jawapan balasnya kepada aduan bertulis pemain itu telah memetik Artikel 8.1.1 berkaitan tanggungjawab pemain untuk membuat catatan satu demi satu terhadap setiap gerakan buah catur dan memetik Artikel 12.9 sebagai bentuk hukuman yang boleh diberikan kepada pemain dan Artikel 11.7 berkaitan memberikan forfeit (kalah) kepada pemain yang berterusan enggan (persistant refusal) mematuhi peraturan catur FIDE selepas pelbagai amaran dan tindakan yang diambil. 

Takis Nikolopoulos menulis: 

As you can see from the above articles of the Laws of Chess, the Chief Arbiter of the tournament had any reason to forfeit you, as he and his assistants had previously warned and penalized you many times (almost in every round of the tournament) for your infringement of the Laws of Chess (not recording the moves one by one, during the game) during the tournament.

Dalam kejohanan FIDE rated, bagi kesalahan kecil, tetapi selepas arbiter memberikan amaran dan penalti, dan sikap pemain itu masih tidak berubah dan mengulangi kesalahan yang sama, boleh membawa kepada kekalahan secara forfeit.   

Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment