![]() |
Pilihan "Time Control" dalam Swiss Manager |
Dalam FIDE Laws of Chess, kawalan masa (time control) untuk permainan catur boleh dibahagikan kepada 3 iaitu Classical / Standard, Rapid & Blitz.
1) Kawalan Masa Rapid
Bagi kawalan masa Rapid, ia diberikan definisi sebagai:
‘Rapid chess’ game is one where either all the moves must be completed in a fixed time of more than 10 minutes but less than 60 minutes for each player; or the time allotted plus 60 times any increment is of more than 10 minutes but less than 60 minutes for each player.
Berdasarkan definisi di atas:
Rapid Chess ialah permainan catur yang mesti dihabiskan oleh seseorang pemain dalam kawalan masa melebihi 10 minit dan kurang daripada 60 minit. Dengan kata lain, kawalan masa antara 11 minit hingga 59 minit ialah kawalan masa Rapid.
Oleh itu, sekiranya terdapat kejohanan dengan kawalan masa 30 minit tanpa sebarang increment, maka ia adalah kategori Rapid kerana kawalan masa ini adalah kurang daripada 60 minit dan lebih daripada 10 minit.
Bagaimana pula mengira kawalan masa yang memiliki tambahan masa (increment)?
Contoh 1:
Permainan yang menggunakan kawalan masa 30 minit + 30 saat (increment).
Berdasarkan definisi kawalan masa Rapid, "...or the time allotted plus 60 times any increment is of more than 10 minutes but less than 60 minutes for each player":
Iaitu masa yang diberikan (iaitu 30 minit) hendaklah ditambah kepada masa increment sebanyak 60 kali (iaitu 30 saat increment x 60 = 1800 saat = 30 minit) = 30 minit + 30 minit = 60 minit.
Oleh itu, kawalan masa 30 minit + 30 saat (increment) adalah termasuk dalam kawalan masa classical kerana had maksimum kawalan masa rapid ialah 59 minit.
Contoh 2:
Bagaimana pula dengan kawalan masa 45 minit dengan tambahan 10 saat (increment)?
Cara pengiraan: 45 minit (masa diberi) ditambah dengan increment sebanyak 60 kali (10 saat x 60 = 600 saat = 10 minit) = 45 minit + 10 minit = 55 minit.
Oleh itu, kawalan masa 45 minit + 10 saat (increment) termasuk di bawah kategori Rapid kerana ia adalah kurang daripada 60 minit dan lebih daripada 10 minit.
2) Kawalan Masa Blitz
Bagi kawalan masa blitz, definisi yang diberikan ialah:
A ‘blitz’ game is one where all the moves must be completed in a fixed time of 10 minutes or less for each player; or the allotted time plus 60 times any increment is 10 minutes or less.
Berdasarkan definisi di atas, Blitz ialah permainan yang mesti dihabiskan oleh seseorang pemain dengan kawalan masa 10 minit ataupun kurang. Dengan kata lain, maksimum masa yang diberikan kepada seseorang pemain itu ialah 10 minit. Maka, kawalan masa dengan maksimum 10 minit adalah termasuk di bawah kategori Blitz.
Contoh permainan Blitz ialah kawalan masa 5 minit tanpa sebarang increment, ataupun 10 minit tanpa sebarang increment.
Bagi kawalan masa yang melibatkan increment, pengiraannya adalah seperti berikut:
Contoh 3:
5 minit + 3 saat (increment):
Masa yang diberikan (5 minit) ditambah dengan masa increment sebanyak 60 kali (3 saat x 60 = 180 saat = 3 minit) = 5 minit + 3 minit = 8 minit.
Oleh itu, kawalan masa 5 minit + 3 saat (increment) adalah termasuk di bawah kawalan masa Blitz kerana tidak melebihi 10 minit.
Contoh 4:
5 minit + 5 saat increment:
Masa yang diberikan (5 minit) ditambah dengan masa increment sebanyak 60 kali (5 saat x 60 = 300 saat = 5 minit) = 5 minit + 5 minit = 10 minit.
Oleh itu, kawalan masa 5 minit + 5 saat (increment) adalah termasuk di bawah kawalan masa Blitz kerana tidak melebihi 10 minit.
Contoh 5:
8 Minit + 3 saat increment:
Masa yang diberikan (8 minit) ditambah dengan masa increment sebanyak 60 kali (3 saat x 60 = 180 saat = 3 minit) = 8 minit + 3 minit = 11 minit.
Oleh itu, kawalan masa ini adalah termasuk di bawah kawalan masa Rapid kerana melebihi 10 minit dan kurang daripada 60 minit.
3) Kawalan Masa Standard / Classical
No comments:
Post a Comment