Sunday, March 25, 2018

Resign dan Un-resign?

Chess is so cruel... GM Kramnik ketika tewas kepada GM Caruana, Candidates Tournament, Berlin 2018 (Gambar: https://twitter.com/Chess__News)

Pemain yang telah menyerah kalah (resign) dianggap sebagai kalah berdasarkan FIDE Laws of Chess: 

5.1.2 The game is won by the player whose opponent declares he resigns. This immediately ends the game.

Oleh itu, berdasarkan artikel 5.1.2, mana-mana pemain yang telah menyerah kalah akan terus dianggap sebagai kalah. Menyerah kalah (resign) boleh dilakukan dengan banyak cara, sama ada dengan cara menghentikan jam, mengumumkan menyerah kalah secara lisan, menjatuhkan Kingnya sendiri, bersalaman dengan lawannya, menandatangani scoresheet atau lain-lain cara yang menunjukkan bahawa dia telah pun menyerah kalah. Meskipun demikian, cara-cara di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas secara bertulis dengan memintanya untuk menandatangani scoresheet dan mencatatkan keputusan permainan sebagai kalah.

Dalam sebuah pertandingan amatur menggunakan kawalan masa standard yang berlangsung di Kitchener, Canada pada tahun 2016, kedudukan berikut telah dicapai pada pusingan ketiga, meja kedua (FIDE Arbiters' Magazine, February 2018):

Selepas 26.Bxb4+
Putih sedang melakukan check dengan gerakan ke-26.Bxb4+. 

Hitam membalas dengan bermain 26...Rxe4 dan menekan jamnya. Putih memanggil arbiter untuk melakukan tuntutan illegal move. Ia jelas merupakan kesalahan illegal move kali pertama dan putih akan mendapat 2 minit tambahan masa. Pada masa ini, arbiter masih lagi belum sampai ke meja tersebut. 

Hitam yang sudah kecewa kerana melakukan illegal move kali pertama, terus mengumumkan "I resign" yang bermaksud "saya menyerah kalah". Pemain dan arbiter yang tiba di meja tersebut mendengar pengumuman tersebut. 

Selepas hitam mengumumkan "I resign", pemain di meja 1 terus mengatakan bahawa sepatutnya hitam hanya perlu bermain "Rook capture bishop". Sebaik mendengar perkataan tersebut, pemain yang menyebut "I resign" terus mengumumkan "then I un-resign".

Adakah pemain dibenarkan untuk "un-resign"?


Berdasarkan artikel 5.1.2, pemain yang telah menyerah kalah tidak boleh meneruskan lagi perlawanan. Permainan dianggap tamat sebaik sahaja pemain itu mengumumkan bahawa dia resign

5.1.2 ..... This immediately ends the game.

Oleh itu, ternyata bahawa permainan ini tidak lagi boleh diteruskan kerana pemain itu telah mengumumkan "I resign", meskipun sebenarnya pemain tersebut hanya melakukan kesalahan "illegal move" kali pertama sahaja. Kesalahan "illegal move" kali pertama tidak menyebabkan pemain itu dihukum dengan kekalahan. Tambahan pula, pengumuman "I resign" turut didengari oleh beberapa pemain dan arbiter dengan jelas. Ia tidak boleh ditarik balik.

Berkaitan dengan pemain dari meja lain yang mengganggu permainan di atas, dia boleh dihukum berdasarkan artikel 12.7 dan penalti dalam artikel 12.9.

12.7 If someone observes an irregularity, he may inform only the arbiter. Players in other games must not to speak about or otherwise interfere in a game. Spectators are not allowed to interfere in a game. The arbiter may expel offenders from the playing venue.

Oleh kerana gangguan ini berlaku SELEPAS pemain itu RESIGN, maka arbiter tidak memberikan penalti yang berat kepada pemain yang mengganggu tersebut kerana permainan telah tamat. Tetapi pemain tersebut tetap diberikan amaran keras, tanpa dikenakan penalti yang lebih berat, kerana gangguan yang telah berlaku meskipun selepas permainan tamat.

Oleh itu, kesimpulannya:

1) pemain yang telah menyerah kalah (resign), tidak boleh menarik balik keputusannya untuk resign.
2) pemain yang telah menyerah kalah hendaklah menandatangani scoresheet dan menyatakan keputusannya untuk menyerah kalah secara bertulis.
3) pemain lain tidak dibenarkan untuk mengganggu permainan yang sedang berlangsung ataupun menimbulkan gangguan terhadap permainan yang telah tamat dan boleh dikenakan penalti berdasarkan artikel 12.9.

No comments:

Post a Comment