Sunday, April 14, 2019

Bagaimanakah mengira FIDE Rating untuk Pemain "Unrated"?

Bagi pemain yang belum memiliki rating FIDE, berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipenuhi sebelum rating FIDE diberikan buat pertama kali kepada pemain tersebut. Dengan andaian bahawa pemain itu telah menyertai kejohanan catur yang menggunakan Sistem Swiss, berdasarkan "FIDE Rating Regulation":

6.3. In a Swiss or Team Tournament:
6.3.1. For an unrated player’s first performance to count, he must score at least 1/2 point.

7.14c The condition of a minimum of 5 games need not be met in one tournament. Results from other tournaments played within consecutive rating periods of not more than 26 months are pooled to obtain the initial rating.
7.14d The rating is at least 1000.
7.14e The rating is calculated using all his results as if they were played in one tournament (it is not published until he has played at least 5 games) by using all the rating data available.

Bagi Pengiraan Rating:
8.2.2. If he scores 50%, then Ru = Ra
8.2.3. If he scores more than 50%, then Ru = Ra + 20 for each half point scored over 50%
8.2.4. If he scores less than 50% in a Swiss or team tournament: Ru = Ra + dp

Contohnya:

Pemain A telah menyertai Swiss Tournament 1 dan telah bertemu dengan 2 orang pemain yang mempunyai FIDE rating seperti berikut:

Pemain B = rating 1650  
Pemain C = rating 1432 

*Rating pemain A tidak boleh diberikan kerana tidak memenuhi syarat 7.14c. 

Dalam Swiss Tournament 2, dia telah bertemu dengan 4 pemain yang mempunyai FIDE rating seperti berikut:

Pemain D = rating 1242 
Pemain E = rating 1786 
Pemain F = rating 1442 
Pemain G = rating 1502


Cara pengiraan rating pertama pemain A (Ru):

Semua pemain FIDE rating yang bertemu pemain A dan keputusannya hendaklah disenaraikan dan dikira peratusan keputusannya.

Kes 1 (Jumlah skor ialah 50%):

Langkah 1 (Senaraikan rating dan keputusan):

Pemain B = rating 1650 = 0 
Pemain C = rating 1432 = 1 (pemain A menang)
Pemain D = rating 1242 = 1 (pemain A menang)
Pemain E = rating 1786 = 0
Pemain F = rating 1442 = 0.5 (pemain A seri)
Pemain G = rating 1502 = 0.5 (pemain A seri)
Jumlah mata pemain A = 3 mata daripada 6 


Langkah 2, kira jumlah peratusan keputusan:

3 mata daripada 6 lawan = 3/6 x 100 = 50%


Langkah 3, rujuk peraturan FIDE Rating Regulation:

8.2.2. If he scores 50%, then Ru = Ra

Rating untuk pemain unrated (Ru) =

Ra = Rating Average = (1650 + 1432 + 1242 + 1786 + 1442 + 1502) dan dibahagi 6 = 1509

Jadi, rating pemain A (Ru) ialah 1509



Kes 2 (Jumlah skor lebih 50%): 

Langkah 1 (Senaraikan rating dan keputusan):

Pemain B = rating 1650 = 0.5 (pemain A seri)
Pemain C = rating 1432 = 1 (pemain A menang)
Pemain D = rating 1242 = 1 (pemain A menang)
Pemain E = rating 1786 = 0
Pemain F = rating 1442 = 1 (pemain A menang)
Pemain G = rating 1502 = 0.5 (pemain A seri)
Jumlah mata pemain A = 4 mata daripada 6 



Langkah 2, kira jumlah peratusan keputusan:

4 mata daripada 6 lawan = 4/6 x 100 = 66.67%


Langkah 3, rujuk peraturan FIDE Rating Regulation:

8.2.3. If he scores more than 50%, then Ru = Ra + 20 for each half point scored over 50%

Rating untuk pemain unrated (Ru) =

Ra = Rating Average = (1650 + 1432 + 1242 + 1786 + 1442 + 1502) dan dibahagi 6 = 1509

Jadi, rating pemain A (Ru) ialah 1509 (untuk skor 50%=3 mata) + 20 (0.5 mata pertama) + 20 (0.5 mata kedua) = 1549 


Kes 3 (Jumlah skor kurang 50%): 

Langkah 1 (Senaraikan rating dan keputusan):

Pemain B = rating 1650 = 0 
Pemain C = rating 1432 = 0.5 (pemain A seri)
Pemain D = rating 1242 = 1 (pemain A menang)
Pemain E = rating 1786 = 0
Pemain F = rating 1442 = 0.5 (pemain A seri)
Pemain G = rating 1502 = 0
Jumlah mata pemain A = 2 mata daripada 6 


Langkah 2, kira jumlah peratusan keputusan:

2 mata daripada 6 lawan = 2/6 x 100 = 33.33%


Langkah 3, rujuk peraturan FIDE Rating Regulation:

8.2.4. If he scores less than 50% in a Swiss or team tournament: Ru = Ra + dp

Rating untuk pemain unrated (Ru) =

Ra = Rating Average = (1650 + 1432 + 1242 + 1786 + 1442 + 1502) dan dibahagi 6 = 1509

dp (rating difference, rujuk jadual 8.1a) = 
0.33 = -125

Jadi, rating pemain A (Ru) ialah 
Ra + dp:
1509 + (-125) = 1384

Kesimpulan:
1) FIDE rating akan dikira sekiranya pemain tersebut bertemu sekurang-kurangnya 5 pemain FIDE rated dan mendapat sekurang-kurangnya 0.5 mata.
2) Terdapat 3 keadaan untuk pengiraan rating pertama kali untuk pemain yang tiada FIDE rating. Ia bergantung kepada skor pemain tersebut.
3) FIDE rating pemain itu tidak akan ditunjukkan sekiranya ia adalan kurang daripada 1000.

Sekian.

No comments:

Post a Comment