Sunday, June 10, 2018

Setting "Unplayed Game" dalam Swiss Manager

Untuk mengira tie-break pemain, "Unplayed Game" mempunyai kaedah pengiraannya yang tersendiri. Ia telah diterangkan dalam artikel yang terdahulu dalam blog ini. Sila klik di sini.

Dalam Swiss Manager, ketika membuat pilihan untuk tie-break Buchholz ataupun Sonneborn-Berger, terdapat 4 pilihan setting untuk "unplayed game". Antaranya: 

For unplayed game (forfeit, bye...):
1) Calculate with 1/2 points (modified points)
2) Calculate with real points
3) Counted as a draw against the player/team himself.
4) Counted as a game against a virtual opponent.



Pilihan 1:
"Unplayed game" dikira dengan memberikan 0.5 mata, walaupun kemungkinan dia diberikan 1 mata penuh semasa permainan sebenar. 

Pilihan 2: 
"Unplayed game" dikira dengan mata yang sebenar diperolehi semasa permainan berlangsung. Sekiranya dia menang, dia diberikan 1 mata. Sekiranya dia tidak hadir, maka dia akan diberikan mata 0.

Pilihan 3: 
"Unplayed game" dianggap sebagai seri dengan pemain itu sendiri, meskipun dia mendapat kemenangan 1 mata percuma, ataupun pemain ini tidak hadir bermain. Maka, mata Buchholz bagi pusingan "unplayed game" ini ialah sama dengan jumlah mata yang pemain itu perolehi pada akhir pertandingan.

Pilihan 4: 
"Unplayed game" dianggap sebagai seri dengan "virtual opponent". Maka, untuk mengira mata Buchholz, mata "virtual opponent" hendaklah dikira selepas selesai pertandingan.

Dalam undang-undang FIDE, "FIDE Competition Rules. Annex 3: Tie-Break Regulations, 12.1.2 F.", FIDE telah meletakkan 2 bentuk undang-undang, iaitu undang-undang yang berkuatkuasa SEBELUM 1 Julai 2012 dan SELEPAS 1 Julai 2012.

Sebelum 1 Julai 2012, Undang-undang yang digunapakai ialah:
(a) For tie-break purposes, the result of an unplayed game shall be counted as a draw against the player himself.

"Unplayed game" dianggap sebagai seri dengan dirinya sendiri. Dalam Swiss manager, setting yang digunakan ialah setting:

3) Counted as a draw against the player/team himself.

Selepas 1 Julai 2012, peraturan yang berkuatkuasa menyatakan bahawa:

(b) For tie-break purposes all unplayed games in which players are indirectly involved (results by forfeit of opponents) are considered to have been drawn.
For tie-break purposes a player who has no opponent will be considered as having played against a virtual opponent who has the same number of points at the beginning of the round and who draws in all the following rounds. 

Pemain yang terlibat dengan "unplayed game" secara langsung, maka "virtual opponent" hendaklah diwujudkan. Pengiraan Buchholz pemain ini pada pusingan tersebut hendaklah dikira berdasarkan jumlah mata "virtual opponent" pada akhir pertandingan. Sekiranya pemain terlibat secara tidak langsung, maka "unplayed game" dikira sebagai keputusan seri. Pengiraan ini boleh dilihat dalam tulisan ini pada artikel yang lepas di sini.

Maka, berdasarkan undang-undang FIDE terkini, setting yang tepat bagi pengiraan "unplayed game" dalam Swiss Manager ialah:

4) Counted as a game against a virtual opponent.


Sekian.


No comments:

Post a Comment