Sunday, February 18, 2018

Kontroversi Tuntutan Seri: 3 kali Pengulangan Position

GM Alexander Grischuk (Source: http://riyadh2017.fide.com)
Pada kejohanan King Salman World Blitz Championship 2017, dalam kategori Terbuka, GM Grischuk (Rusia) telah bertemu dengan GM Mamedyarov (Azerbaijan) pada pusingan ke-19 daripada 21 pusingan. GM Grischuk yang bermain putih telah menuntut untuk mendapat keputusan seri (draw) pada gerakan yang ke-67 selepas berlaku 3 kali pengulangan (repetition) position, namun haknya untuk mendapat keputusan seri (draw) telah dinafikan oleh arbiter yang bertugas. 

Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

Arbiter yang bertugas pada masa itu telah memeriksa kedudukan tersebut dalam komputer yang terletak di luar dewan permainan. Permainan kedua-dua pemain ini telah direkodkan dalam komputer dan juga Digital Chess Board. Arbiter tersebut memutuskan bahawa tidak terdapatnya 3 kali pengulangan position yang sama dan memutuskan agar permainan bersambung. Selepas permainan bersambung, GM Grischuk telah tewas dan beliau telah menulis surat rayuan untuk membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan mata seri kerana telah berlakunya 3 kali pengulangan gerakan yang sama.


Dalam Undang-undang Catur, terdapat artikel yang membenarkan pemain untuk claim seri selepas berlakunya 3 kali pengulangan position.

Article 9.2.1 dan 9.2.2 (1 July 2017): 
9.2.1 The game is drawn, upon a correct claim by a player having the move, when the same position for at least the third time (not necessarily by a repetition of moves):
9.2.1.1 is about to appear, if he first writes his move, which cannot be changed, on his scoresheet and declares to the arbiter his intention to make this move, or 
9.2.1.2 has just appeared, and the player claiming the draw has the move.

9.2.2 Positions are considered the same if and only if the same player has the move, pieces of the same kind and colour occupy the same squares and the possible moves of all the pieces of both players are the same.

Berdasarkan artikel 9.2.1 dan 9.2.2, GM Grischuk telah menuntut untuk mendapatkan mata seri pada gerakan yang ke-67. Adakah wujud 3 kali pengulangan position (repetition) dalam permainan ini? Position adalah dianggap sama apabila giliran pemain yang sama untuk bergerak, dan dalam kedudukan pieces adalah sama dan kemungkinan gerakan semua pieces adalah sama.

Perhatikan permainan berikut:

Dalam permainan antara GM Grischuk vs GM Mamedyarov: 
1. Nf3 d5 2. e3 Nf6 3. c4 g6 4. cxd5 Nxd5 5. d4 Bg7 6. e4 Nb6 7. Be2 O-O 8. O-O c5 9. d5 e6 10. Nc3 exd5 11. exd5 Bxc3 12. bxc3 Qxd5 13. Nd2 Qe5 14. a4 Rd8 15.Ra3 Nc6 16. a5 Nd5 17. Nc4 Qf6 18. Qb3 Nf4 19. Bf3 Be6 20. Qb5 a6 21. Qa4 Rd3 22. Ne3 Rad8 23. Qe4 Ne5 24. Qxb7 R8d7 25. Qa8+ Rd8 26. Qb7 R3d7 27. Qe4 Nh3+ 28. gxh3 Nxf3+ 29. Kh1 Bxh3 30. Ng4 Bxg4 31. Qxg4 Rd1 32. Qh3 Qe6 33. Qxe6 Rxf1+ 34. Kg2 Rg1+ 35. Kxf3 fxe6 36. Be3 Rd3 37. Ke4 c4 38. Bd4 Rg4+ 39. Ke5 Kf7 40. Ra4 Rg5+ 41. Ke4 Rh3 42. Rxc4 Rh4+ 43. Kf3 e5 44. Rc7+ Ke6 45. Be3 Rf5+ 46. Kg3 Ra4 47. Rc6+ Kd5 48. Rxa6 h5 49. Rxg6 Rxa5 50. h3 Ra3 51. Bd2 Ke4 52.g2 Kd3 53. Rd6+ Ke2 54. Be3 Rxc3 55. Rd2+ Ke1 56. Ra2 Rc7 57. Kg3 Rd7 58. Rb2 Rc7 59. Ra2 Rc4 60. Kg2 Rf7 61. Rb2 

Gambarajah 1: Selepas 61.Ra2-b2
Dalam gambarajah 1 di atas, putih telah bermain 61.Ra2-b2. Dalam kedudukan di atas, giliran hitam untuk bergerak. 

3 Elemen yang perlu diperhatikan untuk pemain menuntut berlakunya pengulangan gerakan (repetition):
1) Giliran pemain bergerak: Pemain hitam
2) Kedudukan pieces: Putih: Pawn: f2, h3, Kg2, Rb2, Be3. Hitam: Pawn: e5, h5, Ke1, Rc4, Rf7
3) Kemungkinan gerakan pieces: Semua pieces boleh bergerak seperti biasa. Ia tidak melibatkan gerakan en passant dan castling.

Permainan bersambung dengan gerakan berikut:

61...Rg7+ 62. Kf3 Rf7+ 63. Kg2 

Gambarajah 2: Selepas 62.Kf3-g2
Dalam gambarajah 2 di atas, putih telah bermain 62.Kf3-g2. Dalam kedudukan di atas, giliran hitam untuk bergerak. 

3 Elemen yang perlu diperhatikan untuk pemain menuntut berlakunya pengulangan gerakan (repetition):
1) Giliran pemain bergerak: Pemain hitam
2) Kedudukan pieces: masih sama iaitu Putih: Pawn: f2, h3, Kg2, Rb2, Be3. Hitam: Pawn: e5, h5, Ke1, Rc4, Rf7
3) Kemungkinan gerakan pieces: Semua pieces boleh bergerak seperti biasa. Ia tidak melibatkan gerakan en passant dan castling.

Permainan bersambung dengan gerakan berikut:

63...Rc6 64. Kg3 Rc4 65. Kg2 

Gambarajah 3: Selepas 65.Kg3-g2
Dalam gambarajah 3 di atas, putih telah bermain 65.Kg3-g2. Dalam kedudukan di atas, giliran hitam untuk bergerak. 

3 Elemen yang perlu diperhatikan untuk pemain menuntut berlakunya pengulangan gerakan (repetition):
1) Giliran pemain bergerak: Pemain hitam
2) Kedudukan pieces: masih sama iaitu Putih: Pawn: f2, h3, Kg2, Rb2, Be3. Hitam: Pawn: e5, h5, Ke1, Rc4, Rf7
3) Kemungkinan gerakan pieces: Semua pieces boleh bergerak seperti biasa. Ia tidak melibatkan gerakan en passant dan castling.

Permainan bersambung dengan gerakan berikut:

65...Kd1 66. Rd2+ Ke1 67. Rb2 

Gambarajah 4: 67.Rd2-b2
Dalam gambarajah 4 di atas, putih telah bermain 67.Rd2-b2. Dalam kedudukan di atas, giliran hitam untuk bergerak. 

3 Elemen yang perlu diperhatikan untuk pemain menuntut berlakunya pengulangan gerakan (repetition):
1) Giliran pemain bergerak: Pemain hitam
2) Kedudukan pieces: masih sama iaitu Putih: Pawn: f2, h3, Kg2, Rb2, Be3. Hitam: Pawn: e5, h5, Ke1, Rc4, Rf7
3) Kemungkinan gerakan pieces: Semua pieces boleh bergerak seperti biasa. Ia tidak melibatkan gerakan en passant dan castling.

Berdasarkan 4 gambarajah di atas, didapati bahawa kesemuanya menunjukkan bahawa telah berlaku 4 position yang berulang (repeated position) dan sememangnya putih berhak untuk menuntut seri (draw). 

Selepas gerakan 67 oleh putih, permainan bersambung dengan gerakan pawn yang terus mengubah kedudukan di atas:

67...h4 68. Rb5 Rg7+ 69. Kf3 Rf7+ 70. Kg2 Rf5 71. Rb2 Rc8 72. Rb4 Rg8+ 73. Rg4 Rff8 74. Bc5 Rc8 75. Be3 Ke2 76. Bg5 Rcf8 77. Bxh4 Rxg4+ 78. hxg4 Rf4 79. Kh3?? Kf3 80. g5 Rf7 81. Bg3 Rh7+ 82. Bh4 Rh8 83. g6 Rg8 84. Bg5 Rxg6 85. Be3 Rg4 86. Kh2 e4 87. Kh3 Rg2

Permainan di atas berkesudahan dengan kekalahan kepada putih. Namun, disebabkan oleh tuntutan daripada putih pada gerakan yang ke-67, panel 3 juri yang bersidang telah memutuskan dengan keputusan 2-1 bahawa GM Grischuk berhak untuk mendapat mata seri. 

Panel juri yang terdiri daripada Hisham al-Taher (Chairman), Jorge Vega dan Malcolm Pein turut membincangkan bahawa dalam kes di atas, 3 kali pengulangan position sebenarnya telah berlaku pada gerakan 65.Kg3-g2. Malcolm Pein tetap mempertahankan tindakan arbiter untuk meneruskan permainan, tetapi Hisham al-Taher dan Jorge Vega bersetuju untuk memberikan mata seri kepada GM Grischuk berdasarkan peruntukan undang-undang yang terdapat dalam FIDE Laws of Chess.

No comments:

Post a Comment