Monday, February 12, 2018

Legal move ketika Illegal position?

GM Carlsen vs GM Inarkiev, FIDE World Blitz Championship 2017 (Sumber: www.chessbase.com)

Pertembungan antara GM Carlsen dan GM Inarkiev dalam kejohanan FIDE World Blitz Championship 2017 yang berlangsung pada 29-30 Disember 2017 di Arab Saudi telah menimbulkan kontroversi. Satu rayuan telah dikemukakan oleh GM Inarkiev sebagai bantahan terhadap keputusan arbiter. 

Kesnya adalah seperti berikut:

Dalam perlawanan pusingan pertama daripada 21 pusingan antara GM Magnus Carlsen menentang GM Ernesto Inarkiev, position berikut telah berlaku:

1. e4 c5 2. a3 Nc6 3. b4 cxb4 4. axb4 Nxb4 5. d4 d5 6. c3 Nc6 7. exd5 Qxd5 8. Na3 Bf5 9. Nb5 Rc8 10. Nxa7 Nxa7 11. Rxa7 e5 12. Nf3 exd4 13. Nxd4 Bd7 14. Nb5 Qxd1+ 15. Kxd1 Bc6 16. Bd3 Bc5 17. Re1+ Ne7 18. Ba3 Bxa3 19. Rxa3 Rd8 20. Nd4 Kd7 21. Ra7 Rhe8 22. Kc2 Kc7 23. Rb1 Rb8 24. f3 Nd5 25. Nxc6 Kxc6 26. Bb5+ Kb6 27. Rxb7+



Selepas 27.Ra7xb7+

Dalam kedudukan di atas, pada gerakan ke-27, GM Carlsen telah bermain Ra7xb7+. Walau bagaimanapun, hitam telah bermain 27...Nd5-e3+, tanpa menyedari bahawa Kingnya sedang dalam keadaan check. GM Carlsen pula, yang sepatutnya melakukan claim untuk "illegal move" kerana hitam telah menggerakkan Knight ke petak e3, telah menggerakkan Kingnya dengan bermain 28.Kc2-d3.

Kedudukannya adalah seperti berikut:

Selepas 28.Kc2-d3


Selepas putih bermain 28.Kc2-d3, hitam pula terus menghentikan jam untuk melakukan claim bahawa putih telah melakukan "illegal move". 

Apakah keputusan yang sepatutnya arbiter ambil?


Ketika kejadian berlaku, arbiter yang menerima laporan daripada GM Inarkiev, iaitu IA  Carlos Dias telah memberikan kemenangan kepada hitam kerana bersetuju dengan hujah daripada GM Inarkiev, iaitu pemain putih telah melakukan "illegal move". Keputusan telah ditandatangani iaitu GM Carlsen tewas kepada GM Inarkiev. Tetapi, Chief Arbiter pada masa itu iaitu IA Takis Nikolopoulos telah masuk campur selepas menerima aduan daripada GM Carlsen dan seterusnya membatalkan keputusan tersebut dan mengarahkan GM Inarkiev untuk meneruskan permainan. GM Inarkiev enggan meneruskan permainan dan telah dianggap sebagai kalah. GM Inarkiev telah menulis rayuan sebagai bantahan terhadap keputusan tersebut dan rayuannya telah ditolak oleh panel 3 juri iaitu Jorge Vega (Acting chairman), Malcolm Pein dan Hisham al-Taher. 

Mengapakah rayuan GM Inarkiev ditolak?

Untuk memahami dengan lebih lanjut kes di atas, terdapat beberapa asas undang-undang catur yang perlu difahami. Undang-undang Catur Blitz adalah sedikit berbeza daripada Undang-undang Catur Standard. Dalam kes di atas, oleh kerana kekurangan arbiter untuk menjaga setiap permainan, iaitu nisbah 1 arbiter untuk 1 game/table, maka peraturan B.4 digunakan di bawah Appendix B untuk blitz iaitu: 

"B.4 Otherwise, play shall be governed by the Rapid chess Laws as in Article A.2 and A.4."

Ia menyatakan bahawa peraturan ini sama seperti artikel A.2 dan A.4 di bawah Appendix undang-undang Rapid. Dalam Appendix A, Article A.4.2 dan Article A.4.4 adalah bersangkutan dengan kes di atas. (Artikel A.4.2 telah mendapat sedikit perubahan dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2018).

(FIDE Laws of Chess 2017):
"A.4.2 If the arbiter observes an illegal move has been completed, he shall declare the game lost by the player, provided the opponent has not made his next move. If the arbiter does not intervene, the opponent is entitled to claim a win, provided the opponent has not made his next move. However, the game is drawn if the position is such that the opponent cannot checkmate the player’s king by any possible series of legal moves. If the opponent does not claim and the arbiter does not intervene, the illegal move shall stand and the game shall continue. Once the opponent has made his next move, an illegal move cannot be corrected unless this is agreed by the players without intervention of the arbiter."

"A.4.4 If the arbiter observes both kings are in check, or a pawn on the rank furthest from its starting position, he shall wait until the next move is completed. Then, if an illegal position is still on the board, he shall declare the game drawn."

Article A.4.4 adalah jelas membincangkan tentang "illegal position", iaitu arbiter berhak untuk memberikan keputusan seri selepas pemain gagal membetulkan semula "illegal position" tersebut dalam gerakan seterusnya.

Article A.4.2 adalah berkaitan "illegal move". Berdasarkan hujah GM Inarkiev, "...If the arbiter does not intervene, the opponent is entitled to claim a win, provided the opponent has not made his next move..."

Maka, bagi kes di atas, GM Inarkiev telah claim untuk menang selepas putih bermain 28.Kc2-d3. 

Persoalannya, adakah gerakan 28.Kc2-d3 merupakan gerakan "illegal move"?

Berdasarkan Article 3.1-3.9 (The moves of the pieces), gerakan 28.Kc2-d3 adalah jelas sebagai "legal move". Article 3.10.1 menyebut dengan jelas bahawa "A move is legal when all the relevant requirements of Articles 3.1 – 3.9 have been fulfilled." Oleh itu, gerakan 28.Kc2-d3 merupakan gerakan "legal move".

Gerakan yang sebenarnya merupakan "illegal move" ialah gerakan 27...Nd5-e3+. Meskipun gerakan oleh Knight ini adalah mengikut kaedah gerakan Knight yang betul, tetapi gerakan ini dilakukan ketika Rook putih di petak b7 sedang check King hitam di petak b6. GM Carlsen sepatutnya claim untuk menang selepas hitam bermain 27...Nd5-e3+ dan menekan jamnya. Malangnya, GM Carlsen bermain 28.Kc2-d3 dan tidak claim untuk menang. Sepatutnya, satu-satunya cara yang betul selepas hitam bermain 27...Nd5-e3+ ialah putih perlu claim untuk menang kerana "illegal move" telah berlaku. 

Oleh kerana GM Carlsen tidak claim untuk menang, maka perkara ini telah disebut dengan jelas dalam artikel A.4.2:
"...If the opponent does not claim and the arbiter does not intervene, the illegal move shall stand and the game shall continue..."

Maka, selepas GM Carlsen bermain 28.Kc2-d3, beliau kehilangan hak untuk claim gerakan 27...Nd5-e3+ sebagai "illegal move", dan "illegal move" 27...Nd5-e3+ adalah "shall stand" iaitu dikekalkan dan permainan perlu diteruskan berdasarkan klausa "game shall continue". Oleh itu, sekiranya permainan diteruskan selepas 28.Kc2-d3, apakah yang perlu hitam lakukan?

Dalam keadaan ini, selepas gerakan 28.Kc2-d3, menjadi tugas hitam pula untuk mengatasi masalah Kingnya yang sedang berhadapan dengan check oleh Rook putih di petak b7. Maka, gerakan yang betul bagi hitam ialah mencari gerakan untuk mengatasi masalah check oleh Rook putih di petak b7. Apabila hitam telah bermain, contohnya 28...Kb6xb7, maka position itu akan kembali menjadi "legal position", meskipun telah berlaku "illegal move" pada gerakan hitam 27...Nd5-e3+ yang juga sebenarnya membawa kepada "illegal position".

Oleh itu, sebagai pengajaran bagi pertandingan Blitz / Rapid yang mengaplikasi artikel A.2 dan A.4:

1) Pemain hendaklah claim "illegal move" selepas sahaja ia dimainkan oleh pemain lawan dan lawan tersebut telah pun menekan jam (completed the move). Dalam kes di atas, GM Carlsen hendaklah claim untuk menang sebaik sahaja jam telah ditekan selepas berlakunya gerakan 27...Nd5-e3+.

2) Sekiranya pemain itu tidak claim untuk gerakan "illegal move" yang dilakukan oleh lawannya dan terus membalas dengan bermain "legal move", pemain lawannya hendaklah meneruskan permainan dengan bermain "legal move" termasuklah memastikan tiadanya "illegal position". Dalam kes di atas, selepas GM Carlsen bermain "legal move" 28.Kc2-d3, pemain hitam hendaklah meneruskan permainan dengan mencari cara mengatasi keadaan Kingnya di petak b6 yang sedang berada dalam keadaan check.

3) Pemain dan arbiter perlu berhati-hati apabila adanya claim "illegal move". Arbiter perlu cekap membuat keputusan yang betul terutamanya dalam acara blitz dan rapid yang tidak memberikan banyak masa kepada arbiter untuk berfikir. Claim "illegal move" ialah untuk gerakan yang sememangnya "illegal" sahaja, iaitu gerakan yang bertentangan dengan artikel 3.1-3.9, FIDE Laws of Chess.

4) Arbiter boleh menukar keputusan yang telah ditandatangani oleh pemain berdasarkan kepada artikel berikut:
"Article 8.7: At the conclusion of the game both players shall sign both scoresheets, indicating the result of the game. Even if incorrect, this result shall stand, unless the arbiter decides otherwise."

Selamat berfikir...

No comments:

Post a Comment