Sunday, February 18, 2018

Kontroversi Tuntutan Seri: 3 kali Pengulangan Position

GM Alexander Grischuk (Source: http://riyadh2017.fide.com)
Pada kejohanan King Salman World Blitz Championship 2017, dalam kategori Terbuka, GM Grischuk (Rusia) telah bertemu dengan GM Mamedyarov (Azerbaijan) pada pusingan ke-19 daripada 21 pusingan. GM Grischuk yang bermain putih telah menuntut untuk mendapat keputusan seri (draw) pada gerakan yang ke-67 selepas berlaku 3 kali pengulangan (repetition) position, namun haknya untuk mendapat keputusan seri (draw) telah dinafikan oleh arbiter yang bertugas. 

Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

Arbiter yang bertugas pada masa itu telah memeriksa kedudukan tersebut dalam komputer yang terletak di luar dewan permainan. Permainan kedua-dua pemain ini telah direkodkan dalam komputer dan juga Digital Chess Board. Arbiter tersebut memutuskan bahawa tidak terdapatnya 3 kali pengulangan position yang sama dan memutuskan agar permainan bersambung. Selepas permainan bersambung, GM Grischuk telah tewas dan beliau telah menulis surat rayuan untuk membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan mata seri kerana telah berlakunya 3 kali pengulangan gerakan yang sama.

Monday, February 12, 2018

Legal move ketika Illegal position?

GM Carlsen vs GM Inarkiev, FIDE World Blitz Championship 2017 (Sumber: www.chessbase.com)

Pertembungan antara GM Carlsen dan GM Inarkiev dalam kejohanan FIDE World Blitz Championship 2017 yang berlangsung pada 29-30 Disember 2017 di Arab Saudi telah menimbulkan kontroversi. Satu rayuan telah dikemukakan oleh GM Inarkiev sebagai bantahan terhadap keputusan arbiter. 

Kesnya adalah seperti berikut:

Dalam perlawanan pusingan pertama daripada 21 pusingan antara GM Magnus Carlsen menentang GM Ernesto Inarkiev, position berikut telah berlaku:

1. e4 c5 2. a3 Nc6 3. b4 cxb4 4. axb4 Nxb4 5. d4 d5 6. c3 Nc6 7. exd5 Qxd5 8. Na3 Bf5 9. Nb5 Rc8 10. Nxa7 Nxa7 11. Rxa7 e5 12. Nf3 exd4 13. Nxd4 Bd7 14. Nb5 Qxd1+ 15. Kxd1 Bc6 16. Bd3 Bc5 17. Re1+ Ne7 18. Ba3 Bxa3 19. Rxa3 Rd8 20. Nd4 Kd7 21. Ra7 Rhe8 22. Kc2 Kc7 23. Rb1 Rb8 24. f3 Nd5 25. Nxc6 Kxc6 26. Bb5+ Kb6 27. Rxb7+



Selepas 27.Ra7xb7+

Dalam kedudukan di atas, pada gerakan ke-27, GM Carlsen telah bermain Ra7xb7+. Walau bagaimanapun, hitam telah bermain 27...Nd5-e3+, tanpa menyedari bahawa Kingnya sedang dalam keadaan check. GM Carlsen pula, yang sepatutnya melakukan claim untuk "illegal move" kerana hitam telah menggerakkan Knight ke petak e3, telah menggerakkan Kingnya dengan bermain 28.Kc2-d3.

Kedudukannya adalah seperti berikut:

Selepas 28.Kc2-d3


Selepas putih bermain 28.Kc2-d3, hitam pula terus menghentikan jam untuk melakukan claim bahawa putih telah melakukan "illegal move". 

Apakah keputusan yang sepatutnya arbiter ambil?

Sunday, February 4, 2018