Monday, January 30, 2017

TATA STEEL CHESS 2017: GM Nepo vs GM Wesley

GM Wesley So (http://www.tatasteelchess.com/)

Tata Steel Chess 2017 yang berlangsung dari 13 hingga 29 Januari 2017 telah menampilkan 14 orang GM termasuklah World Champion, GM Magnus Carlsen dan pencabarnya baru-baru ini iaitu GM Sergey Karjakin bagi kategori Masters . Pemain yang berjaya menjuarai kategori ini ialah GM Wesley So, pemain yang berasal dari Filipina yang kini menetap di US. Daripada 13 permainan, GM Wesley So berjaya menewaskan 5 pencabar dan seri dengan 8 pemain lain, dan berjaya mengumpul 9 mata.

Memasuki pusingan terakhir iaitu pusingan ke-13, GM Wesley So mendahului dengan mendapat 8 mata dan diekori rapat dengan 7.5 mata oleh GMs Magnus Carlsen, Levon Aronian dan Wei Yi. Dalam pusingan terakhir, GM Magnus Carlsen bertemu pencabarnya iaitu GM Sergey Karjakin, GM Aronian vs GM Andreikin sementara GM Wei Yi bertemu GM Wojtaszek.

Berikut ialah permainan antara GM Ian Nepomniachtchi bertemu GM Wesley So dalam pusingan terakhir. Wesley So berjaya menumpaskan GM Nepo dengan penuh bergaya setelah GM Nepo melakukan kesilapan kerana melancarkan serangan pra-matang terhadap kubu GM Wesley.

GM Nepomniachtchi (Source: http://www.tatasteelchess.com/)


GM Ian Nepomniachtchi (2767) - GM Wesley (2808), TATA STEEL 2017, round 13.

1. d4 Nf6 2. Bg5! Trompowsky Attack! Putih mengancam untuk makan Bxf6, menjadikan pawn hitam double di petak f7 & f6. Nama Trompowsky adalah sempena nama pemain dari Brazil yang mempopularkannya, iaitu Octavio Trompowsky, dan bukannya Trumpowsky (sempena presiden US, Donald Trump!).

2... d5 Variasi yang popular ialah 2...Ne4. Hitam juga boleh memilih 2...e6.

3. Nd2 

Selepas 3.Nb1-d2

Nepo cuba mengejutkan Wesley dengan sistem 3. Nd2 yang jarang digunakan di peringkat tertinggi. Kebiasaannya putih akan bermain 3. Nc3 untuk mengawal pawn centre. Putih juga boleh bermain 3. Bxf6 exf6, tetapi masih terlalu awal untuk menukar Bishop dengan Knight tanpa sebarang kelebihan yang jelas. Antara variasi lain ialah putih boleh memilih 3. e3, yang boleh diubah menjadi opening yang lain seperti Queen's Gambit.

3...c5! hitam mengambil peluang untuk menyerang centre kerana tidak dikawal oleh Queen putih.

4. dxc5 antara pilihan putih yang lain ialah bermain 4. e3, untuk mempertahankan kedudukan pawn di d4. Hitam akan membalas dengan 4...Nc6, menyerang d4 etc. e.g If 5.dxc5 e5 6.Nb3 Bxc5 7.Nxc5 8.Qa5+ c3 9.Qxc5

4...e6 Mengancam untuk makan pawn ...Bxc5
5. e4 Putih menyerang semula petak tengah

Selepas 5.e2-e4


Hitam perlu berhati-hati. Sekiranya hitam bermain gerakan yang normal, iaitu 5...Bxc5, hitam perlu memikirkan komplikasi yang rumit hasil gerakan pawn putih seterusnya iaitu e5, menyerang Nf6 dengan Pawn dan Bishop. Dalam komentarnya, GM Danial King memberikan variasi berikut: 5...Bxc5 6.e5 Qb6 7.exf6 Bxf2+ 8.Ke2 Bxg1 (8...e5! 9.fxg7 Rg8 etc) 9.Rxg1 Qxg1 10.fxg7 Rg8 11.Ne4! Nd7 12.Nd6+.

5...dxe4 juga boleh dimainkan tetapi putih akan membalas 6.Nxe4 Qa5+ 7.Bd2 menjadikan kedudukan tidak selesa untuk hitam.

Justeru, hitam memilih:
5...h6 Sekiranya putih bermain Bxf6, hitam membalas dengan Qxf6.

6. Bh4 dxe4!

Selepas 6...d5xe4

Sekarang hitam mengambil peluang kedudukan Bishop g5 yang sudah berundur ke petak h4 untuk makan pawn e4! Sekiranya 7.Nxe4 Qa5+ (dan tiada lagi Bg5 untuk ke petak d2) if: 8.Qd2 Qxd2 9.Nxd2 Bxc5; if: 8.Nd2 Be7 9.Nf3 Nbd7.

7. Qe2 Menyerang pawn e4 sambil bersedia untuk castling Queenside. Putih sudah bersedia untuk menggempur hitam.

7...Qa5 Hitam mengancam untuk makan pawn a2 sekiranya putih masih meneruskan castling Queenside. Serangan putih memerlukan putih untuk develop Bishop, Knight dan Rook di Kingside terlebih dahulu.

8. O-O-O Putih tetap meneruskan perancangan untuk castling Queenside dan mengambil risiko yang tinggi. Antara pilihan selamat yang dimiliki oleh putih ialah untuk mematikan Queen dengan bermain 8.Bxf6 gxf6 9.Qb5+ Qxb5 10.Bxb5+ Bd7 11.Bxd7 Nxd7 12.Nxe4 Bxc5 etc.

8...Qxa2 Pawn percuma dan membuka ruang hitam untuk menyerang King putih.

Selepas 8...Qa5xa2

9. Qb5+ Putih masih tetap mengambil risiko menyerang hitam dalam keadaan pieces putih belum bersedia sepenuhnya untuk mode menyerang. Bf1, Ng1 dan Rh1 semuanya masih belum develop. 

Putih masih memiliki pilihan yang selamat dengan bermain 9.Bxf6 Qa1+ 10.Nb1 gxf6 11.Qxe4, kembali kepada idea asal Trompowsky Attack, menjadikan pawn hitam double di petak f7 & f6.

9...Nbd7 Sambil bersedia untuk bermain ...Bxc5.

Selepas 9...Nb8-d7

10. c6 
Sekiranya 10.Nb3 untuk melindungi pawn c5, hitam boleh bermain 10...a6! dan Queen putih kekurangan petak yang baik untuk berundur. 
Contoh: Sekiranya 11.Qc4 Nxc5 12.Nxc5 Qxc4 13.Bxc4 Bxc5 dan hitam memiliki kelebihan 1 pawn. Sekiranya 11.Qa5, hitam boleh bermain 11...Qxa5 dan kemudiannya mengambil pawn c5 percuma.

10...bxc6 
11. Qxc6 Bb7!

Selepas 12...Bc8-b7
Sacrifice Bishop! Hitam memulakan serangan ke arah King putih dalam keadaan pieces putih belum bersedia untuk bertahan.
Sekiranya Queen putih berundur: 
12.Qb5 Qa1+ 13.Nb1 Bd5! mengancam untuk bermain ...Rb8, sambil kedua-dua Bishop hitam sudahpun bersedia untuk menyerang King putih.

12. Qxb7 Qa1+ 
13. Nb1 Rb8 
Selepas 13...Ra8-b8
Apakah pilihan putih selain bermain Qxb8? Sekiranya 14.Qc6, hitam akan terus melakukan serangan bertali arus dengan 14...Qxb7+ 15.Kd2 Bb4+ 16.Ke2 O-O, diikuti dengan ...Rfc8 dan King putih akan terperangkap di tengah-tengah medan tempur dalam keadaan pieces di Kingside belum develop sepenuhnya.

14. Qxb8+ Nxb8 Putih kehilangan Queen dan pieces kingside masih belum develop. Hitam diambang kemenangan. Kehilangan Queen putih berlaku tanpa sebarang kelebihan untuk putih.

15. Bb5+ Nfd7 
16. Ne2 Be7 
17. Bxe7 Kxe7 
18. Nd4 
Selepas 18.Ne2-d4
Hitam perlu berhati-hati kerana putih merancang sesuatu. Putih merancang untuk memerangkap Queen hitam dengan bermain Nb3. 

18...Nc5! Menjaga petak b3. 
19. h4 Sekali lagi putih merancang untuk memerangkap Queen hitam. Putih merancang untuk bermain Rh3-Ra3.

19...Rd8! Hitam sudah merancang sesuatu untuk putih.

20. Rh3 Nd3+! 


Selepas 20...Nc5-d3+
Hitam memberikan masalah kepada koordinasi pieces putih. Sekiranya 21.cxd3 Rxd4 dan kedudukan King putih makin terbuka.

21. Bxd3 Rxd4 
22. Be2 Rxd1+ 
23. Bxd1 Qa5 

Selepas 23...Qa1-a5

Queen hitam perlu diubah kepada petak yang lebih strategik selepas menyelesaikan misinya di petak a1. Queen ini akan digunakan untuk menyerang pawn putih yang lemah di petak f2, g2 dan h4. Putih juga mengancam untuk bermain Ra3, memerangkap Queen di petak a1. 

24. Nd2 f5 melindungi pawn e4.
25. Rg3 Qe5 membawa Queen ke petak tengah sambil melindungi pawn g7.
26. Ra3 Nc6 Develop Knight sambil melindungi pawn a7.
27. g3 Qd4!

Selepas 27...Qe5-d4
Hitam merancang serangan hendap. Sambil menyerang pawn f2, hitam merancang membawa Knight ke petak b4.

28. Re3 Nb4 0-1
Selepas 28...Nc6-b4
Hitam merancang untuk bermain ...Na2+, Kb1 ...Qxd2. Hitam juga boleh bermain...Nd5, dan seterusnya ruang Rook putih semakin sempit. Putih menyerah kalah kerana putih tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan serangan balas lagi.

No comments:

Post a Comment