Sunday, April 22, 2018

GM Aronian vs GM Anand, Wijk aan Zee 2013

Aronian vs Anand, selepas 15.e3xd4
Dalam kedudukan di atas, putih baru sahaja bermain 15.e3xd4. 

Knight putih di petak h7 sedang mengancam Rook di petak f8. Bagaimanakah hitam meneruskan permainan?


GM Levon Aronian vs GM Viswanathan Anand, Wijk aan Zee, Round 4, 16 Januari 2013.
1. d4 d5 2. c4 c6 3. Nf3 Nf6 4. Nc3 e6 5. e3 Nbd7 6. Bd3 dxc4 7. Bxc4 b5 8. Bd3 Bd6 9. O-O O-O 10. Qc2 Bb7 11. a3 Rc8 12. Ng5 c5 13. Nxh7 Ng4 14. f4 cxd4 15. exd4 


Selepas 15...Bd6-c5

15...Bc5!? Hitam memberi tumpuan kepada kedudukan King Putih yang agak terbuka dan tidak memperdulikan Rook f8 yang diancam oleh Knight h7. Gerakan Bishop c5 ialah untuk membuka file-d bagi laluan Queen untuk melakukan check di petak d4. 

(Sekiranya 15... Qh4?! 16. g3) 

16. Be2 Cuba untuk menghalau Knight di petak g4. (Sekiranya 16. dxc5, Putih perlu berhati-hati terhadap pieces hitam yang aktif. 16...Nxc5 17. Nxf8 Qd4+ 18. Kh1 Nxd3 19. h3 Ndf2+ 20. Rxf2 Nxf2+ 21. Kh2 Kxf8 unclear) 

16... Nde5! Memberikan satu lagi piece kepada putih! Putih boleh makan 4 pieces hitam. Piece manakah yang patut putih makan dulu? 


Selepas 16...Nd7-e5

17. Bxg4 
(Sekiranya 17. fxe5? Qxd4+! {Putih akan kena checkmate!} 18. Kh1 Qg1+! 19. Rxg1 Nf2#) 
(Sekiranya 17. Nxf8? Qxd4+! 18. Kh1 Qg1+ 19. Rxg1 Nf2#) (Sekiranya 17. dxc5 Qd4+! 18. Be3 (mengaktifkan Rook di petak a1) 18...Qxe3+ 19. Kh1 Qh3! {Mengancam mate di h2, g2 sambil menyerang Knight di h7!!}) 

17... Bxd4+ 
18. Kh1 Nxg4 


Selepas 18...Ne5xg4

19. Nxf8 f5 
20. Ng6 Qf6 
21. h3 
(Sekiranya 21. Ne5 Nxh2! {King putih tiada ruang untuk bergerak.} 22. Qe2 Qh6!) 


Selepas 21...Qf6xg6
21... Qxg6 
22. Qe2 (Knight g4 masih kebal 22. hxg4?? Qh6#) 
22... Qh5 {Mengancam ...Qxh3#
23. Qd3 (Sekiranya 23. Qxe6+ Kh7 24. Nd5 Rc5 {Untuk memaksa putih membuka semula diagonal a8-h1 yang dihalang oleh Knight d5.}) 


Selepas 23...Bd4-e3
23... Be3!! {Bishop hitam menghalang Queen putih daripada melindungi pawn h3. 0-1 Aronian-Anand Wijk aan Zee 2013 [Abdur-Rahman]} 

(23... Be3 24. Bxe3 Qxh3+! 25. Kg1 Qh2#) 0-1



No comments:

Post a Comment