Tuesday, January 22, 2019

"ILLEGAL MOVE" DALAM ACARA RAPID DAN BLITZ

Pemain dari Malaysia dalam Simul game vs GM Wesley So & GM Kateryna Lagno, Gibraltar Chess Festival 2019

Dalam pertandingan yang melibatkan kawalan masa Rapid (Antara 10 hingga 60 minit) dan Blitz (kurang 10 minit), terdapat isu yang biasa berlaku iaitu "illegal move". "Illegal move" ialah gerakan yang dilakukan oleh pemain yang tidak mematuhi kaedah gerakan piece yang sebenar berdasarkan Artikel 3.1 hingga 3.9 dalam FIDE Laws of Chess. Arbiter perlu mempunyai kemahiran untuk membezakan antara "illegal move" dan "illegal position". Sila rujuk artikel 3.10.2 dan 3.10.3.

Sekiranya bilangan arbiter tidak mencukupi dalam kejohanan Rapid (1 arbiter mengawasi 3 permainan) dan Blitz (1 arbiter mengawasi 1 permainan), sepertimana yang biasa berlaku di kejohanan tempatan, maka peraturan "illegal move" berikut adalah terpakai:

Artikel A.4.2 (Fide Laws of Chess taking effect from 1 January 2018):
"If the arbiter observes an action taken under Article 7.5.1, 7.5.2, 7.5.3 or 7.5.4, he shall act according to Article 7.5.5, provided the opponent has not made his next move. If the arbiter does not intervene, the opponent is entitled to claim, provided the opponent has not made his next move. If the opponent does not claim and the arbiter does not intervene, the illegal move shall stand and the game shall continue. Once the opponent has made his next move, an illegal move cannot be corrected unless this is agreed by the players without intervention of the arbiter."

Artikel 7.5.1 ialah berkaitan illegal move yang dianggap telah berlaku (completed) selepas jam ditekan.

Artikel 7.5.2 ialah berkaitan illegal move ketika pawn promotion. Pawn itu tidak ditukar kepada piece selepas tiba di rank 8.

Artikel 7.5.3 ialah berkaitan pemain yang menekan jam tanpa menggerakkan piece. Ia dianggap sebagai illegal move.

Artikel 7.5.4 ialah berkaitan pemain yang menggunakan kedua-dua tangan untuk menggerakkan 2 pieces serentak (castling, capturing, pawn promotion). Ia dianggap melakukan kesalahan illegal move.

Artikel 7.5.5 ialah tindakan yang dikenakan ke atas pemain yang melakukan illegal move. Kali pertama illegal move, pemain lawan akan diberikan tambahan masa 2 minit. Pemain yang melakukan 2 kali illegal move akan dianggap kalah ataupun mendapat draw sekiranya lawan beliau tidak boleh melakukan checkmate.

Berdasarkan Artikel A.4.2 di atas, sekiranya pemain A melakukan illegal move dan menekan jam, dan pemain B tidak menuntut illegal move tersebut, ia bukanlah satu kesalahan bagi pemain B. Arbiter tidak boleh menghukum pemain B kerana tidak melakukan tuntutan illegal move. Bahkan, pemain B dibenarkan meneruskan permainan dengan bermain legal move

Kes 1:

Selepas 27.Ra7xb7+
Permainan Blitz antara GM Carlsen vs GM Inarkiev pada Disember 2017. Dalam kedudukan di atas, selepas Carlsen bermain 27.Ra7xb7+, Hitam membalas dengan bermain 27...Ne3+. Putih pula membalas dengan 28.Kd3


Hitam menghentikan permainan dan mendakwa pemain putih melakukan illegal move selepas bermain 28.Kd3, dalam keadaan Rb7 sedang check Kb6. Dakwaan hitam adalah tidak tepat. Hitam sepatutnya meneruskan permainan dengan bermain legal move. Kes ini boleh di baca di sini.


Kes 2: 
Selepas hitam bermain 1...Kd5

Pemain hitam baru sahaja bermain illegal move, 1...Kd5. Putih tidak menuntut illegal move dan terus bermain 2.g8=Q+Hitam memberhentikan jam dan mendakwa bahawa pemain putih telah bermain illegal move iaitu 2.g7-g8=Q dalam keadaan Qf3 sedang check Kd5. 

Bolehkah dakwaan hitam ini diterima?

Gerakan 2.g7-g8=Q+ ialah gerakan yang sah (legal move) meskipun Qf3 sedang check Kd5. Pemain hitam sepatutnya meneruskan permainan dengan membawa King hitam keluar daripada check. Oleh itu, dakwaan hitam tidak boleh diterima.


Kes 3:
Selepas hitam bermain 1...Bb5

Dalam permainan di atas, hitam telah bermain 1...Bb5 dalam keadaan Bc4 putih sedang check King hitam. Gerakan 1...Bb5 ialah gerakan illegal move kerana ia tidak menghalang check Bc4 ke arah Kg8. Tetapi putih tidak menuntut illegal move. Putih telah meneruskan permainan dengan bermain: 

2.Re8#

Adakah pemain putih dianggap menang kerana checkmate? Perhatikan kedudukan di atas, gerakan 2.Re8 ialah gerakan yang sah (legal move). Didapati juga pemain hitam tidak boleh menghalang check oleh Bc4 dan Re8 serentak, dan King hitam juga tiada tempat untuk melarikan diri. Justeru, kedudukan di atas ialah checkmate.


Kes 4:
Hitam telah bermain 1...Ka8

Perhatikan kes di atas. Hitam telah bermain illegal move apabila menggerakkan King beliau 1...Ka8. Putih tidak menuntut illegal move. Sebaliknya, putih telah bermain:

2.a7#

dan mendakwa telah melakukan checkmate. Adakah tuntutan putih ini boleh diterima?

Selepas gerakan illegal move hitam, putih telah membalas dengan gerakan yang sah (legal move) iaitu 2.a7. Justeru, dalam kedudukan selepas a7, didapati bahawa King hitam dalam keadaan check dan King hitam tiada tempat untuk melarikan diri. Oleh itu, kedudukan di atas ialah kedudukan checkmate, putih menang!

Terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dibuat:

1) Hukuman kalah untuk "illegal move" hanya boleh dituntut selepas pemain itu menyempurnakan "illegal move" kali kedua (artikel 7.5.5). 

2) Selepas berlakunya illegal move, pemain boleh membuat 2 pilihan, sama ada menuntut illegal move ataupun  meneruskan permainan dengan bermain legal move. Pemain tidak boleh dihukum sekiranya tidak menuntut bahawa lawannya telah melakukan illegal move

3) Illegal move hanya berlaku selepas pemain itu menggerakkan piece dan menekan jam. Sekiranya jam masih belum ditekan, pemain itu masih berpeluang untuk membetulkan gerakannya, tetapi perlu memberikan perhatian kepada touched-move rule berdasarkan artikel 4.3 dan 4.7.

Selamat membaca!

Source: FIDE Arbiters' Magazine No. 7, September 2018.

No comments:

Post a Comment