Thursday, September 5, 2013

UTP Invitational Chess Team Tournament 2013


The invitation is opened to all primary schools, secondary schools, IPTs, Government institutions and Petronas Staff / OPUs.

The details are as follow:

Date: 27, 28 and 29 September 2013 (Friday, Saturday & Sunday)
Venue: Main Hall, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak
Format: Team (4 players), Swiss System, 7 Rounds
Time Control: 60 minutes + 30 seconds increment
Fees: RM 200
Contact: Hoong Wei (016-526 6218), Velmurugan (013-521 2916)
Website: http://utpinvitational2013.wix.com/utpchessdragon

Saturday, June 29, 2013

UTP Sports Carnival 2013 (Chess)

Organizing Committee...

UTP Sports Carnival 2013 telah memasukkan acara catur sebagai salah satu acara di samping acara-acara yang lain seperti futsal, hoki, boling, bola tampar dll. Pertandingan ini melibatkan pertandingan berpasukan mengikut kursus pelajar iaitu Petroleum & Geoscience Engineering (PEPG), Chemical Engineering (CE), Civil Engineering (CV), Electrical & Electronic Engineering (EE), Mechanical Engineering (ME) & ICT and Business Information System (ICTBIS). Berikut ialah keputusan pertandingan:

Friday, June 28, 2013

UTP Chess Club Mini Tournament 2013

Players with champion, Abul Hasan (Sitting on my left) and Best Girl award, Maziah (sitting on my right).

Date: 27 June 2013 (Thursday)
Time: 8:30 pm - 11:15 pm
Venue: Academic Block 22, ground floor
Round: 5
Time Control: 10 minutes + 10 seconds increment
Results:

Sunday, June 23, 2013

Kejohanan Catur KSRP Wilayah Utara 2013

Pasukan Catur UNIGAS2013. Berdiri dari kiri: Dr. Zuhairi, Ir. Dr. Masri, Dr. Mior Azman. Duduk dari kiri: Samsul Ariffin, Abdur Rahman.
Kejohanan Catur Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS (KSRP) Wilayah Utara 2013

Tarikh: 23 Jun 2013 (Ahad)
Tempat: Blok Kokurikulum, Universiti Teknologi Petronas
Jumlah Pasukan Bertanding: 3
Jumlah Pemain Setiap Pasukan: 5
Format Pertandingan: Round Robin
Kawalan Masa: 20 Minit + 10 saat tambahan masa bagi setiap pergerakan

Keputusan Perlawanan:

Saturday, June 15, 2013

Training....

13 June 2013 - Thursday - Block 22-00-11 - Universiti Teknologi Petronas...

I love classical game...

Thursday, May 2, 2013

Serangan "Alekhine Memorial"


Kubur Alexander Alekhine yang turut diletakkan papan catur di atasnya di Paris. Sumber: www.chessbase.com

Kejohanan Alekhine Memorial sudah hampir tiba ke penghujung. Bersempena dengan cuti hari pekerja pada hari ini, saya mendapat sedikit masa untuk menganalisis seni serangan yang ditunjukkan oleh GM Ding Liren ketika beliau menewaskan GM Levon Aronian pada pusingan pertama.

GM Ding Liren (2707) vs GM Levon Aronian (2809), 21 April 2013, Pusingan 1.

1. d4 d5 2. c4 c6 3. Nf3 Nf6 4. Nc3 
Main line untuk Slav Defense ataupun turut dipanggil Slav Accepted oleh Max Euwe adalah 4...dxc4 5. a4 Bf5. Hitam berjaya mengeluarkan Bishop c8 sebelum laluannya ditutup dengan gerakan ...e6. Max Euwe menganggap line ini adalah sangat penting bagi mana-mana pemain Slav.

Selepas 4.Nb1-c3

Sunday, April 28, 2013

Kualiti vs Kuantiti


GM Laurent Fressinet ketika menentang GM Ding Liren di pusingan ketiga Alekhine Memorial 2013 (Sumber: www.chessbase.com)
Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum yang ke-13, kemuncaknya ialah proses pembuangan undi yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Kuantiti calon yang bertanding di peringkat Parlimen dan Dun semakin bertambah, menampakkan ruang demokrasi makin luas. Tetapi apakah kualiti calon semakin bertambah baik? Diharapkan pengundi-pengundi akan membuat pilihan yang terbaik untuk mengutamakan kualiti calon yang bertanding baik dari segi latar belakang keilmuan, integriti, manifesto dan keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pertandingan catur Alekhine Memorial yang juga sedang hangat berlangsung di Paris, GM Vladimir Kramnik yang bermain putih telah kecundang kepada GM Laurent Fressinet dalam gerakan terbaru yang diperkenalkan dalam fasa opening hasil daripada persediaan rapi sebelum perlawanan. GM Fressinet menunjukkan kepada kita bagaimana kualiti pieces adalah lebih penting berbanding kuantiti atau bilangan pieces. GM Vladimir Kramnik yang juga bekas juara dunia tewas hanya dalam 32 pergerakan.

GM Vladimir Kramnik (2801) - GM Laurent Fressinet (2706) Alekhine Memorial, Round 6, 25 April 2013.

1. Nf3 d5 2. g3 
Inilah gaya permainan yang dipilih oleh Kramnik akhir-akhir. Beliau memilih untuk bermain 2.g3 lebih awal, seterusnya meletakkan Bishop di petak g2, castling dan memilih untuk menewaskan lawannya dalam fasa middle game.

Selepas 2...Nb8-c6

2...Nc6 
Fressinet memilih gerakan yang amat jarang dimainkan, berkemungkinan untuk mengejutkan Kramnik. Pada pusingan pertama, lawan Kramnik iaitu GM Vitiugov memilih 2...c6 3.Bg4 Bg2 4.O-O Nd7 5.d3 Ngf6 6.Qe1 e5 7.e4, malangnya Vitiugov telah tewas kepada Kramnik dalam fasa ending. Mungkin inilah antara sebabnya Fressinet memilih untuk mencuba bermain 2...Nc6. Dalam kedudukan ini, saya lebih suka bermain setup 2...c6 kerana sudah pasti putih akan bermain Bg2 dan memberi tekanan kepada pawn d5.