Monday, December 31, 2012

Tuesday, December 18, 2012

SMITH-MORRA GAMBIT

Latihan Catur di Unit Sukan JPN Ipoh, Perak.
Pada minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri latihan catur bersama-sama dengan jurulatih dan murid-murid dari  MSS Perak bertempat di Unit Sukan Ipoh. Latihan untuk menghadapi MSSM 2013 ini dijalankan selama 3 hari dan akan dituruti dengan latihan fasa berikutnya. Diharapkan latihan seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi MSS Perak sebagai sebahagian dari persiapan untuk menghadapi MSSM.

Pada hari Sabtu minggu lepas juga Kejohanan Catur Antarabangsa Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya. Kejohanan yang dijalankan sebanyak 9 pusingan Swiss ini telah dimenangi oleh IM dari Vietnam, Nguyen Duc Hoa yang berkongsi 7.5 mata dengan rakan senegaranya, IM Nguyen Van Huy. Pemain terbaik Malaysia ialah FM Ronnie Lim yang berjaya mengumpul 7 mata diikuti oleh Yeoh Li Tian dengan 6.5 mata. Saya amat tertarik dengan kejohanan ini kerana keputusan terkini sentiasa di update dalam www.chess-results.com beserta dengan catatan keseluruhan permainan pada setiap pusingan!

Berikut ialah permainan pusingan 9 antara FM Ronnie Lim menentang Diano Eden. Permainan ini amat menarik kerana FM Ronnie Lim telah melakukan beberapa sacrifice, dalam usaha beliau memenangi pertarungan ini :

Sunday, December 2, 2012

Masa Untuk Bercuti

Kejohanan Catur Tertutup Perak 2012
Saya sempat berkunjung ke Kejohanan Catur Tertutup Negeri Perak yang diadakan bermula hari ini, 1 Disember 2012, di Dewan Majlis Sukan Negeri Ipoh. Kejohanan ini yang akan tamat pada esok hari menggunakan kawalan masa 45 minit bagi setiap pemain dan diadakan mengikut sistem Swiss 9 pusingan. 

Kepenatan mengharungi beberapa siri kejohanan catur pada bulan November masih terasa, sama ada sebagai pemain, jurulatih & pengurus pasukan UTP, arbiter dan tournament director. Bermula dengan menjadi pemain Wilayah Utara pada Kejohanan 3 Penjuru Kelab Sukan & Rekreasi Petronas pada 3 November, diiikuti dengan tugasan sebagai Ketua Arbiter pada Kejohanan Sukan IPT pada 6 - 11 November dan dituruti pula sebagai Tournament Director merangkap arbiter untuk kejohanan National Rapid and Blitz 2012 pada 17 dan 18 November. Kesemua tugasan tersebut amat memenatkan ditambah dengan tugasan rutin sehari-hari. Bahkan, sebaik tamat National Rapid and Blitz 2012, pada keesokannya saya sudah berada di Pulau Pinang selama tiga hari dari 19-21 November bagi menghadiri dan membentang kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Pulau Pinang di Alam Melayu 2012. 

Bulan Disember ialah masa untuk berehat seketika, menarik nafas lega, merehatkan minda, sebelum fajar 2013 menyinsing di bulan Januari... Namun di sini, saya masih ingin berkongsi beberapa kedudukan menarik yang sempat saya kutip semasa Sukan IPT berlangsung baru-baru ini...

Tuesday, November 13, 2012

TAHNIAH KEPADA PEMENANG CATUR SUKIPT 2012!

Pemenang Acara Individu Lelaki SUKIPT 2012

Kejohanan SUKIPT 2012 telah melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Bagi kejohanan catur, pemenang pingat emas individu lelaki ialah Ahmad Fadzil Nayan (UIA), diikuti oleh Muhammad Syazwan Zulkifli (UM) dan Looi Xin Hao (USM). Bagi kategori individu wanita, pemenang pingat emas ialah Guan Xin Ting (UPSI), diikuti oleh Ong Choon Yong (USM) dan Lee Lee Yin (USM).

Dalam acara berpasukan lelaki, pingat emas menjadi milik UIA, diikuti oleh UM dan UTM. Bagi acara berpasukan wanita, USM mendapat pingat emas dengan diikuti oleh UIA dan UPSI.

Secara keseluruhannya, bagi acara Catur, UIA mendapat 2 pingat emas dan 1 pingat perak, USM mendapat 1 pingat emas, 1 pingat perak, 2 pingat gangsa, sementara UPSI mendapat 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa. UM pula berjaya mendapat 2 pingat perak diikuti oleh UTM dengan 1 pingat gangsa.

Tuesday, November 6, 2012

KELAB SUKAN DAN REKREASI PETRONAS

Wilayah Tengah vs Wilayah Timur
Pertandingan 3 Penjuru antara Wilayah Utara, Tengah dan Timur telah berlangsung pada 3 November yang lalu. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan termasuklah catur. Saya telah terpilih untuk mewakili pasukan catur Wilayah Utara dan pertandingan telah berlangsung dengan meriahnya di PETRONAS Leadership Centre di Bangi. 

Pasukan Wilayah Utara

Bagi pertandingan catur, setiap pasukan menghantar 5 orang pemain dan pertandingan telah dijalankan secara berpasukan double round-robin dengan kawalan masa 30 minit setiap pemain. Najib Wahab telah dilantik menjadi arbiter pada pertandingan ini. Keputusannya, Wilayah Tengah telah menjadi juara catur dengan diikuti oleh Wilayah Utara dan Timur. Untuk keputusan penuh boleh lihat di sini. Tahniah kepada pasukan catur Wilayah Tengah!

Thursday, November 1, 2012

MOH PERGI SUKIPT 2012!


Sukan Institusi Pengajian Tinggi 2012 baru sahaja dirasmikan baru-baru ini. Konsep kejohanan ini amat menarik kerana ia menggabungkan seluruh IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuklah IPT awam dan swasta, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti. Terdapat banyak acara sukan yang dipertandingkan termasuklah CATUR!

Persediaan untuk SUKIPT...

Friday, October 5, 2012

FIDE October Rating List

FIDE rating list Oktober 2012
FIDE baru sahaja mengeluarkan rating list terbaru pada awal Oktober. Daripada senarai pemain Malaysia, terdapat 231 nama yang termasuk di bawah senarai "active list". Pemain negara dengan rating tertinggi ialah IM Mok Tze-Meng (2373), diikuti oleh IM Mashafizulhilmi (2355), FM Ronnie Lim (2324) dan IM Lim Yee Weng (2300). Dalam FIDE rating list yang terkini, ia turut memaparkan rating bagi Rapid dan Blitz.

Rating 10 Pemain Terbaik Malaysia

Friday, September 28, 2012

2 Pawns Up, tetapi...

DYTM Raja Nazrin Shah International Open Chess Championship 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Kemenangan menjadi milik GM Sergei Tiviakov dengan mengumpul 7 mata dari 9 pusingan.

Saya turut berpeluang melawat kejohanan tersebut yang diadakan di Hotel Olimpik, bertemu beberapa sahabat lama, termasuk mencari kesempatan melawat 2 orang pemain catur dari Universiti Teknologi PETRONAS yang turut mengambil bahagian, iaitu Ramone Mikgail Kok dan Yong Jenn.
Kwan Tszee Yeung vs Ramone Mikgail di GACC2012...
Dalam kejohanan elit seperti ini, secara realistik, mereka hanya mengharapkan agar dapat menambah FIDE rating dan bagi Yong Jenn, sudah tentulah amat mengharapkan agar beliau mendapat FIDE rating pertamanya dari kejohanan ini. Pada akhir kejohanan, Ramone berjaya mengumpul 4.5 mata sementara Yong Jenn 3.5 mata. 

Perhatikan permainan berikut  pada pusingan kelima, antara Ramone Mikgail Kok (1828) vs Legaspi Edmundo (2124), yang sempat dianalisis oleh Ramone bersama saya beberapa hari yang lalu: 

Saturday, September 22, 2012

"Made" his move vs "complete" his move?

Sebagai tambahan dari artikel sebelum ini, terdapat juga beberapa perubahan besar yang berlaku sebagaimana yang telah dikongsi oleh IA Geurt Gijssen dalam kolum beliau di www.chesscafe.com. Namun, FIDE Laws of Chess yang terkini masih belum boleh didapati dari laman web rasmi FIDE.

Antara perubahan lain ialah :

1) Artikel 6 (Berkaitan Penggunaan Jam Catur)
Jam catur dan pieces khas... untuk board 1 sahaja : Nik Farouqi vs Azizul, Kelantan Closed 2012, UiTM Machang...

Thursday, September 20, 2012

Olympiad :FIDE Laws of Chess updated!

Dinner... bersama-sama delegasi negara Asia di Beijing 2010... Termasuk FIDE Secretary, IA Ignatius Leong yang merupakan antara orang penting dalam FIDE Laws of Chess...

Dalam kejohanan catur Olimpiad 2012 di Turki baru-baru ini, bukan sahaja diadakan pertandingan catur berpasukan, tetapi turut diadakan beberapa kursus seperti kursus Arbiter, Organizer dan Trainer untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Title daripada FIDE. Yang paling menarik, turut berlaku mesyuarat RTRC (Rules and Tournament Regulations Committee), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab menambah baik dan mencadangkan sebarang perubahan untuk FIDE Laws of Chess dan dibentangkan dalam Presidential Board dan delegasi-delegasi dari seluruh dunia.

Dalam artikel terkini dari IA Geurt Gjissen <www.chesscafe.com>, beliau telah membincangkan beberapa perubahan yang berlaku dan akan dikuatkuasakan bermula pada 1 Julai 2013. Antaranya : 

1) Artikel 3.7.e. (Berkenaan pawn promotion)

Monday, September 17, 2012

Serangan Sayap... Kiri & Kanan!

Tahniah kepada pasukan negara yang baru sahaja pulang dari kejohanan catur Olympiad di Turkey, kejohanan berpasukan antara negara yang berlangsung setiap 2 tahun sekali. Pada tahun ini, pasukan Armenia menjadi johan bagi acara berpasukan lelaki diikuti oleh Rusia dan Ukraine. Sementara pasukan negara yang diletakkan di ranking 86 melompat ke kedudukan 64 dari 150 pasukan. Bagi berpasukan wanita, johan menjadi milik Rusia, diikuti China dan Ukraine. Pasukan negara mendapat tempat 61 dari 127 pasukan.

Keputusan yang lebih manis ialah apabila beberapa pemain negara mendapat title dan norm dari kejohanan ini iaitu FM Lim Zhuo-Ren (IM norm), WFM Camilia Johari dan WCM Tan Li Ting, kesemuanya pemain yang pernah mewakili MSSKL! Bahkan terdapat beberapa pemain sekolah yang sudahpun mewakili negara pada kejohanan elit dunia ini iaitu Nur Nabila Azman Hisham, Nur Najiha Azman Hisham, Yeoh Li Tian kesemuanya dari MSS Selangor, dan Camilia dan Tan Li Ting dari MSSKL. 

(Note : Tidak dilupakan juga WNM Fong Mi Yen yang turut pernah mewakili MSS Perak!)
Bersama pasukan MSSKL termasuk Lim Zhuo-Ren, Tan Li Ting dan Camilia Johari di Bangi, 2009
Berikut ialah permainan pusingan pertama yang sudahpun menjadi sejarah bagaimana IM Mok menewaskan GM terhandal dari Belanda, GM Loek Van Wely baru-baru ini.

Monday, August 27, 2012

Serangan Sayap... Kiri atau Kanan?

Serangan yang belum selesai oleh 2 attacking players : Justin Ong & Yeap Eng Chiam... sikit je lagi perlu dihabiskan... 

Central Pawn memainkan peranan yang penting dalam menentukan strategi yang akan digunakan semasa bermain middle game. Central pawn adalah pawn yang berada di file d dan e. 

Terdapat beberapa bentuk central pawn yang sentiasa dibincangkan oleh pakar-pakar permainan catur. Antaranya ialah central pawn tertutup iaitu 4 central pawn yang terkunci, yang tidak boleh lagi bergerak. Contoh yang paling mudah ialah pawn putih yang berada di petak d4 dan e5 sementara pawn hitam berada di petak d5 dan e6. 

"When the centre is locked, then flank attacks are the rule". 
Persoalannya, flank / sisi yang manakah menjadi pilihan, serangan di Kingside atau Queenside?

Saturday, August 4, 2012

When you see a good move...

Emanuel Lasker. Source : wikipedia



Emanual Lasker merupakan pemain dari German yang pernah menjadi juara dunia selama 27 tahun sebelum tewas kepada Capablanca. Terdapat satu pesanan dari Lasker yang ingin saya kongsi dalam permainan saya di bawah : "When you see a good move, look for a better one". Sekiranya anda telah menemui gerakan yang baik, sebaiknya anda cuba mencari gerakan alternatif yang lebih baik dari gerakan itu. Dengan kata lain, banyakkan bersabar, dan sentiasa membandingkan beberapa gerakan baik yang ditemui untuk memilih yang terbaik!

Berikut ialah permainan saya dalam kejohanan catur Grand Asian Chess Challenge V pada tahun 2000. Dalam permainan ini, saya telah bertemu dengan pemain dari Filipina, Arnulfo Gavilan Jr. Permainan agak seimbang, meskipun putih memiliki sedikit kelebihan sehinggalah saya terlepas peluang terbaik saya pada gerakan ke-15 untuk menghukum kesilapan putih dan seterusnya saya tewas dalam permainan ini. Kesilapan ini adalah kerana terlalu yakin tentang gerakan yang saya lakukan kerana sudah memikirkannya dari awal lagi, sedangkan terdapat gerakan yang lebih baik untuk dilakukan sekiranya saya bersabar dan tidak tergesa-gesa melakukan gerakan itu.

Thursday, July 26, 2012

Selamat Berbuka Puasa

Khamis, 26 Julai, Perak International Chess Association (PICA) telah mengadakan mesyuarat di salah sebuah hotel terkemuka di Ipoh dan seterusnya mengadakan majlis berbuka puasa dan makan malam. Majlis berbuka puasa ini telah diadakan hampir saban tahun. Hampir kesemua AJK telah menghadirkan diri ke mesyuarat ini. 
Antara AJK PICA yang hadir... Cikgu Mas'ud baru sahaja berangkat pulang...

Saturday, July 21, 2012

Kursus Asas Kepegawaian Catur di Melaka 2012

"Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Jawa Hamba Dirikan
Kalau Sungguh Bagai Dikata
Badan Dan Nyawa Hamba Berikan"


Peserta-peserta Kursus... Kebanyakannya orang-orang Melaka ...


Bertempat di Politeknik Kota Melaka, kursus yang bermula dari 13 hingga 15 Julai telah berjaya diadakan dengan dihadiri oleh peserta-peserta dari Politeknik dan IPT sekitar Melaka, termasuk juga politeknik dari Kota Bharu dan Sabah. Saya telah dijemput sebagai instructor bersama-sama dengan Gregory Lau dan Khairi Jansar.

Sunday, July 8, 2012

GACC XVI

UTP Chess Players at the playing hall...
Kejohanan Catur Antara Universiti GACC XVI sedang berlangsung di Universiti Malaya bermula dari 4 - 11 Julai 2012. Buat pertama kalinya kejohanan ini yang sudah memasuki edisi ke-16 mengubah tarikh kejohanan dari bulan Oktober ke bulan Julai. Hasilnya, kebanyakan universiti di luar negara tidak dapat menghadiri kejohanan ini kerana semester mereka masih belum berakhir. Kejohanan ini disertai seramai 68 orang pemain dan Encik Najib Wahab telah dilantik sebagai ketua Arbiter.
Bersama MCF Secretary General dan coach UPSI dalam dewan yang sejuuuuk.....

Saturday, June 30, 2012

Demam Euro 2012: Italian Game vs Spanish "Torture"

Selepas 1.e4 e5 2.Nf3 Nc6, sebagai pemain putih, adakah anda lebih suka bermain 3.Bc4 ataupun 3.Bb5? 

3.Bc4 menjurus kepada "Giuoco Piano" ataupun "Italian Game", sementara 3.Bb5 akan menjadi "Ruy Lopez" ataupun "Spanish". 

Yang manakah pilihan saya? A) Bermain 3.Bc4 atau B) Bermain 3.Bb5

A) Bermain 3.Bc4 (Italian Game)

Galleria, Milan, yang klasik... sepertimana pertembungan El Clasico Italy-Spain Euro 2012 

Monday, June 25, 2012

Kejohanan Catur Terbuka Datuk Bandar Ipoh

Fong Yit Ho sedang menerima hadiah dari Datuk Bandar Ipoh
Semalam, 24 Jun 2012, saya telah dijemput untuk menjadi arbiter di Kejohanan Catur Terbuka Datuk Bandar Ipoh. Kejohanan yang berlangsung di Town Hall Ipoh yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh telah menerima lebih kurang 160 penyertaan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka, Bawah 16 dan Bawah 12. Kejohanan ini merupakan kejohanan "National Rated Event" dan telah berjalan dengan lancar. Pendaftaran dan pembayaran yuran kejohanan telah dilakukan dengan lebih awal untuk mengelak sebarang masalah pada hari kejohanan. Johan bagi kategori terbuka menjadi milik Fong Yit Ho. Keputusan keseluruhan kejohanan boleh didapati di sini.


Berikut dikongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa kejohanan berlangsung. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Bandar Ipoh atas sumbangan hadiah, begitu juga kepada Persatuan Catur Daerah Kinta, Classical Chess, Arbiter dan pembantu-pembantu dan seterusnya seluruh pemain, ibubapa dan guru pengiring yang terlibat menjayakan kejohanan ini. Insya Allah tahun hadapan bertemu lagi...

Sunday, June 10, 2012

Romantic Chess...

Teringat tentang Venice yang baru saya kunjungi pada April lalu kerana membentang kertas kerja di International Conference on Social Sciences 2012. Kepulauan Venice yang dipenuhi dengan suasana romantik, haruman jambangan bunga, kesegaran udara lautan Mediterranean yang dinginnya masih mencubit kulit, sebagai tanda sudah berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga. Indahnya!
Udara Venice yang masih dingin meskipun matahari sudah agak terik memancar...

Thursday, April 5, 2012

Seni Peperangan...


Baru-baru ini ketika sedang asyik membaca buku di atas, saya tertarik kepada satu perenggan yang berbunyi: 
"To operate the army successfully, we must avoid the enemy's strong points and seek out his weak points. As the water changes its course in accordance with the contours of the terrain, so a warrior changes his tactics in accordance with the enemy's changing situation..."
Sunzi in The Art of War (2500 years ago)


Weak points!? 

Teringat saya pada satu game yang pernah dibincangkan oleh IM Robert Gwaze beberapa tahun dulu ketika kursus kem bakat MSSKL. 
Dalam permainan berikut, Gwaze menunjukkan bagaimana Botvinnik menunjukkan seni serangan yang menjurus hanya kepada satu titik lemah yang wujud dalam kem musuh. Perlawanan ini berlangsung pada tahun 1963 di Amsterdam.


Botvinnik - Jan Hein Donner

Selepas 13...Bc5-e7

Dalam diagram di atas, terdapat beberapa titik kelemahan yang terdapat pada rank ketiga dalam kem hitam. Antaranya ialah a6, c6 dan d6. Ketiga-tiga petak ini tidak dilindungi oleh pawn, tetapi terpaksa dilindungi oleh Bishop di b7 dan e7. Bagaimanakah Botvinnik memanipulasi keadaan ini?

Sunday, February 26, 2012

"Opposition"...

"Opposition" ialah istilah yang terkenal dalam fasa ending. Ia merupakan asas kepada permainan ending terutamanya permainan yang melibatkan pawn ending. Dalam gambarajah di bawah, sekiranya giliran hitam bergerak, ia bermaksud hitam terpaksa lari dari opposition dan membenarkan King putih mara dan menceroboh ke kawasannya. Contoh : 1...Kf4 2.Kd3 etc. Untuk mengelakkan King putih daripada memasuki kawasan hitam, adalah amat perlu untuk hitam mengekalkan opposition dan bukannya lari dari opposition. Contoh : 1. Kd2 Kd4 (mengekalkan opposition).

Apakah jenis-jenis opposition dan bagaimanakah mengaplikasikan konsep oppposition dalam fasa ending? 

Direct Opposition

Dalam ruangan Chessbase Magazine baru-baru ini, Dr. Karsten Muller, pakar fasa ending telah menunjukkan satu contoh permainan yang melibatkan pelbagai bentuk opposition. Permainan berikut adalah daripada perlawanan antara Bartosz (2636) vs Ni Hua (2641) yang berlangsung dalam kumpulan A Kejohanan Aeroflot Open 2012. 
Selepas 44.Kxf3

Thursday, February 23, 2012

Masa Anda Sudah Tamat...

Quah Seng Sun (http://datmo2011.blogspot.com/2011_08_01_archive.html)

Baru-baru ini, dalam ruangan "Arbiter's Notebook" oleh Geurt Gjissen, saya tertarik dengan satu soalan yang ditanyakan oleh seorang IA dari Pulau Pinang, Malaysia (!). Beliau juga merupakan seorang kolumnis tetap kepada 1 ruangan catur dalam suratkhabar The Star pada setiap hari Jumaat. Beliau yang saya maksudkan ialah IA Quah Seng Sun.

Beliau telah mengemukakan 1 situasi sebenar yang berlaku dalam satu kejohanan catur di negara kita. Berikut ialah soalan beliau : 

Situation 1 There was a team match using a 90-minutes time control (play to finish). In one of the games, both players were very short of time and they were blitzing. Player A's flag dropped and two or three seconds later, Player B noticed it. But as he was about to stop his clock, his own flag dropped. The arbiter saw everything and gave the win to Player B. How correct was this, and would the decision be any difference if no arbiter was present?

Monday, February 13, 2012

Kisah "Bad" Bishop....

"...Each of us has our own personality, our preferences, our set of strengths and weaknesses, and what is perfect for one player may be completely inappropriate for another..." - Mark Dvoretsky
Photo from www.chess-players.org

Adakah anda pernah mendengar nama Mark Dvoretsky? Beliau merupakan antara coach terbaik di dunia dan telah melahirkan beberapa bintang juara dunia Junior (Junior World Champions). Beliau turut terkenal sebagai antara coach yang mampu membimbing pemain dengan rating 2200 sehingga ke tahap GM.

Ketika membaca tulisan Mark Dvoretsky tentang faktor kedudukan Bishop di www.chesscafe.com, beliau turut membincangkan tentang "kelebihan" bad Bishop. Sebelum ini, "bad" bishop hanya terkenal sebagai Bishop yang bermasalah, namun ada pengecualiannya. Perhatikan kedudukan di bawah : 

Ivanchuk - Anand, Linares 1992

Sunday, February 12, 2012

Kelantan Closed 2012

Bergambar bersama AJK PCNK, pemenang dan para pembantu dari UiTM Machang
Tanah serendah sekebun bunga...


Alhamdulillah sempat tiba pada 27 Januari jam 4:30 pagi dengan bas untuk membuat sedikit persediaan sebelum kejohanan bermula jam 9:00 pagi di UiTM Machang.

Saturday, January 14, 2012

Kejohanan Catur Remaja Perak 2012...




Keletihan kerana hampir seharian berada di Perpustakaan Negeri Perak di Ipoh menjadi arbiter di kejohanan ini. Kejohanan yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Bawah 16, Bawah 14 dan Bawah 12 (termasuk bawah 10) mendapat sambutan yang diluar jangkaan memandangkan tempoh promosi yang terhad. Hampir 140 orang pemain terlibat dan kategori yang mendapat sambutan paling hangat ialah Bawah 16 dengan 72 orang pemain.

Saturday, January 7, 2012

Analisis Rating FIDE terkini...

10 Pemain Terbaik Malaysia (Active list) 
Rating FIDE terkini iaitu Januari 2012 telah dikeluarkan baru-baru ini. Berdasarkan senarai rating tersebut, kedudukan 10 pemain terbaik (active list) telah dibandingkan dengan 10 pemain terbaik (active list) dari senarai rating pada Januari 2011 untuk melihat sebarang perkembangan terhadap pemain-pemain catur kebangsaan dalam tempoh sepanjang tahun 2011 yang lalu. Pemilihan hanya 10 pemain terbaik dari active list dilakukan kerana kebiasaannya pemain-pemain inilah yang akan mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.  

Terdapat beberapa fakta menarik yang perlu diketahui.

Tuesday, January 3, 2012

Draw?

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua!




Perhatikan kedudukan yang dipamerkan di atas. Hitam sepatutnya bergerak dan masa yang dimiliki oleh hitam ialah 2 minit sementara putih hanya mempunyai 5 saat sahaja lagi sebelum masa habis. Sudah pasti putih akan kalah dari segi masa. Namun bolehkan putih cuba untuk claim draw?


Seorang rakyat Malaysia yang merupakan pemain catur dari Sabah, Charles Lucas telah bertanyakan soalan ini kepada IA Geurt Gjissen dalam ruangannya "The Arbiter's Notebook" pada keluaran Disember 2011 baru-baru ini. Setahu saya, beliau adalah orang kedua selepas Ilhamuddin yang pernah disiarkan soalannya dalam artikel beliau.


Soalannya :


1) Bolehkah putih claim draw dalam situasi ini?


2) Dalam keadaan apakah yang menyebabkan putih akan kalah dalam kedudukan ini?


Jawapan dari Geurt Gjissen :