Sunday, January 23, 2022

GM Artimiev vs GM Radjabov 2021: Bertahan sambil menyerang menggunakan open file

 

GM Artimiev vs GM Radjabov 2021: Selepas 28.Qxe5

Bagaimanakah putih bermain posisi di atas selepas hitam bermain 28...Qb4?

Kedudukan pieces & pawn putih:

Re1 melindungi Queen dan mengancam pawn e7. Queen di petak e5 berada di posisi menyerang king hitam dan mengancam pawn e7. Bishop putih berada di petak d5, mengancam untuk makan pawn b7 dan menyerang pawn f7. Putih juga mengancam Bxf7+, diikuti Qxa5. 3 pawn putih berada di Kingside dan 2 di kingside. Pawn c4 memberikan perlindungan kepada Bd5.

Kedudukan pieces & pawn hitam:

Queen di petak a5 menyerang Rook e1 dan tidak dilindungi. Bishop f5 menyerang pawn h3, dan dilindungi oleh pawn g6. Re8 berada dalam posisi bertahan, melindungi pawn e7. 4 pawn hitam berada di Kingside, warna yang sama dengan Bishop f5.

Secara umum, pieces putih iaitu Bishop dan Queen sedang aktif memberikan ancaman kepada kedudukan King hitam, dan Rook e1 juga aktif di e-file. Hitam berada dalam kedudukan bertahan dan mengancam untuk bermain ...Bxh3.