Thursday, May 2, 2013

Serangan "Alekhine Memorial"


Kubur Alexander Alekhine yang turut diletakkan papan catur di atasnya di Paris. Sumber: www.chessbase.com

Kejohanan Alekhine Memorial sudah hampir tiba ke penghujung. Bersempena dengan cuti hari pekerja pada hari ini, saya mendapat sedikit masa untuk menganalisis seni serangan yang ditunjukkan oleh GM Ding Liren ketika beliau menewaskan GM Levon Aronian pada pusingan pertama.

GM Ding Liren (2707) vs GM Levon Aronian (2809), 21 April 2013, Pusingan 1.

1. d4 d5 2. c4 c6 3. Nf3 Nf6 4. Nc3 
Main line untuk Slav Defense ataupun turut dipanggil Slav Accepted oleh Max Euwe adalah 4...dxc4 5. a4 Bf5. Hitam berjaya mengeluarkan Bishop c8 sebelum laluannya ditutup dengan gerakan ...e6. Max Euwe menganggap line ini adalah sangat penting bagi mana-mana pemain Slav.

Selepas 4.Nb1-c3


4...a6 
Menurut GM Robert Byrne, gerakan ini pernah dimainkan oleh Alekhine pada tahun 1920-an, maka tidaklah pelik ia dimainkan semula sempena Alekhine Memorial Tournament 2013! Idea disebalik gerakan ...a6 ialah untuk bermain ... b5, ataupun melindungi petak b5 dari Bishop putih selepas putih bermain cxd5 cxd5 dan Ne5, menghalang putih dari bermain Bb5. Dalam sesetengah kedudukan hitam akan bermain ...Ra7 sebagai balasan bagi gerakan Qb3. 

5. e3 e6 6. c5 
Closed position! Kedudukan ini mengingatkan saya bagaimana GM Garry Kasparov menggunakan opening ini untuk menewaskan Fritz pada kejohanan X3D Challenge 2003, 10 tahun yang lalu. Putih memilih untuk menutup centre dengan melepaskan tekanan terhadap petak d5, namun mendapat peluang untuk mengawal petak b6 dan d6. Kebiasaannya gerakan ini dimainkan apabila pawn hitam telah bergerak ke petak a6. Sekiranya pawn hitam masih berada di a7, hitam boleh bermain b6 untuk mencabar pawn c5. GM Ding Liren membuat pilihan yang bijak kerana dalam closed position, agak sukar bagi hitam untuk mencipta taktik dan kombinasi. Dan mungkin inilah caranya untuk menyukarkan GM Aronian untuk bermain kerana beliau sememangnya seorang yang suka bermain dalam kedudukan terbuka yang penuh dengan taktik dan kombinasi. Itulah juga idea yang digunakan oleh GM Kasparov kerana kelemahan komputer ialah untuk bermain secara positional berbanding taktikal. 

Selepas 6.c4-c5

6...Nbd7 
Alekhine pernah mencuba 6...b6 ketika bertemu Max Euwe pada Kejohanan Dunia 1935. Tetapi selepas 6... b6 7. cxb6 Nbd7 8. Na4 Nxb6 9. Bd2 Nxa4 10. Qxa4 Qb6 11. Rc1 Bd7 12. Ne5 Qxb2 13. Nxd7 Nxd7 14. Bd3 Rb8 15. Ke2 Max Euwe mendapat sedikit kelebihan dan seterusnya memenangi perlawanan ke-8. 

7. b4 
Gelfand pernah mengejutkan Anand dengan gerakan 7. Qc2. Gelfand berjaya mendapat sedikit kelebihan dan akhirnya berjaya memenangi pertemuan itu. 

7...b6 
Sekiranya 7... a5?! 8. b5 e5 9. Qa4 Qc7 10. Ba3 e4 11. Nd2 dan GM Kasparov mendapat kelebihan dan seterusnya memenangi perlawanan dengan Fritz pada 2003.

Selepas 7...b7-b6

8. Bb2 a5 9. a3 Be7 10. Bd3 O-O 11. O-O Ba6 
Bishop c8 yang pasif mesti ditukar dengan Bishop putih yang aktif.

12. Ne1 
Putih bersedia untuk mempertahankan Bishop d3 dengan Knight dan dalam masa yang sama bersedia untuk bermain f3 dan e4.

12...Bc4?! 
Hitam cuba mencipta passed pawn di petak c4.

13. Bxc4 dxc4 14. Qe2 Rb8 15. Ra2
Putih memilih untuk tidak mahu menjadikan position lebih terbuka. Sekiranya 15. Qxc4 bxc5 16. dxc5 Nxc5 17. bxc5 Rxb2 Putih sudah pun membuka 2 file iaitu b dan d. GM Aronian sudah pasti lebih suka bermain dalam position sebegini. 

Selepas 15.Ra1-a2

15... b5 16. e4 
Selepas pawn di Queenside berjaya dikunci, putih memulakan operasi di sebelah Kingside.

16...Rb7 17. Nc2 
Melindungi pawn d4 dari serangan Queen. 

17...Nb8 18. Raa1 
Hasil daripada gerakan 12...Bc4, hitam berada dalam kedudukan yang agak pasif dan kekurangan ruang untuk bergerak. Putih sedang menyediakan bala tenteranya untuk operasi di sebelah Kingside.

18...Qc8 19. Rad1 Rd8 20. Bc1
Bishop tidak mempunyai sebarang fungsi di petak b2, maka ia dipindahkan ke Kingside untuk membantu operasi di sana.

20...Na6 21. Bf4 Rbd7 22. h3 Ne8 23. Qe3 Bf6 
Hitam cuba memberi tekanan kepada pawn d4.

24. e5 Be7 25. Ne4 
Knight menuju ke arah d6 dan seterusnya akan melumpuhkan seluruh koordinasi sistem pertahanan hitam. 

Selepas 25.Nc3-e4

25...Nac7 
Hitam juga mengambil peluang atas penguasaannya ke atas petak d5. 

26. Nd6 Qa8 27. Qg3 Nd5 28. Ne3! Nc3 
Hitam gagal membaca idea putih bermain Ne3. Hitam sepatutnya menggunakan Knight itu untuk bertahan.

Selepas 29...Nd5-c3

29. Rde1 Bxd6 30. exd6 Ne4 31. Qh4 Nd2 
Ops, Rf1 sudah tidak boleh melarikan diri... Adakah putih sudah tersilap?

32. Nd5! Sacrifice! 

Selepas 32.Ne3-d5

32...Nxf1 33. Nb6! Knight hitam dibiarkan kerana sudah tidak boleh lari kemana-mana...

33...Qa7 34. Rxf1 Nf6 
Hitam terpaksa menutup serangan Queen putih ke atas Rook d8. Rook d7 tidak boleh digerakkan kerana ia melindungi Rook d8. GM Margvelashvili mencadangkan 34... Rb8 Memaksa Knight putih untuk makan Rook d7 35. Nxd7 Qxd7 36. bxa5 Ra8 37. Bd2 tetapi Putih masih memiliki kelebihan.


35. Be5! Gerakan terbaik. Bishop ini memainkan peranan yang sangat penting dalam serangan putih. 

Selepas 35.Bf4-e5

35...Nd5 Sekiranya 35... Rb7 36. Bxf6 gxf6 37. Re1!

36. Nxd5! Pilihan terbaik! Putih tahu bahawa Knight hitam lebih berharga kerana boleh bergerak bebas berbanding Rook d7. Oleh itu, putih memilih untuk mematikan Knight tersebut.

36...exd5 37. Bxg7!! 
The best!! 'Tidur" Alekhine pastinya terganggu sekiranya beliau mampu melihat position ini... 

Selepas 37.Be5 x g7

37...Kxg7 38. Qg5+ Kf8 39. Qf6 Kg8 40. Re1! 
Idea yang mudah untuk checkmate. Rook akan dibawa ke g file melalui petak e3 atau e5. 

40...axb4 41. Re5 h6 42. Rh5 Qxa3 43. Qxh6! 
Bukannya 43. Rxh6? Qc1+ 44. Kh2 Qxh6! 45. Qxh6 b3 dan Putih terpaksa melakukan perpetual check untuk mengelakkan dari pawn b3 dan c4 hitam menjadi Queen (GM Margvelashvili).

Selepas 43.Qf6 x h6

43... f6 44. Qxf6 
dan hitam menyerah kalah... Queen dan Rook hitam tidak mampu membantu untuk mengelak dari checkmate. 1-0

No comments:

Post a Comment