Sunday, April 28, 2013

Kualiti vs Kuantiti


GM Laurent Fressinet ketika menentang GM Ding Liren di pusingan ketiga Alekhine Memorial 2013 (Sumber: www.chessbase.com)
Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum yang ke-13, kemuncaknya ialah proses pembuangan undi yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Kuantiti calon yang bertanding di peringkat Parlimen dan Dun semakin bertambah, menampakkan ruang demokrasi makin luas. Tetapi apakah kualiti calon semakin bertambah baik? Diharapkan pengundi-pengundi akan membuat pilihan yang terbaik untuk mengutamakan kualiti calon yang bertanding baik dari segi latar belakang keilmuan, integriti, manifesto dan keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pertandingan catur Alekhine Memorial yang juga sedang hangat berlangsung di Paris, GM Vladimir Kramnik yang bermain putih telah kecundang kepada GM Laurent Fressinet dalam gerakan terbaru yang diperkenalkan dalam fasa opening hasil daripada persediaan rapi sebelum perlawanan. GM Fressinet menunjukkan kepada kita bagaimana kualiti pieces adalah lebih penting berbanding kuantiti atau bilangan pieces. GM Vladimir Kramnik yang juga bekas juara dunia tewas hanya dalam 32 pergerakan.

GM Vladimir Kramnik (2801) - GM Laurent Fressinet (2706) Alekhine Memorial, Round 6, 25 April 2013.

1. Nf3 d5 2. g3 
Inilah gaya permainan yang dipilih oleh Kramnik akhir-akhir. Beliau memilih untuk bermain 2.g3 lebih awal, seterusnya meletakkan Bishop di petak g2, castling dan memilih untuk menewaskan lawannya dalam fasa middle game.

Selepas 2...Nb8-c6

2...Nc6 
Fressinet memilih gerakan yang amat jarang dimainkan, berkemungkinan untuk mengejutkan Kramnik. Pada pusingan pertama, lawan Kramnik iaitu GM Vitiugov memilih 2...c6 3.Bg4 Bg2 4.O-O Nd7 5.d3 Ngf6 6.Qe1 e5 7.e4, malangnya Vitiugov telah tewas kepada Kramnik dalam fasa ending. Mungkin inilah antara sebabnya Fressinet memilih untuk mencuba bermain 2...Nc6. Dalam kedudukan ini, saya lebih suka bermain setup 2...c6 kerana sudah pasti putih akan bermain Bg2 dan memberi tekanan kepada pawn d5.

Thursday, April 11, 2013

MSSM 2013...

MSSM Future Champions in training...

Saya terlepas peluang untuk berada di kejohanan catur elit kebangsaan iaitu MSSM yang berlangsung dari hari Isnin (25 Mac) hingga hari Jumaat (29 Mac) yang lalu. Semenjak kejohanan ini mula diperkenalkan semula pada 2004 di Labuan, saya hanya terlepas peluang untuk melihatnya dari dekat pada tahun lepas di Terengganu dan di Taiping pada tahun ini disebabkan masalah yang tidak boleh dielakkan. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang penting untuk mencungkil bakat-bakat baru pemain catur serta dapat melihat perkembangan sukan catur bagi setiap negeri.

Meskipun tidak berkesempatan ke sana, saya masih dapat mengikuti keputusannya melalui chess-results.com. Tahniah kepada unit sukan Jabatan Pelajaran Perak yang mengambil inisiatif untuk membeli pairing software yang original dan membolehkan keputusan di upload pada setiap pusingan. Secara keseluruhannya, keputusan emas, perak dan gangsa mengikut negeri adalah seperti berikut: