IM Yeoh Li Tian baru sahaja menamatkan kejohanan 10th Karen Asrian Memorial 2017 di Armenia. Kejohanan ini membariskan lebih daripada 20 orang GM. Daripada 9 pusingan, beliau berjaya mendapat 6.5 mata dan seterusnya berjaya menduduki tempat ke-8! Dalam kejohanan yang dibarisi ramai GM ini, Li Tian tidak pernah tewas dalam mana-mana pusingan.
IM Li Tian ialah antara pemain harapan Malaysia untuk menjadi GM. Beliau memerlukan 2 lagi GM norm sebagai syarat untuk menjadi GM. Untuk mendapat GM norm, "...a player must perform at a level at least 2600 (Rp)" (FIDE Title Regulations, 1.48) .
Untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance= Rp) IM Yeoh Li Tian dalam kejohanan ini, formula pengiraan adalah seperti berikut:
Rp = Ra + dp
Rp = Rating Performance
Ra = Average rating of opponents
dp = rating difference (semak jadual dp daripada rajah 8.1.a FIDE Rating Regulations B.02 iaitu penukaran daripada peratus skor (p) kepada perbezaan rating (dp).
Untuk menentukan Ra, rating 9 pemain lawan hendaklah dijumlahkan dan dibahagi dengan 9. Rating lawan Li Tian adalah seperti berikut:
Pusingan 1: Kononenko Vsevolod (Rating: 2019) (menang)
Pusingan 2: FM David Mirzoyan (Rating: 2321) (seri)
Pusingan 3: Pipia Ekaterine (Rating: 1711) (seri)
Pusingan 4: FM Noe Tutisani (Rating: 2356) (seri)
Pusingan 5: Suren Gesyan (Rating: 2064) (menang)
Pusingan 6: GM Davit G. Petrosian (Rating: 2405) (menang)
Pusingan 7: GM Pavel Smirnov (Rating: 2589) (menang)
Pusingan 8: GM Andrey Zhigalko (Rating: 2563) (seri)
Pusingan 9: GM Olexandr Bortnyk (Rating: 2580) (seri)
Jumlah mata: 6.5