Sunday, January 27, 2013

PELAJARI PERMAINAN KLASIK...

Akiba Rubinstein (wikipedia)

Setiap legenda catur mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Menurut Mikhalchishin, pemain seperti Botvinnik terkenal dengan teknik "centralization", Alekhine dengan kemahiran mencari inititative dalam fasa opening, Capablance dengan teknik permainan fasa ending dan Rubinstein sebagai antara pakar "exchange technique". 

Antara kepentingan mempelajari permainan klasik ialah untuk memahami bagaimana pemain-pemain terbaik ini mengaplikasikan kemahiran istimewa mereka. Inilah yang berlaku baru-baru ini apabila Viswanathan Anand yang bermain buah hitam berjaya menumpaskan Levon Aronian dengan hanya 23 gerakan! Permainan ini mengingatkan kita kepada permainan yang pernah dimainkan lebih 100 tahun yang lalu oleh Rubinstein, iaitu bagaimana dalam posisi yang hampir sama, hitam melancarkan serangan menggunakan kombinasi Queen, Knight dan 2 Bishop.

Georg A Rotlewi vs Akiba Rubinstein (1907)

1. d4 d5 2. Nf3 e6 3. e3 c5 4. c4 Nc6 5. Nc3 Nf6 6. dxc5 Bxc5 7. a3 a6 8. b4 Bd6 9. Bb2 O-O 10. Qd2 Qe7 11. Bd3 dxc4 12. Bxc4 b5 13. Bd3 Rd8 14. Qe2 Bb7 15. O-O Putih ketinggalan dalam fasa opening, tertinggal hampir 2 tempo berbanding hitam 15...Ne5! Menurut Grivas Efstratios, dalam kedudukan symmetrical, adalah sangat penting untuk mencipta initiative dengan cara membuka ruang serangan / diagonal...  

16. Nxe5 Bxe5 17. f4?! Bc7 18. e4 Rac8 19. e5?! Bb6+ 20. Kh1 Ng4!
Sekarang, perhatikan bagaimana hitam mengendalikan serangan yang menarik ini menggunakan 2 Bishop, Knight dan Queen serta dibantu oleh Rook.

Thursday, January 10, 2013

FIDE RAPID & BLITZ RATING...

Tan Li Ting di Kejohanan MSSM Melaka, 2008... kecil-kecil cili padi...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah untuk Fong Yit San dan WNM Tan Li Ting kerana menjuarai National Junior Chess Championship 2012 bagi kategori masing-masing. Fong Yit San yang juga merupakan pemain dari Perak berjaya mendapat 7.5 mata diekori rapat oleh Tan Jun Feng, abang kepada Tan Li Ting dengan 7 mata. WNM Tan Li Ting yang berasal dari KL pula berjaya memungut 8.5 (!) mata dari 9 pusingan. Beliau hanya seri dengan Sarika pada pusingan ketiga. Tempat kedua pula dimenangi oleh WFM Nur Najiha dengan mendapat 7.5 mata.

Pada tahun lepas juga, penganjuran National Rapid & Blitz telah membuka satu lembaran baru bagi pemain-pemain catur tanah air. Bagi kategori terbuka, keputusannya telah dihantar kepada FIDE untuk mendapatkan FIDE rating bagi pemain-pemain yang terlibat. 

Hasilnya, kejohanan ini telah didaftarkan dan pemain yang layak mendapat FIDE rating telah diberikan rating. Ia boleh dilayari di laman web FIDE bagi kategori rapid dan blitz.

Saturday, January 5, 2013

SPECIAL RESULT?

Selamat Tinggal Kenangan 2012...
Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! Moga tahun baru ini akan memberikan kita lebih banyak motivasi untuk berusaha mencapai azam yang telah ditetapkan. Moga dengan bertambahnya usia kita juga akan lebih mematangkan kita dalam mengambil apa-apa tindakan, terutamanya dalam dunia catur yang dipenuhi dengan golongan bijak pandai yang terdiri daripada para pemain, jurulatih, pengurus, pegawai, arbiter dan blogger yang memiliki pelbagai gaya dan ragam. Saya juga berazam untuk lebih cuba memperbanyakkan lagi artikel-artikel yang dapat memberi manfaat kepada dunia catur tanah air.

Dalam mana-mana kejohanan catur yang kita pergi, keputusan catur yang biasa dimasukkan ialah sama ada 1-0, 0-1, ataupun berakhir dengan seri iaitu 0.5 - 0.5. Ini adalah keputusan standard yang boleh difahami oleh mana-mana pemain catur.

Namun, pernahkah anda mendengar keputusan yang berakhir dengan 0.5 - 0? Adakah keputusan seperti ini wujud dalam FIDE Laws of Chess?