Pada 1 Julai 2017, undang-undang catur FIDE yang baru telah dikuatkuasakan. Undang-undang yang baru ini ialah penambahbaikan daripada undang-undang FIDE yang lama. Berbanding dengan undang-undang catur FIDE yang lama, beberapa perubahan kecil telah berlaku. Menurut laman web FIDE, berikut ialah penafsiran terhadap beberapa peraturan yang mengalami perubahan, antaranya adalah seperti berikut:
1) Peraturan berkaitan illegal move melibatkan 4 artikel, iaitu artikel berkaitan illegal move yang berlaku selepas menekan jam, illegal move yang berlaku semasa pawn promotion, penggunaan kedua-dua belah tangan dan menekan jam tanpa melakukan apa-apa gerakan:
Artikel 7.5.1: "An illegal move is completed once the player has pressed his clock. If during a game it is found that an illegal move has been completed, the position immediately before the irregularity shall be reinstated...."
Artikel ini menyentuh tentang kesalahan illegal move yang dianggap berlaku hanya SELEPAS pemain tersebut menekan jamnya. Selagi pemain itu belum menekan jamnya, dia masih boleh menggerakkan piece tersebut ke petak yang betul untuk menjadikannya legal move, dengan merujuk kepada artikel 4.3 dan 4.7 (The act of moving pieces).
Artikel 7.5.2: "If the player has moved a pawn to the furthest distant rank, pressed the clock, but not replaced the pawn with a new piece, the move is illegal. The pawn shall be replaced by a queen of the same colour as the pawn."
Artikel ini menyentuh tentang illegal move yang berlaku ketika melakukan pawn promotion, iaitu pemain yang menolak pawn ke baris ke lapan untuk promotion, tetapi terus menekan jamnya TANPA menukar pawn itu kepada piece yang sama warna. Ia dianggap illegal move dan pawn itu hendaklah ditukar kepada Queen yang sama warna.
Artikel 7.7.1: "If a player uses two hands to make a single move (in case of castling, capturing or promotion), it shall be considered as an illegal move."
Artikel ini menyentuh tentang pemain yang menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melakukan gerakan, terutamanya semasa castling, memakan piece lawan dan pawn promotion. Ia dianggap sebagai melakukan kesalahan 1 illegal move. Artikel ini tidak memasukkan kesalahan pemain yang menggerakkan piece dan menekan jam dengan 2 tangan yang berbeza kerana ia tidak dianggap sebagai illegal move. Kesalahan menggerakkan piece dan menekan jam dengan tangan yang berlainan diletakkan dalam artikel 6.2.3.