Sunday, April 28, 2013

Kualiti vs Kuantiti


GM Laurent Fressinet ketika menentang GM Ding Liren di pusingan ketiga Alekhine Memorial 2013 (Sumber: www.chessbase.com)
Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum yang ke-13, kemuncaknya ialah proses pembuangan undi yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Kuantiti calon yang bertanding di peringkat Parlimen dan Dun semakin bertambah, menampakkan ruang demokrasi makin luas. Tetapi apakah kualiti calon semakin bertambah baik? Diharapkan pengundi-pengundi akan membuat pilihan yang terbaik untuk mengutamakan kualiti calon yang bertanding baik dari segi latar belakang keilmuan, integriti, manifesto dan keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pertandingan catur Alekhine Memorial yang juga sedang hangat berlangsung di Paris, GM Vladimir Kramnik yang bermain putih telah kecundang kepada GM Laurent Fressinet dalam gerakan terbaru yang diperkenalkan dalam fasa opening hasil daripada persediaan rapi sebelum perlawanan. GM Fressinet menunjukkan kepada kita bagaimana kualiti pieces adalah lebih penting berbanding kuantiti atau bilangan pieces. GM Vladimir Kramnik yang juga bekas juara dunia tewas hanya dalam 32 pergerakan.

GM Vladimir Kramnik (2801) - GM Laurent Fressinet (2706) Alekhine Memorial, Round 6, 25 April 2013.

1. Nf3 d5 2. g3 
Inilah gaya permainan yang dipilih oleh Kramnik akhir-akhir. Beliau memilih untuk bermain 2.g3 lebih awal, seterusnya meletakkan Bishop di petak g2, castling dan memilih untuk menewaskan lawannya dalam fasa middle game.

Selepas 2...Nb8-c6

2...Nc6 
Fressinet memilih gerakan yang amat jarang dimainkan, berkemungkinan untuk mengejutkan Kramnik. Pada pusingan pertama, lawan Kramnik iaitu GM Vitiugov memilih 2...c6 3.Bg4 Bg2 4.O-O Nd7 5.d3 Ngf6 6.Qe1 e5 7.e4, malangnya Vitiugov telah tewas kepada Kramnik dalam fasa ending. Mungkin inilah antara sebabnya Fressinet memilih untuk mencuba bermain 2...Nc6. Dalam kedudukan ini, saya lebih suka bermain setup 2...c6 kerana sudah pasti putih akan bermain Bg2 dan memberi tekanan kepada pawn d5.


3. d4 Bg4 4. Nbd2 
Putih juga boleh memilih untuk terus bermain 4.Bg2, kerana lambat laun, Bishop itu pasti akan pergi ke petak g2. 

4...Qd7 5. h3 Bf5 6. c3 e5!? 
Senjata sulit yang sudah dianalisis oleh Fressinet sebagai sebahagian dari persediaan bertemu Kramnik. Antara pilihan lain dalam kedudukan ini ialah bermain 6...O-O-O 7.b4 f6 8.Nh4 e5 9.Nxf5 Qxf5 10.b5 Nce7 11.Bg2 Qe6 12.O-O; ataupun 6....f6 7.b4 [GM Chirila]. 

Selepas 6...e7-e5
7. dxe5  
Menurut GM Chirila, 7.Nxe5 ialah gerakan yang sepatutnya dimainkan oleh Kramnik. Kramnik sepatutnya berusaha untuk bermain mudah dengan menukar pieces, terutamanya selepas mendapat kelebihan 1 pawn. Tambahan pula, gerakan ini akan menyelesaikan masalah Knight di petak d2 kerana petak f3 sudah dikosongkan untuknya. GM Chirila memberikan analisis 7...Nxe5 8. dxe5 O-O-O 9. Bg2 Ne7 10.Nf3 Nc6 11. Nd4 Nxe5?! 12. g4 Bg6 13. f4 dan putih mempunyai sedikit kelebihan 

7... O-O-O Hitam sudah kehilangan 1 pawn. 

8. e3  
Gerakan yang menimbulkan masalah dikemudian hari. Putih dengan sengaja melemahkan penguasaannya di petak d3 yang sepatutnya dikawal oleh pawn e2. Pawn itu tidak sepatutnya dimainkan kerana Bishop f1 masih boleh keluar melalui petak g2. 

8...Nge7 9. g4 Bg6 10. b4 h5! 
Kramnik baru sahaja melakukan 3 gerakan pawn berturut-turut dalam fasa opening. Hitam sudah castling sementara putih masih lagi bertungkus lumus menyelesaikan koordinasi antara pieces. Pemain yang sudah bersedia akan melancarkan serangan terlebih dahulu. Hitam sudah memulakan serangan!

Selepas 10...h7-h5

11. b5 hxg4! 
Gerakan yang sudah dirancang oleh hitam sejak awal lagi. Serangan hitam dilakukan dalam keadaan pieces yang sudah bersedia sementara putih masih menghadapi masalah kedudukan King yang tersekat di tengah-tengah medan pertempuran... 
Sekiranya 11... Nb8 12. g5 Serangan hitam berjaya disekat dan putih pula yang mendapat kelebihan untuk menyerang King hitam.

12. bxc6 Putih mendapat kelebihan 1 piece.

12...Nxc6 13. e6 
Putih tidak mempunyai banyak pilihan. Sekiranya 13. Nd4 Nxe5 14. f4 gxf3 e.p. 15. N2xf3 Nxf3+ 16. Nxf3 Re8 (GM Chirila) Pieces putih tidak berkoordinasi dengan baik dan putih ketinggalan dalam fasa opening... Hitam mempunyai kelebihan.

Selepas13...e5-e6

13... Qxe6 14. Nd4 Nxd4 15. cxd4 Be7 
Gerakan yang agak kurang tepat oleh Fressinet. Menurut GM Chirila, gerakan yang sepatutnya dimainkan ialah 15... Bb4 Mengawal petak e4 dengan cara menyerang Knight d2 dan seterusnya mengawal permainan. Perhatikan Rook di petak a1 yang tidak boleh bergerak. Hitam boleh mengancam ....Bc3.
Sekiranya 16. Qb3 (16. Bg2 gxh3 17. Bf3 Bc3) 16...Bxd2+ 17. Bxd2 Be4 18. Rh2 Qd6 19. f4 g3 20. Re2 Qg6 (GM Chirila). 

Selepas 15...Bf8-e7

16. Bg2 
Putih boleh mencuba 16. Be2 Bf5 17. Nf1 gxh3 18. Ng3 (GM Chirila).

16... gxh3 17. Bf3 Bf5 18. Qa4 Kb8 19. Ba3 Bh4
Sekarang semua senjata sedang dihalakan ke arah King putih. Hitam mengancam untuk bermain ....Qxe3. Meskipun kehilangan 1 piece, tetapi kekuatan tentera hitam mengatasi kekuatan tentera putih. Kualiti vs kuantiti. 

Selepas 19...Be7-h4
20. Nf1 g5 
Hitam menggunakan kelebihan pawn di Kingside untuk menekan kedudukan putih. Hitam sudah pun mempunyai passed pawn di petak h3.

21. Rh2 g4 22. Be2 Be4 
Bishop mengawal sepenuhnya petak e4 dan d3, dan seterusnya petak h1 dan g2. Putih kehilangan kawalan di petak tengah dan hanya membiarkan bishop hitam bermaharajela di tengah-tengah medan pertempuran.

Selepas 22...Bf5-e4

23. Rc1 Bg2 24. Qa5 Rc8 25. Rc3 Bxf2+!
Sacrifice oleh Bishop hitam. Hitam sudah kehilangan 2 pieces! Sacrifice ini penting untuk membuka jalan bagi pawn g4 dan h3 menjadi queen.

Selepas 25...Bh5xf2+

26. Kxf2 Bxf1 27. Kxf1 
Sekiranya 27. Bxf1 g3+ 28. Kxg3 Qf5 29. Be2 Rcg8+ 30. Bg4 Rxg4#

27... g3 
Pawn g3 dan h3 terlalu kuat dan kemaraannya sukar dihalang.

Selepas 27...g4-g3

28. Bf3
Rook h2 sudah terperangkap dan kehabisan tapak untuk melarikan diri. Sekiranya 28. Rh1 g2+ 29. Kg1 gxh1=Q+ 30. Kxh1 Qe4+.

28... gxh2 29. Ke2 Rhg8 30. Bc5 a6 31. Bh1 Rg2+ 

Selepas 31...Rg8-g2+

32. Bxg2 
dan akhirnya Kramnik menyerah kalah. Hitam akan mendapat Queen yang kedua. Kualiti mengatasi kuantiti. 0-1

No comments:

Post a Comment