Sunday, September 17, 2023

Classical, Rapid & Blitz: Bagaimana menentukan jenis kawalan masa (Time Control)?

Pilihan "Time Control" dalam Swiss Manager

Dalam FIDE Laws of Chess, kawalan masa (time control) untuk permainan catur boleh dibahagikan kepada 3 iaitu Classical / Standard, Rapid & Blitz

1) Kawalan Masa Rapid

Bagi kawalan masa Rapid, ia diberikan definisi sebagai:

‘Rapid chess’ game is one where either all the moves must be completed in a fixed time of more than 10 minutes but less than 60 minutes for each player; or the time allotted plus 60 times any increment is of more than 10 minutes but less than 60 minutes for each player.

Berdasarkan definisi di atas:

Rapid Chess ialah permainan catur yang mesti dihabiskan oleh seseorang pemain dalam kawalan masa melebihi 10 minit dan kurang daripada 60 minit. Dengan kata lain, kawalan masa antara 11 minit hingga 59 minit ialah kawalan masa Rapid

Oleh itu, sekiranya terdapat kejohanan dengan kawalan masa 30 minit tanpa sebarang increment, maka ia adalah kategori Rapid kerana kawalan masa ini adalah kurang daripada 60 minit dan lebih daripada 10 minit.

Bagaimana pula mengira kawalan masa yang memiliki tambahan masa (increment)? 

Friday, September 1, 2023