Monday, September 17, 2012

Serangan Sayap... Kiri & Kanan!

Tahniah kepada pasukan negara yang baru sahaja pulang dari kejohanan catur Olympiad di Turkey, kejohanan berpasukan antara negara yang berlangsung setiap 2 tahun sekali. Pada tahun ini, pasukan Armenia menjadi johan bagi acara berpasukan lelaki diikuti oleh Rusia dan Ukraine. Sementara pasukan negara yang diletakkan di ranking 86 melompat ke kedudukan 64 dari 150 pasukan. Bagi berpasukan wanita, johan menjadi milik Rusia, diikuti China dan Ukraine. Pasukan negara mendapat tempat 61 dari 127 pasukan.

Keputusan yang lebih manis ialah apabila beberapa pemain negara mendapat title dan norm dari kejohanan ini iaitu FM Lim Zhuo-Ren (IM norm), WFM Camilia Johari dan WCM Tan Li Ting, kesemuanya pemain yang pernah mewakili MSSKL! Bahkan terdapat beberapa pemain sekolah yang sudahpun mewakili negara pada kejohanan elit dunia ini iaitu Nur Nabila Azman Hisham, Nur Najiha Azman Hisham, Yeoh Li Tian kesemuanya dari MSS Selangor, dan Camilia dan Tan Li Ting dari MSSKL. 

(Note : Tidak dilupakan juga WNM Fong Mi Yen yang turut pernah mewakili MSS Perak!)
Bersama pasukan MSSKL termasuk Lim Zhuo-Ren, Tan Li Ting dan Camilia Johari di Bangi, 2009
Berikut ialah permainan pusingan pertama yang sudahpun menjadi sejarah bagaimana IM Mok menewaskan GM terhandal dari Belanda, GM Loek Van Wely baru-baru ini.


Dalam permainan berikut, GM ini bermain pasif (kerana menganggap Malaysia lawan yang mudah?) sehingga beliau teruk diserang dari sayap kiri dan kanan : 


IM Mok Tze Meng (2354) - GM Loek Van Wely (2691), Malaysia vs Netherland

Selepas 19...c5

Sekarang, centre pawn telah terkunci. Hitam tidak boleh bermain d5 kerana petak itu dilindungi oleh pawn c4 dan e4. Putih mempunyai sepasang Bishop berbanding hitam yang hanya memiliki Bishop dan Knight. Namun, dalam keadaan yang agak tertutup ini, kelebihan sepasang Bishop ini masih belum boleh dilihat dengan jelas.   Apakah perancangan putih seterusnya?

20. Rad1 Menambahkan tekanan ke atas backward pawn d6 hitam. 
20...Nf8 Knight hitam tidak mempunyai petak yang sesuai. Knight berundur untuk memboleh Rook d8 melindungi pawn d6. Hitam berada dalam keadaan yang pasif, hanya menunggu sahaja serangan dari putih. 

21. g4! When the centre is locked, then flank attacks are the rule! Mok bermain untuk menang, selepas mendapati hitam hanya bermain secara pasif, menunggu serangan daripada putih... Fasa pertama : Serangan sayap kanan!

21...g5 Cuba menutup ruang dari diceroboh oleh pieces putih yang lebih aktif... 

22. h4! Mok tetap berusaha membuka ruang, meskipun terpaksa membiarkan kingnya sendirian tanpa pawn yang melindunginya! Dalam kedudukan tertutup, kedudukan King putih yang terbuka tidak akan mampu dimanipulasi oleh
hitam yang bermain pasif...

22...h6 23. hxg5 hxg5 h-file sudah terbuka untuk digunakan oleh putih! 

Selepas 23...hxg5

24. Qh2 Bc6 25. Qh6 Putih sudah menguasai h-file, namun kemenangan putih masih belum jelas. Bagaimanakah penguasaan h-file membantu putih untuk menang?

25...Rd7 Hitam berusaha mengawal rank 7 dari diceroboh oleh putih. Sekiranya hitam cuba menukar Queen 27...Qh7? 28.Qxf6.

26. Rh2 Putih mengancam petak h8. 
26...Qg7 Hitam melindungi petak h8 sambil cuba menukar Queen putih yang amat aktif menyerang! 

Selepas 26.Qe7-g7

27. Qh3 Mok memilih untuk menyimpan Queen. Putih juga boleh memilih 27. Qxg7+ Kxg7 Dengan keadaan pieces hitam yang masih pasif dan tidak terkoordinasi dengan baik. (Sekiranya 27... Rxg7 28. Rxd6) 

27... a4 28. Rhd2 Rad8 29. Kf2 Mok mencuba perancangan yang baru, iaitu dengan membawa Rook ke petak h1. 

Selepas 29.Kf2

29...Rb8 30. b3 axb3 31. axb3 Qe7 32. Rh1 Qg7 Queen diperlukan untuk melindungi petak h8. Perhatikan Knight hitam yang tidak mampu berbuat apa-apa, hanya boleh melompat ke petak h7 dan tidak mampu keluar dari kepungan pawn putih. Hitam hanya mampu bertahan... 

33. Rhd1 Rbd8 34. Kf3 King mengambil alih pertahanan di petak e4, bagi membenarkan Bishop c2 mengambil bahagian dalam serangan habis-habisan ke arah kubu hitam. Putih juga bersedia untuk membawa kedua-dua Rook ke h-file!
Selepas 33.Kf3
34...Nh7 35. Rh1 Ra8 Hitam cuba mencipta serangan balas. 

36. Rdh2 Alekhine gun! Queen+2 Rooks dalam satu file... Adakah hitam mampu menangkis serangan ini? 

36...Ra2 37. Qf1 Queen diletakkan di bawah agar rook yang lebih rendah nilainya berada di hadapan. Putih mengancam 38.Rxh7! 

37...Nf8 Mengundurkan Knight dari serangan Rook. 
38. Qb1 Menghalau Rook hitam pulang ke kubunya sebelum putih memulakan serangan seterusnya. Putih juga bersedia untuk bermain b4. 

38...Ra8 39. Rh6 Kf7 King terpaksa lari meninggalkan kubunya yang sudah tidak selamat. 

40. R1h2 Ke8?! King hitam kembali ke petak asalnya di petak e8, namun ia bukanlah petak yang selamat! 
Selepas 40...Ke8
41. Rh8 Mengunci kedudukan knight hitam. Mungkin hitam lebih selamat bermain 40...Ke7. 

41...Kd8 42. b4! Putih membuka pula ruang serangan dari sayap kiri! Hitam dikepung dari sayap kanan ke kiri... Fasa kedua : Serangan sayap kiri!

42...cxb4 43. Qxb4 Ke7 King hitam berlari-lari anak menyelamatkan diri. Koordinasi pieces hitam sudah musnah. Putih akan melancarkan serangan yang akan terus memusnahkan pertahanan hitam... 

44. Qb6! Menyerang Bc6 dan bersedia untuk bermain c5! 
44...Rc8 (Sekiranya 44...Bb7 putih tetap akan bermain 45.c5! menyerang pawn d6 dan mengancam c6!) 

Selepas 44...Ra8-c8

45.c5! Menyerang pawn d6. Rook c8 melindungi Bc6, Rook d7 menjaga pawn d6, Knight melindungi Queen dan petak h7. King hitam diserang dari segenap penjuru! 

45...d5 46. exd5 Bxd5+ Hitam melakukan serangan... namun hanya sementara kerana selepas 

47. Kg3 Bc6 Kembali melindungi 6th rank! 
48. Qa6! Menyerang Rook c8 yang melindungi Bishop c6. 
48...Bb7 Sekiranya 48... Rcc7 maka 49.Bb3! mengancam 50.Rg8 dan Queen hitam sudah tidak boleh bergerak. 49... Kd8 50. Rg8 Qe7 51.Rhh7! 

49. Qa3 Bc6 50. Qa6 Bb7 Hitam bermain untuk draw!
Selepas 50...Bb7
51. Qc4 (Lebih baik 51.R2h7!) 51...Bd5 52. Qb4 Bc6 53. Be4 53.Bb3 adalah lebih baik, mengancam 54.Rg8 dan diikuti dengan 55.Rhh8. 

53...Rb7 54. Qa3 Free bishop di petak e4? Bishop tersebut tidak boleh disentuh, kerana ada ancaman open check 54...Bxe4 55.c6+ dan 56.cxb7 

54...Qf7 Queen mengambil peluang untuk melarikan diri dari kepungan, sambil mengawal diagonal a2-g8. 

Selepas 54...Qf7
55. Bxc6! Qb3 In-between move, gerakan yang amat baik bagi hitam! Queen hitam keluar dari kepungan dan kembali aktif. Sekiranya 55... Rxc6 56. Qa8! Menguasai rank 8. 56...Rbc7 57. R2h7 Dan Queen hitam sudah kena pin! Knight tidak boleh makan Rook di h7 kerana ancaman mate Qd8! 

56. Qc1 Rxc6 bilangan pieces kembali sama, namun kedudukan putih masih lebih baik berbanding hitam

57. Qd2 Rc8?! Gerakan yang agak kurang tepat, kerana membenarkan pawn c5 untuk maju ke hadapan. Mungkin lebih baik 57...Rb8 untuk mengawal rank 8. 

58. R2h6! Satu lagi serangan terbaru oleh putih, kali ini menyerang pawn f6. Selepas Qd6+, putih mengancam untuk makan pawn f6 yang menjurus kepada checkmate. 
Selepas 58.R2h6

58...Rxc5 Hitam terpaksa mengorbankan Rooknya demi mengelak dari checkmate. 

59. R6h7+ Nxh7 60. Rxh7?! Mungkin putih yang sudah kepenatan, terlepas peluang untuk menghabiskan hitam dengan cepat: 60.Qd8+! Kf7 61.Rxh7# 

60...Ke8 GM Van Wely pasti merasa lega kerana tidak kena checkmate! Permainan bersambung dengan : 

61.Rxb7 Qxb7 62.Bxc5 Qe4 63.Be3 Ke7 64.Qc3 Kd7 65.Qb3 Qc6 66.Qf7+ Kd8 67.Qe6 Qxe6 68.fxe6 Ke7 69.Kf3 Kxe6 70.Ke4 Kf7 71.Kf5 Ke7 72.Bb6 Kf7 73.Bd8


Namun akhirnya beliau tewas dan menyerah diri pada gerakan ke-73, kerana kelebihan material yang dimiliki putih. Kesemua pawn hitam berada di petak hitam yang akhirnya akan dimakan oleh Bishop putih. Tahniah IM Mok!
Selepas 73.Bb6-d8
1-0

No comments:

Post a Comment