Monday, August 27, 2012

Serangan Sayap... Kiri atau Kanan?

Serangan yang belum selesai oleh 2 attacking players : Justin Ong & Yeap Eng Chiam... sikit je lagi perlu dihabiskan... 

Central Pawn memainkan peranan yang penting dalam menentukan strategi yang akan digunakan semasa bermain middle game. Central pawn adalah pawn yang berada di file d dan e. 

Terdapat beberapa bentuk central pawn yang sentiasa dibincangkan oleh pakar-pakar permainan catur. Antaranya ialah central pawn tertutup iaitu 4 central pawn yang terkunci, yang tidak boleh lagi bergerak. Contoh yang paling mudah ialah pawn putih yang berada di petak d4 dan e5 sementara pawn hitam berada di petak d5 dan e6. 

"When the centre is locked, then flank attacks are the rule". 
Persoalannya, flank / sisi yang manakah menjadi pilihan, serangan di Kingside atau Queenside?

Perhatikan kedudukan pawn di dalam diagram 1 di bawah.

Diagram 1 : Selepas 3. e5

1. e4 e6 2. d4 d5 3. e5
Central pawn putih dan hitam sudah terkunci dan tidak lagi boleh bergerak. Struktur pawn di atas boleh ditemui dalam French Defense Advance Variation. 

Apakah gerakan hitam seterusnya dalam kedudukan di atas?

Dalam keadaan Central pawn yang terkunci, tidak boleh bergerak, maka "Pointing Rules" boleh diaplikasikan. Menurut Dan Heisman dalam ChessCafe.com, ia merujuk kepada arah serangan yang sepatutnya dilakukan oleh hitam atau putih. Bagi hitam, pawnnya terletak di petak e6 dan d5 dan menghala ke arah Queenside, maka serangan seterusnya hendaklah dihalakan ke arah Queenside. Bahkan, pawn break dengan bermain 3...c5 adalah gerakan yang baik bagi hitam berdasarkan prinsip "pointing rules". Oleh itu, dalam kedudukan ini, 3...c5 membantu memecahkan central pawn yang terkunci, dan secara tidak langsung membantu serangan hitam di bahagian Queenside. Bahkan, rangkaian pawn putih yang berada di petak d4 dan e5 hendaklah dipecahkan bermula dari pawn base iaitu pawn d4. 3...c5 adalah gerakan terbaik!

Apakah perancangan bagi putih?

Putih sepatutnya menghalakan serangannya ke arah Kingside kerana kedudukan pawnnya pada petak d4 dan e5, menghala ke arah Kingside. Oleh itu, putih akan cuba bermain pawn break ke petak f5, tetapi gerakan ini mengambil beberapa tempo. Kebiasaannya, putih akan memainkannya dalam fasa middle game selepas mengeluarkan beberapa pieces dalam fasa opening.

Dalam diagram 2 di bawah : 

Diagram 2 : Selepas 8...Ne7

1. d4 Nf6 2. c4 g6 3. Nc3 Bg7 4. e4 d6 5. Be2 O-O 6. Nf3 e5 7. O-O Nc6 8. d5 Ne7
Ini adalah buka mainan King's Indian Defense, Classical Variation.

Apakah perancangan bagi putih?

Perhatikan kedudukan central pawn. Central pawn sudah dikunci dan tidak boleh bergerak. Maka, untuk menambahbaik mobiliti dan kedudukan pieces, pawn break perlu dilakukan. Central pawn putih yang terletak di petak e4 dan d5 adalah menghala ke arah Queenside. Maka, serangan putih perlu dihalakan ke arah Queenside kerana kelebihan ruang untuk menyerang. Dalam kedudukan ini, pawn break untuk memecahkan central pawn yang terkunci adalah dengan bermain c4-c5 (Queenside), bukannya f2-f4. Oleh itu, putih kebiasaannya akan bermain 9. b4 untuk bersedia menolak pawn c4-c5 ataupun 9.Ne1 diikuti Nd3 dan bersedia untuk bermain c4-c5. 

Apakah perancangan bagi hitam?

Central pawn hitam yang berada di petak d6 dan e5 adalah menghala ke arah Kingside, maka serangan hitam adalah lebih cepat untuk dihalakan ke arah Kingside berbanding Queenside. Oleh itu, pawn break atau flank attack / serangan sayap bagi memecahkan central pawn yang terkunci adalah dengan bermain ...f7-f5-f4 diikuti dengan ...g6-g5. Hitam terpaksa mengalihkan Nf6 ke petak d7 / e8 / h5 dan bersedia untuk bermain di bahagian sayap Kingside dengan menggerakkan pawn ...f7-f5.

Berdasarkan catatan di atas, terdapat beberapa kesimpulan umum yang boleh dipelajari : 
1) Closed Central Pawn ialah 4 pawn putih dan hitam di file d dan e yang terkunci dan tidak boleh bergerak.
2) Apabila central pawn sudah dikunci, maka serangan akan dilakukan dari bahagian sisi / tepi. Pawn break hendaklah dilakukan bagi menambah mobiliti pieces untuk bergerak.
3) Arah serangan adalah berdasarkan ruang yang dimiliki oleh pemain (Pointing Rules). Sekiranya dia memiliki ruang yang lebih di bahagian Kingside, maka serangan hendaklah ditujukan ke arah Kingside.

No comments:

Post a Comment