Friday, September 28, 2012

2 Pawns Up, tetapi...

DYTM Raja Nazrin Shah International Open Chess Championship 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Kemenangan menjadi milik GM Sergei Tiviakov dengan mengumpul 7 mata dari 9 pusingan.

Saya turut berpeluang melawat kejohanan tersebut yang diadakan di Hotel Olimpik, bertemu beberapa sahabat lama, termasuk mencari kesempatan melawat 2 orang pemain catur dari Universiti Teknologi PETRONAS yang turut mengambil bahagian, iaitu Ramone Mikgail Kok dan Yong Jenn.
Kwan Tszee Yeung vs Ramone Mikgail di GACC2012...
Dalam kejohanan elit seperti ini, secara realistik, mereka hanya mengharapkan agar dapat menambah FIDE rating dan bagi Yong Jenn, sudah tentulah amat mengharapkan agar beliau mendapat FIDE rating pertamanya dari kejohanan ini. Pada akhir kejohanan, Ramone berjaya mengumpul 4.5 mata sementara Yong Jenn 3.5 mata. 

Perhatikan permainan berikut  pada pusingan kelima, antara Ramone Mikgail Kok (1828) vs Legaspi Edmundo (2124), yang sempat dianalisis oleh Ramone bersama saya beberapa hari yang lalu: 


Selepas 33...c7-c6

Permainan adalah tertumpu ke bahagian Queenside, kerana pawn di kingside tidak boleh lagi bergerak. Putih menguasai b-file. Hitam memiliki sepasang bishop, malangnya Bishop f8 tidak boleh keluar dari kepungan pawnnya sendiri. Apakah cara untuk putih mengekalkan sedikit kelebihan ini?

34. Na5!? Menyerang petak b7. Knight itu tidak boleh dimakan oleh Queen kerana ancaman mate di petak b7.

34...Qb6?! Gerakan yang kurang tepat untuk menukar Queen. Adalah lebih selamat bermain 34... Qb5 35.Qxb5 cxb5 dan hitam tidak kehilangan sebarang pawn.

35. Qxb6 axb6 36. Rxb6 Putih berkelebihan 1 pawn. Adakah putih mampu menukar kelebihan ini kepada kemenangan? 
Selepas 37.Na5xc6+
36...Ka7 37. Nxc6+?! Putih melakukan fork antara King dan Rook, namun ia bukanlah gerakan terbaik putih. Lebih baik untuk putih bermain 37.Rxc6! Ini kerana selepas 37.Nxc6 Kxb6 38.Nxd8, Knight tersebut tidak boleh keluar melainkan melalui petak e6. Bahkan hitam memiliki sepasang Bishop yang biasanya amat berkuasa dalam posisi terbuka. Putih perlu lebih berhati-hati... 

37...Bxc6?! Adalah lebih baik untuk bermain 37... Kxb6 38. Nxd8 Be7 Membiarkan sepasang Bishop bertarung dengan 1 Knight dan 1 bishop. Tugas bermain untuk hitam adalah lebih mudah... 

38. Rxc6 Putih sudah mendapat kelebihan 2 pawns.

38...Rb8 Perhatikan kedudukan hitam yang agak kekurangan ruang untuk bergerak. Bishopnya hanya boleh pergi ke petak e7 dan g7 berbanding Bishop putih. Begitu juga dengan Rook hitam, yang bekerja keras untuk melindungi Queenside dari dicerobohi Rook putih. 
Selepas 38...Rd8-b8
39. Bb3 Gerakan yang agak kurang tepat. Putih cuba bermain pelan mudah iaitu bertahan sambil mencari peluang untuk menukar Rook dan menolak pawn untuk menjadi Queen. Putih terlupa bahawa Bishopnya mengawal warna petak yang berbeza dengan Bishop lawan, opposite colour Bishop! 

Adalah lebih baik untuk bermain 39. Bd5 dengan keadaan hitam yang tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak. Sekiranya Bishop hitam bergerak, putih akan bermain Rc7! fork King dan Bishop. Oleh itu, hanya Rook sahaja yang boleh bergerak dalam posisi ini! cth : 39...Rb6?! (39... Rd8 40. a4) 40. Rc7+ Kb8 41. Rf7

39... Kb7 40. Rc4 Putih cuba menukar Rook dan terus bermain Bishop ending. 

40...Ka6 41. Ra4+ Kb6 42. Rb4+ Kc7 43. Rxb8 Kxb8 Rook sudah berjaya dimatikan. Tetapi, mampukah putih menukar kelebihan 2 pawn kepada kemenangan dalam keadaan opposite colour Bishop? 
Selepas 43...Kc7xb8
44. Bd5 Gerakan yang sepatutnya dilakukan lebih awal 
44...Kc7 45. Kb2 Kb6 46. Kb3 Kc5 47. Ka4 Be7 48. Ka5 Bd8+ 49. Ka6 Bc7 50. a4 Calon untuk menjadi Queen sudah mula bergerak. Mampukah pawn ini bertukar menjadi Queen? 
Selepas 50.a2-a4
50...Bd8 51. Bc4 Bc7 52. Bb3 Sekiranya putih mencuba menolak pawn itu: cth: 52. a5 Bd8! Hitam hanya perlu mengekalkan ancaman terhadap pawn a5. Putih menghadapi masalah untuk terus menolak pawn itu ke hadapan kerana ia tidak dilindungi. Sekiranya King putih melangkah ke hadapan, Bishop akan makan pawn a5. 

52... Bd8 53. Bc2 Bc7 Hitam hanya perlu mengekalkan kawalan pada diagonal a5-d8. 

54. Bb3 Bd8 55. Bd1 1/2-1/2 

Pawn putih tidak dapat ditukar menjadi Queen...

Kesimpulannya: Fasa ending yang melibatkan Bishop Opposite Colour adalah antara ending yang sukar untuk dimenangi meskipun berkelebihan 1 atau 2 pawns. Terutamanya dalam kedudukan di atas, passed pawn putih berada di file-a, dan malangnya juga pawn extra yang dimiliki putih turut berada di Kingside, yang memudahkan Hitam untuk mengawalnya. Peluang untuk menang dalam ending seperti ini adalah tinggi sekiranya terdapat 2 passed pawn yang terletak berjauhan antara Kingside dan Queenside, yang sudah pasti akan menyukarkan hitam untuk menjaga kedua-dua belah bahagian tersebut.

No comments:

Post a Comment