Saturday, September 22, 2012

"Made" his move vs "complete" his move?

Sebagai tambahan dari artikel sebelum ini, terdapat juga beberapa perubahan besar yang berlaku sebagaimana yang telah dikongsi oleh IA Geurt Gijssen dalam kolum beliau di www.chesscafe.com. Namun, FIDE Laws of Chess yang terkini masih belum boleh didapati dari laman web rasmi FIDE.

Antara perubahan lain ialah :

1) Artikel 6 (Berkaitan Penggunaan Jam Catur)
Jam catur dan pieces khas... untuk board 1 sahaja : Nik Farouqi vs Azizul, Kelantan Closed 2012, UiTM Machang...


Dalam artikel 6.7.a. yang lama :

During the game each player, having made his move on the chessboard, shall stop his own clock and start his opponent’s clock. A player must always be allowed to stop his clock. His move is not considered to have been completed until he has done so, unless the move ends the game.

Artikel ini menerangkan tentang perbezaan antara "made his move" dan "complete his move". Selepas pemain menyentuh, menggerakkan pieces dan melepaskannya, ia dianggap sebagai telah membuat pergerakan, namun belum menyempurnakannya sehinggalah dia menekan dan memberhentikan jamnya, serta menggerakkan jam lawan.

Terdapat situasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya : Pemain A baru sahaja membuat pergerakan, namun belum menekan jamnya untuk menyempurnakan pergerakan itu. Bolehkah pemain B membalas pergerakan itu sebelum pemain A menekan jamnya?

Untuk menjawab masalah di atas, hasil perbincangan di Olimpiad baru-baru ini, telah ditambahkan sedikit clause untuk menghilangkan kekeliruan yang biasa berlaku seperti di atas iaitu :


A move is also completed if : 

(1) the move ends the game (see Articles 5.1.a, 5.2.a, 5.2.b, 5.2.c and 9.6), or 


(2) the player has made his next move, in case his previous move was not completed.



A player must be allowed to press his clock after making his move, even after the opponent has made his next move. The time between making the move on the chessboard and pressing the clock is regarded as part of the time allotted to the player.


Kesan dari penambahan clause di atas, pergerakan akan dianggap telah sempurna, meskipun tanpa menekan jam, sekiranya:

(1) keadaan ketika checkmate, stalemate, dead draw / dead position, di mana pergerakan tersebut dianggap telah sempurna meskipun tanpa menekan jam. Perkara ini sebenarnya telah disebut dalam undang-undang FIDE yang lama, namun ia telah diterangkan dengan lebih jelas lagi oleh artikel yang baru ini.

(2) pemain yang tidak menyempurnakan pergerakannya dengan menekan jam, telah melakukan pergerakan yang seterusnya untuk membalas gerakan lawan.

Contohnya :
- Pemain putih telah menggerakkan piece pada gerakan 30, namun belum menekan jam (gerakan telah dilakukan, tetapi tidak sempurna)
- Pemain Hitam telah membalas gerakan ini tanpa pemain putih sempat menekan jam
- Pemain Putih menggerakkan piece pada gerakan 31, untuk membalas gerakan hitam

Jadi, gerakan ke-30 putih dianggap telah sempurna, meskipun putih tidak menekan jamnya untuk gerakan yang ke-30.

Perlu diberi perhatian, dalam kes di atas juga, selepas hitam membalas gerakan 30 pemain putih, pemain putih masih mempunyai pilihan untuk menekan jamnya bagi menyempurnakan gerakan ke-30nya! Tetapi, sekiranya putih memilih untuk menggerakkan mana-mana piece untuk gerakan 31, dia sudah tiada peluang untuk menekan jam bagi gerakan ke-30...

Sebenarnya, isu tentang "complete the move" telah banyak diperbahaskan di kalangan arbiter di peringkat antarabangsa, termasuk juga di pertandingan catur tempatan. Diharapkan agar undang-undang ini akan dapat lebih menjelaskan lagi kekeliruan yang berlaku sebelum ini...

2) Terdapat penambahan artikel baru : 6.2.d.

Only the player whose clock is running is allowed to adjust the pieces.

In case a disabled player cannot press his clock or cannot record the moves, his clock will not be adjusted.

Artikel ini bukanlah undang-undang yang baru, cuma ia menjelaskan lagi undang-undang lama yang telah terpakai, iaitu hanya pemain yang gilirannya bergerak sahaja dibenarkan untuk melakukan "adjust" terhadap pieces yang berada di atas papan catur. Pemain yang bukan gilirannya untuk bergerak tidak boleh menyentuh mana-mana pieces di atas papan catur kerana boleh dianggap mengganggu pemain lawan.

Terdapat juga beberapa perkara lagi perubahan penting yang berlaku, namun saya merasakan adalah lebih baik kita tunggu sahaja FIDE Laws of Chess yang terkini di kemaskini di website FIDE. Tambahan pula, undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa pada 1 Julai tahun hadapan....

1 comment:

  1. Blog yang turut membincangkan isu Undang-Undang Catur yang sepatutnya diwujudkan di Malaysia lama dahulu.. Bukan setakat menganalisa permainan sahaja yang penting, tapi memahami Undang-Undang Catur juga membantu meningkatkan prestasi seseorang pemain. Harap dapat terus mengemaskini blog ini..

    ReplyDelete