Friday, October 5, 2012

FIDE October Rating List

FIDE rating list Oktober 2012
FIDE baru sahaja mengeluarkan rating list terbaru pada awal Oktober. Daripada senarai pemain Malaysia, terdapat 231 nama yang termasuk di bawah senarai "active list". Pemain negara dengan rating tertinggi ialah IM Mok Tze-Meng (2373), diikuti oleh IM Mashafizulhilmi (2355), FM Ronnie Lim (2324) dan IM Lim Yee Weng (2300). Dalam FIDE rating list yang terkini, ia turut memaparkan rating bagi Rapid dan Blitz.

Rating 10 Pemain Terbaik Malaysia

Sekiranya dibuat perbandingan 10 pemain terbaik (active list) antara FIDE rating list pada Januari 2012 dan Oktober 2012, terdapat beberapa fakta yang boleh dikongsi di sini:

1) Rating tertinggi pada Januari 2012 ialah 2388 (IM Mas) berbanding rating tertinggi pada Oktober 2012 iaitu 2373 (IM Mok).

2) Purata rating 10 pemain terbaik pada Januari 2012 ialah 2273 sementara pada Oktober 2012 ialah 2269.

3) Beza antara rating pemain pertama dan pemain ke-10 pada senarai Oktober 2012 ialah (2373-2156) 217 mata, sama seperti senarai rating Januari 2012 (2388-2171).

Kesimpulan awal saya, tidak banyak perubahan yang berlaku antara FIDE rating list Januari 2012 dan Oktober 2012 bagi negara kita. Meskipun demikian, tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang berjaya menambahkan rating. 

p/s : Tidak dilupakan juga kepada 2 orang pemain dari UTP yang turut berjaya menambah rating FIDE mereka (Ramone Mikgail Kok = 1869 & Yong Jenn = 1935). Teruskan berlatih! 

No comments:

Post a Comment