DYTM Raja Nazrin Shah International Open Chess Championship 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Kemenangan menjadi milik GM Sergei Tiviakov dengan mengumpul 7 mata dari 9 pusingan.
Saya turut berpeluang melawat kejohanan tersebut yang diadakan di Hotel Olimpik, bertemu beberapa sahabat lama, termasuk mencari kesempatan melawat 2 orang pemain catur dari Universiti Teknologi PETRONAS yang turut mengambil bahagian, iaitu Ramone Mikgail Kok dan Yong Jenn.
![]() |
Kwan Tszee Yeung vs Ramone Mikgail di GACC2012... |
Dalam kejohanan elit seperti ini, secara realistik, mereka hanya mengharapkan agar dapat menambah FIDE rating dan bagi Yong Jenn, sudah tentulah amat mengharapkan agar beliau mendapat FIDE rating pertamanya dari kejohanan ini. Pada akhir kejohanan, Ramone berjaya mengumpul 4.5 mata sementara Yong Jenn 3.5 mata.
Perhatikan permainan berikut pada pusingan kelima, antara Ramone Mikgail Kok (1828) vs Legaspi Edmundo (2124), yang sempat dianalisis oleh Ramone bersama saya beberapa hari yang lalu: