Saturday, January 14, 2012

Kejohanan Catur Remaja Perak 2012...




Keletihan kerana hampir seharian berada di Perpustakaan Negeri Perak di Ipoh menjadi arbiter di kejohanan ini. Kejohanan yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Bawah 16, Bawah 14 dan Bawah 12 (termasuk bawah 10) mendapat sambutan yang diluar jangkaan memandangkan tempoh promosi yang terhad. Hampir 140 orang pemain terlibat dan kategori yang mendapat sambutan paling hangat ialah Bawah 16 dengan 72 orang pemain.


Alhamdulillah kejohanan berjalan dengan agak lancar meskipun kategori bawah 12 menghadapi sedikit masalah pairing pada pusingan kedua. Kejohanan 7 pusingan ini telah tamat pada jam 3:30 petang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan seluruh peserta. Tidak dilupakan juga kepada barisan pembantu arbiter yang bertungkus lumus berusaha mengawal keadaan dalam perpustakaan. Diharapkan pada masa akan datang, pendaftaran dan pembayaran yuran pertandingan dapat dilakukan lebih awal untuk mengelakkan masalah pada hari pertandingan.

No comments:

Post a Comment