Sunday, February 12, 2012

Kelantan Closed 2012

Bergambar bersama AJK PCNK, pemenang dan para pembantu dari UiTM Machang
Tanah serendah sekebun bunga...


Alhamdulillah sempat tiba pada 27 Januari jam 4:30 pagi dengan bas untuk membuat sedikit persediaan sebelum kejohanan bermula jam 9:00 pagi di UiTM Machang.


Terima kasih kepada PCNK atas jemputan menjadi arbiter buat kali kedua di kejohanan catur Kelantan Closed 2012 dengan dibantu oleh beberapa orang guru sebagai pembantu arbiter. Pada tahun ini menyaksikan peningkatan pemain terutamanya bagi kategori sekolah menengah. Tidak dilupakan juga kepada penyertaan oleh IM Mas Hafizul Hilmi yang sanggup turun bermain meskipun beliau sudah selayaknya secara automatik boleh mewakili Kelantan dalam National Closed. 

Tahniah kepada semua pemenang, terutamanya Nik Ahmad Farouqi yang berjaya menjadi juara buat kali kedua berturut-turut. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada rakan seperguruan saya, Cikgu Azizul Mat Daud yang telah berjaya menyiapkan 2 buletin catur 2011, iaitu permainan dari Kelantan Closed 2011 dan juga Kelantan FIDE rated event 2011. Buletin catur ini amat penting bagi pemain2 untuk menganalisa kekuatan dan kelemahan lawan dan mempelajari sesuatu daripadanya. Budaya untuk menganalisis permainan sendiri masih belum lagi menjadi satu budaya di kalangan pemain-pemain muda negara kita. Justeru, penghasilan buletin ini akan dapat membuka mata pemain-pemain terutamanya dari peringkat sekolah untuk mempelajari sesuatu tentang kualiti permainan yang dimainkan. Apa yang lebih menarik, harga kedua-dua buletin ini juga amat murah iaitu hanya RM10! 

Moga kita bertemu lagi di lain masa. Diharapkan PCNK akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan lagi program bagi mengesan bakat dan melahirkan pemain-pemain catur dari Kelantan sehebat IM Mas Hafizul Hilmi...

3 comments:

  1. Thanks iklan buletin.. tapi adakah ia akan membuka mata pemain2 kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Ramai di kalangan mereka sudah tahu kepentingan buletin sebagai alat terpenting untuk mempelajari sesuatu terutamanya menganalisis kekuatan & kelemahan lawan... Teruskan usaha menghasilkan buletin!

      Delete
  2. OPEN CHESS TOURNAMENT 2012

    DATE : 14TH APRIL 2012
    TIME : 7.30 AM - 6.30 PM
    VENUE : KOLEJ KEDIAMAN KESEMBILAN, UNIVERSITI MALAYA

    GRAND PRIZE : RM1000
    1ST RUNNER UP : RM700
    2ND RUNNER UP: RM500

    BEST UNIVERSITY : RM200
    BEST SCHOOL : RM200
    BEST FAMILY : RM200

    REGISTRATION PER TEAM (4PERSONS IN A TEAM)
    UNDER 12 : RM80
    OPEN : RM120

    CLOSING DATE FOR REGISTRATION : 7TH APRIL 2012

    CONTACTS:
    YEE TING : 016-996 8613
    JIAWEN : 016-390 1198
    FARAH : 014-533 5662

    FACEBOOK LINK : https://www.facebook.com/events/281276618608130/

    ReplyDelete