Tuesday, January 3, 2012

Draw?

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua!




Perhatikan kedudukan yang dipamerkan di atas. Hitam sepatutnya bergerak dan masa yang dimiliki oleh hitam ialah 2 minit sementara putih hanya mempunyai 5 saat sahaja lagi sebelum masa habis. Sudah pasti putih akan kalah dari segi masa. Namun bolehkan putih cuba untuk claim draw?


Seorang rakyat Malaysia yang merupakan pemain catur dari Sabah, Charles Lucas telah bertanyakan soalan ini kepada IA Geurt Gjissen dalam ruangannya "The Arbiter's Notebook" pada keluaran Disember 2011 baru-baru ini. Setahu saya, beliau adalah orang kedua selepas Ilhamuddin yang pernah disiarkan soalannya dalam artikel beliau.


Soalannya :


1) Bolehkah putih claim draw dalam situasi ini?


2) Dalam keadaan apakah yang menyebabkan putih akan kalah dalam kedudukan ini?


Jawapan dari Geurt Gjissen : 

1) Yes, White can approach the arbiter and claim a draw. The question is, of course, whether the arbiter agrees and will grant the draw. Suppose the arbiter has noticed that White played for many moves his bishop on the diagonal a8-h1, I am sure he will agree. Even when he mentions that this is his intention, there is, in my opinion, no reason to refuse the claim.

(Komen : Soalan ini sebenarnya berkait dengan Fide Laws of Chess article "10.2 If the player having the move has less than two minutes left on his clock, he may claim a draw before his flag falls. He shall summon the arbiter and may stop the clocks." 

Sekiranya masa seseorang pemain kurang dari 2 minit tanpa increment masa, pemain berhak untuk claim draw sekiranya "1. the opponent is making no effort to win the game by normal means" ataupun "2. it is not possible to win by normal means". (Rujuk 10.2 a.)  

Jadi, dalam kedudukan di atas, pemain boleh claim draw berdasarkan fakta bahawa "2. it is not possible to win by normal means". Ia kerana sekiranya hitam ingin menang dengan cara normal iaitu checkmate, hitam perlu promote pawn itu dan menukarkannya kepada Queen. Berdasarkan situasi di atas, mustahil untuk hitam melakukannya kerana petak f3 sedang dikawal oleh Bishop putih dan putih hanya perlu mengekalkan kawalannya pada garisan a8-h1.) 

2) As I wrote in Answer One, I do not see any reason to refuse the claim, provided the player of the white pieces mentions his intention.

(Komen : Ya, memang jelas dalam kedudukan ini bahawa ia akan berakhir dengan seri, melainkan pemain putih melakukan kesilapan dengan tidak lagi mengawal petak f3 atau f1)

No comments:

Post a Comment