Saturday, January 7, 2012

Analisis Rating FIDE terkini...

10 Pemain Terbaik Malaysia (Active list) 
Rating FIDE terkini iaitu Januari 2012 telah dikeluarkan baru-baru ini. Berdasarkan senarai rating tersebut, kedudukan 10 pemain terbaik (active list) telah dibandingkan dengan 10 pemain terbaik (active list) dari senarai rating pada Januari 2011 untuk melihat sebarang perkembangan terhadap pemain-pemain catur kebangsaan dalam tempoh sepanjang tahun 2011 yang lalu. Pemilihan hanya 10 pemain terbaik dari active list dilakukan kerana kebiasaannya pemain-pemain inilah yang akan mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.  

Terdapat beberapa fakta menarik yang perlu diketahui.


1. Purata rating 10 pemain terbaik pada Januari 2011 ialah 2320 sementara pada Januari 2012 ialah 2273. Penurunan rating adalah sebanyak 47 point. 

2. Rating tertinggi pada Januari 2011 ialah 2418 (IM Mas Hafizulhelmi) sementara pada Januari 2012 hanya 2388 (IM Mas Hafizulhelmi) iaitu penurunan 30 point.

3. Rating pemain kesepuluh pada Januari 2011 ialah 2215 (Law Zhe Kang) sementara pada Januari 2012 ialah 2171 (Chin F) iaitu penurunan sebanyak 44 point.  

4. Jurang perbezaan rating antara pemain pertama dan kesepuluh pada Januari 2011 ialah sebanyak 203 point tetapi pada Januari 2012 jurangnya menjadi semakin melebar kepada 217 point.

5. Terdapat beberapa pemain yang telah berjaya menempatkan diri ke kelompok 10 pemain rating tertinggi pada rating FIDE Januari 2012. Mereka ialah : 

i) Yeoh Li Tian (2204)
ii) Chia Soon Keat (2186)
iii) Edward Lee (2172)
iv) Chin F (2171)

6. Pemain-pemain yang masih kekal pada 10 kelompok terbaik dari senarai Januari 2011 ialah : 

i) Mas Hafizulhelmi
ii) Nicholas Chan
iii) Mok Tze Meng
iv) Ronnie Lim
v) Jimmy Liew
vi) Lim Yee Weng

6. Berdasarkan statistik ini, untuk menempatkan diri ke kelompok 10 pemain terbaik di Malaysia, sekurang-kurangnya pemain itu hendaklah memiliki rating 2200 dan ke atas.

7. Secara keseluruhannya, rating yang terbaru ini menunjukkan kekuatan pemain Malaysia tidak meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Mudah-mudahan, sinaran mentari 2012 ini akan membuka lembaran baru terhadap masa depan sukan catur di negara kita. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang telah berjaya menempatkan diri ke kelompok 10 pemain terbaik di Malaysia!

1 comment:

  1. OPEN CHESS TOURNAMENT 2012

    DATE : 14TH APRIL 2012
    TIME : 7.30 AM - 6.30 PM
    VENUE : KOLEJ KEDIAMAN KESEMBILAN, UNIVERSITI MALAYA

    GRAND PRIZE : RM1000
    1ST RUNNER UP : RM700
    2ND RUNNER UP: RM500

    BEST UNIVERSITY : RM200
    BEST SCHOOL : RM200
    BEST FAMILY : RM200

    REGISTRATION PER TEAM (4PERSONS IN A TEAM)
    UNDER 12 : RM80
    OPEN : RM120

    CLOSING DATE FOR REGISTRATION : 7TH APRIL 2012

    CONTACTS:
    YEE TING : 016-996 8613
    JIAWEN : 016-390 1198
    FARAH : 014-533 5662

    FACEBOOK LINK : https://www.facebook.com/events/281276618608130/

    ReplyDelete