Thursday, December 20, 2018

Perjalanan Menakjubkan Lye Lik Zang di Filipina!

Source: Courtesy from Lim Chee Khoon's Facebook Post

FM Lye Lik Zang baru sahaja menamatkan kejohanan 17th Asian Continental Chess Championship di Filipina dari 10 hingga 18 Disember yang lepas. Pada kejohanan yang sama tahun lepas, IM Yeoh Li Tian telah mendapat 4.5 daripada 9 pusingan dan tidak berjaya mendapat GM Norm beliau yang kedua. Saya pernah menulis tentangnya dalam blog ini. Sila klik di sini.

Pada tahun ini pula, FM Lye Lik Zang, yang berusia 14 tahun, telah berjaya mendapat 4.5 mata (sama mata dengan IM Li Tian tahun lepas!) daripada 9 pusingan, 8 daripada lawannya adalah pemain berstatus GM dan 1 orang pemain IM. Adakah kali ini beliau berjaya mendapat GM norm?

Menurut FIDE Title Regulations, untuk mendapat GM norm:

(FIDE Title Regulations, 1.48) "In order to achieve a GM norm, a player must perform at a level at least 2600 (Rp)".

Untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance= Rp), formula pengiraan adalah seperti berikut:


Rp = Ra + dp

Rp = Rating Performance
Ra = Average rating of opponents
dp = rating difference (semak jadual dp daripada rajah 8.1.a FIDE Rating Regulations B.02 iaitu penukaran daripada peratus skor (p) kepada perbezaan rating (dp).

Untuk menentukan Ra, rating 9 pemain lawan hendaklah dijumlahkan dan dibahagi dengan 9. Rating lawan Lik Zang adalah seperti berikut:

Pusingan 1: GM GHAEM MAGHAMI Ehsan (Rating: 2537) (Menang: 1)
Pusingan 2: GM PURANIK Abhimanyu (Rating: 2544) (Menang: 1)
Pusingan 3: GM VIDIT Santosh Gujrathi (Rating: 2701) (Seri: 0.5)
Pusingan 4: GM NGUYEN Ngoc Truong Son (Rating: 2641) (Seri: 0.5)
Pusingan 5: GM ABDUSATTOROV Nodirbek (Rating: 2546) (Seri: 0.5)
Pusingan 6: GM MAGHSOODLOO Parham (Rating: 2688) (Kalah: 0)
Pusingan 7: GM JUMABAYEV Rinat (Rating: 2602) (Kalah: 0)
Pusingan 8: GM GAGARE Shardul (Rating: 2504) (Menang: 1)
Pusingan 9: IM NGUYEN Anh Khoi (Rating: 2480) (Kalah: 0)

Jumlah mata: 4.5

Justeru, jumlah rating ialah 2537 + 2544 + 2701 + 2641 + 2546 + 2688 + 2602 + 2504 + 2480 = 23243 

Ra = 23243 / 9

Ra = 2582.55 ataupun 2583

Selepas menentukan Ra, proses berikutnya ialah untuk mencari dp (dp = rating difference).

dp = 4.5 (mata diperolehi Lik Zang) bahagi dengan 9 (jumlah mata penuh) = 0.5

dp = 0.5 ini hendaklah disemak dalam rajah table conversion (FIDE Title Regulations 1.49, table 8.1.a), dan didapati bahawa 0.5 bersamaan dengan nilai 0.

Oleh itu, Rating Prestasi Semasa Kejohanan  (rating performance/Rp) adalah:

Rp = Ra + dp

Rp = 2583 + 0
Rp = 2583

Rating Performance 2583 ialah satu nilai yang berada di bawah Rp bagi norm GM iaitu 2600. Berdasarkan peraturan FIDE Title Regulations 1.48, Lik Zang tidak memenuhi syarat ini kerana Rp beliau berada di bawah paras 2600.


Situasi 1: 
Dengan rating purata, Ra (Average rating of opponents) yang sama, bagaimana pula sekiranya Lik Zang berjaya memenangi pusingan 9? 

Rp (rating performance) Lik Zang adalah seperti berikut:

Rp = Ra + dp

Ra = (2537 + 2544 + 2701 + 2641 + 2546 + 2688 + 2602 + 2504 + 2480) bahagi 9 = 2583

dp (rating difference)= 5.5 bahagi 9 = 0.611 bersamaan 80 mata

Rp = 2583 + 80

Rp = 2663

Ia adalah melebihi rating bagi norm GM iaitu 2600. 


Situasi 2: 
Dengan rating purata, Ra (Average rating of opponents) yang sama, bagaimana pula sekiranya Lik Zang seri dalam pusingan 9? 

Rp (rating performance) Lik Zang adalah seperti berikut:

Rp = Ra + dp

Ra = (2537 + 2544 + 2701 + 2641 + 2546 + 2688 + 2602 + 2504 + 2480) bahagi 9 = 2583

dp (rating difference)= 5 bahagi 9 = 0.555 bersamaan 43 mata

Rp = 2583 + 43

Rp = 2626

Ia adalah melebihi rating bagi norm GM iaitu 2600. 


Kesimpulannya, untuk mendapat Rp GM norm dalam kejohanan ini, peluang Lik Zang adalah sangat cerah kerana hanya perlu sekurang-kurangnya seri untuk pusingan terakhir. Namun begitu, beliau telah tewas, tetapi persembahannya dalam kejohanan ini sangat menakjubkan. Beliau telah berjaya menewaskan 3 orang GM dan seri dengan 3 orang GM yang lain. Kesemua lawan beliau adalah pemain bertaraf GM kecuali seorang sahaja pemain yang bertaraf IM. Mereka semua adalah pemain yang jauh lebih tinggi dari beliau tetapi Lik Zang telah menunjukkan bahawa tiada perkara yang mustahil dicapai sekiranya kita memberikan usaha yang terbaik! 

Tahniah kepada semua pihak yang telah banyak membantu menaikkan kualiti permainannya, terutama kepada keluarga yang tidak putus-putus menyokongnya. Syabas Lik Zang!!

No comments:

Post a Comment