![]() |
GM Alexander Grischuk (Source: http://riyadh2017.fide.com) |
Pada kejohanan King Salman World Blitz Championship 2017, dalam kategori Terbuka, GM Grischuk (Rusia) telah bertemu dengan GM Mamedyarov (Azerbaijan) pada pusingan ke-19 daripada 21 pusingan. GM Grischuk yang bermain putih telah menuntut untuk mendapat keputusan seri (draw) pada gerakan yang ke-67 selepas berlaku 3 kali pengulangan (repetition) position, namun haknya untuk mendapat keputusan seri (draw) telah dinafikan oleh arbiter yang bertugas.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku?
Arbiter yang bertugas pada masa itu telah memeriksa kedudukan tersebut dalam komputer yang terletak di luar dewan permainan. Permainan kedua-dua pemain ini telah direkodkan dalam komputer dan juga Digital Chess Board. Arbiter tersebut memutuskan bahawa tidak terdapatnya 3 kali pengulangan position yang sama dan memutuskan agar permainan bersambung. Selepas permainan bersambung, GM Grischuk telah tewas dan beliau telah menulis surat rayuan untuk membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan mata seri kerana telah berlakunya 3 kali pengulangan gerakan yang sama.