Wednesday, May 31, 2017

Bagaimana Mengira "Rating Performance" WIM norm: Adakah WFM Tan Li Ting berjaya melepasinya?

WFM Tan Li Ting (Source: www.johoropen.blogspot.my)

Bersama-sama dengan IM Yeoh Li Tian, WFM Tan Li Ting turut mengambil bahagian dalam kejohanan catur Asian Continental Chess Championship 2017 Kategori Wanita baru-baru ini.

Bagaimana untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance=Rp) untuk melayakkan WFM Tan Li Ting mendapat WIM Norm? 

Menurut FIDE Title Regulations, untuk mendapat WIM norm, antara kriteria asas yang perlu dipenuhi ialah:
(FIDE Title Regulations, 1.48) "In order to achieve a WIM norm, a player must perform at a level at least 2250 (Rp)".

Untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance= Rp), formula pengiraan adalah seperti berikut:

Rp = Ra + dp

Rp = Rating Performance
Ra = Average rating of opponents
dp = rating difference (semak jadual dp daripada rajah 8.1.a FIDE Rating Regulations B.02 iaitu penukaran daripada peratus skor (p) kepada perbezaan rating dp).

Untuk menentukan Ra, rating 9 pemain lawan hendaklah dijumlahkan dan dibahagi dengan 9. Rating lawan Li Ting adalah seperti berikut:

Pusingan 1: WIM Vo Thi Kim Phung (Rating: 2323) (Kalah: 0)
Pusingan 2: WFM Khan Nazrana (Rating: 1912) (Menang: 1)
Pusingan 3: WIM Nandhidhaa (Rating: 2252) (Seri: 0.5)
Pusingan 4: WIM Gong Qianyun(Rating: 2298) (Seri: 0.5)
Pusingan 5: Luong Phuong Hanh (Rating: 2224) (Kalah: 0)
Pusingan 6: WIM Shamima Akter (Rating: 2109) (Menang: 1)
Pusingan 7: Chu Ruotong (Rating: 2251) (Seri: 0.5)
Pusingan 8: WFM Zhao Shengxin (Rating: 2155) (Seri: 0.5)
Pusingan 9: WGM Frayna Janelle Mae (Rating: 2287) (Seri: 0.5)
Jumlah mata: 4.5
FIDE Title Regulations 1.46b membenarkan rating pemain lawan terendah untuk diselaraskan dengan diberikan rating minimum yang lebih tinggi. Hanya 1 rating pemain lawan yang terendah sahaja dibenarkan untuk diselaraskan (adjusted rating floor)

Tetapi, dalam senarai rating di atas, lawan Tan Li Ting yang paling rendah ratingnya ialah WFM Nazrana dengan rating 1912, melebihi rating minimum yang boleh diselaraskan untuk title WIM iaitu 1850 (FIDE Title Regulations 1.46b). Oleh itu, rating lawan yang terendah tidak perlu diselaraskan untuk pengiraan Rp.

Oleh itu, jumlah rating ialah 2323 + 1912 + 2252 + 2298 + 2224 + 2109 + 2251 + 2155 + 2287 = 19811

Ra = 19811 / 9
Ra = 2201.2 ataupun 2201

Selepas menentukan Ra, proses berikutnya ialah untuk menentukan point daripada perbezaan rating (dp).

dp = 4.5 (mata diperolehi Tan Li Ting) bahagi dengan 9 (jumlah mata keseluruhan) = 0.5
Nombor "0.5" ini hendaklah disemak dalam rajah table conversion (FIDE Title Regulations 1.49, table 8.1.a), dan didapati bahawa 0.5 bersamaan dengan nilai 0.

Oleh itu, Rating Prestasi Semasa Kejohanan  (rating performance/Rp) adalah:

Rp = Ra + dp
Rp = 2201 + 0
Rp = 2201

Rating Performance 2201 ialah satu nilai yang berada di bawah Rp bagi norm WIM iaitu 2250. Berdasarkan peraturan FIDE Title Regulations 1.48, Tan Li Ting tidak memenuhi syarat ini kerana Rp beliau berada di bawah paras 2250.


Maklumat tambahan:

1) Berdasarkan FIDE Title Regulations 1.48a, purata rating pemain lawan (Ra) untuk norm WIM ialah 2030. Dalam pengiraan di atas, didapati purata rating pemain lawan Tan Li Ting ialah 2201, melebihi rating minimum untuk norm WIM iaitu 2030.

2) Berdasarkan purata rating lawan (Ra) di atas, Tan Li Ting memerlukan minimum 5.5 mata daripada 9 pusingan untuk mendapatkan Rating Performance (Rp) bagi norm WIM. Ini kerana, sekiranya beliau memiliki 5.5 mata, dengan keadaan purata rating lawan yang sama, pengiraannya akan menjadi seperti berikut:

Rp = Ra + dp
Rp = 2201 + dp

dp = 5.5 bahagi 9 = 0.61 (p)
0.61 (p) adalah bersamaan dengan nilai "80" (dp). Sila rujuk rajah table conversion (FIDE Title Regulations 1.49, table 8.1.a)

Oleh itu, Rp = 2201 + 80
Rating Performance = 2281, melebihi Rp untuk norm WIM iaitu rating minimum 2250.

3) Sekiranya hanya dengan mendapat 5 mata (menang di pusingan yang terakhir), beliau masih tidak melepasi Rp yang diperlukan. Rp beliau akan menjadi seperti berikut:

Rp = Ra + dp
Rp = 2201 + (5 / 9 = 0.56 (d) = 43 (dp))
Rp = 2201 + 43
Rp = 2244

Rating performance 2244 adalah di bawah minimum rating untuk mendapat norm WIM iaitu 2250, perbezaan sebanyak 6 mata rating...

No comments:

Post a Comment