Thursday, June 8, 2017

Asian Continenal 2017 IM Yeoh Li Tian vs Wang Ting-Hao: Bagaimana pairing ini boleh berlaku?

Dalam kejohanan Asian Continental Chess Championship 2017 kategori open, pada pusingan ketiga, IM Yeoh Li Tian telah dipasangkan (paired) dengan pemain rating paling rendah iaitu Wang Ting-Hao dari Taipei. Secara logiknya, Li Tian yang baru sahaja seri pusingan 1 dan 2 dengan Super GM Yu Yangyi dan GM Vidit Santosh, sepatutnya diberikan lawan yang lebih kuat. Yang lebih menarik, pada pusingan ketiga, dalam kumpulan pemain Li Tian iaitu pemain dengan 1 mata, GM Sriram Jha telah diberikan "downfloat" untuk bermain dengan pemain yang mendapat 0.5 mata. Mengapakah pemain dengan rating terendah iaitu Wang Ting-Hao tidak diberikan downfloat?



Bagaimanakah pairing ini dilakukan? 


Untuk membuat pairing ini, langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

Selepas pusingan kedua selesai, kedudukan mata adalah seperti berikut:

1) Pemain yang mendapat 2 mata = 3 orang
Pemain yang mendapat 1.5 mata = 23 orang
Pemain yang mendapat 1 mata = 19 orang
Pemain yang mendapat 0.5 mata = 21 orang
Pemain yang mendapat 0 mata = 3 orang
Jumlah pemain: 69 orang pemain

2) Penentuan jumlah pairing
Oleh kerana kumpulan pemain yang mendapat 2 mata mempunyai bilangan yang ganjil (3 orang), 1 orang pemain akan "downfloat" kepada kumpulan 1.5 mata.
Jadi, kumpulan pemain yang mendapat 2 mata = 2 orang (1 telah downfloat) = 1 pairing
Kumpulan pemain yang mendapat 1.5 mata = 23 orang + 1 orang (downfloat daripada kumpulan 2 mata) = 24 pemain = 12 pairing
Pairing bagi kumpulan yang mendapat 2 mata & kumpulan yang mendapat 1.5 mata tidak perlu saya terangkan bagaimana ia dilakukan.
Tumpuan kita adalah untuk melihat pairing bagi kumpulan pemain yang mendapat 1 mata, termasuklah Li Tian = 19 orang

3) Dalam kumpulan pemain 1 mata, terdapat 19 orang pemain. Oleh kerana bilangan pemain adalah ganjil, maka 1 pemain akan diturunkan (downfloat) untuk bermain dalam kumpulan yang mendapat 0.5 mata. Pemain ini diistilah sebagai "moved-down players" (MDP) (FIDE Handbook C.04.3 A.4)

Untuk membuat pairing pusingan 3, pemain dalam kumpulan 1 mata akan dipecahkan kepada 2 sub-kumpulan yang sama banyak, iaitu S1 dan S2 mengikut nombor seeded pemain. Namun, oleh kerana bilangannya adalah ganjil, kumpulan S2 akan menjadi terlebih 1 orang pemain.

Kumpulan pemain 1 mata yang telah dibahagikan kepada S1 & S2 seperti berikut:


Petunjuk: 
(b) bermaksud "mild colour preference" sebagai black.
(w) bermaksud "mild colour preference" sebagai white.
(bb) bermaksud "strong colour preference" sebagai Black. (player:#69)
(ww) bermaksud "strong colour preference" sebagai White. (player:#68)
(B) bermaksud "absolute colour preference" sebagai Black. (player:#32)
(f) bermaksud "forfeit" dan pemain ini mendapat mata percuma sama ada kerana bye ataupun tidak bermain. (player: #68 & #69)
Warna kuning bermaksud pemain ini perlu diberikan perhatian kerana faktor warna (absolute colour) ataupun pernah mendapat forfeit.

Formula mengira perbezaan warna (colour difference) ialah jumlah bilangan bermain putih ditolak dengan warna hitam. Dalam masalah pembahagian warna dalam Sistem Swiss, terdapat 4 kumpulan iaitu (FIDE Handbook C.04.3 A.6):

1) Absolute colour preference: iaitu apabila perbezaan warna pemain itu telah lebih daripada +1 ataupun -1. Contohnya, seorang pemain bermain 4 putih dan 2 hitam, maka perbezaan warna ialah (4-2) = +2. Jadi, pemain ini wajib (ABSOLUTE) bermain hitam dalam pusingan berikutnya.

2) Strong colour preference: iaitu  apabila perbezaan warna pemain itu sama ada +1 ataupun -1. Contohnya, pemain itu telah bermain 3 putih dan 4 hitam, maka perbezaan warna ialah (3-4)= -1. Jadi, pemain ini sangat dikehendaki (STRONGLY) untuk bermain putih dalam pusingan berikutnya.

3) Mild colour preference: iaitu apabila perbezaan warna pemain itu adalah kosong (0). Contohnya, pemain itu telah bermain 2 kali putih dan 2 kali hitam, iaitu wbwb, maka perbezaan warna ialah (2-2)=0. Pemain ini dicadangkan (MILD) untuk bermain dengan warna yang berbeza dengan pusingan sebelumnya iaitu bermain warna putih.

4) No colour preference: iaitu pemain yang tidak bermain apa-apa permainan, maka warna untuk pusingan berikutnya bergantung kepada warna yang dicadangkan terhadap lawannya.

Berbalik kepada masalah sub-kumpulan di bawah:

Kebanyakan pemain menerima "mild colour preference" kerana sebelum pusingan ketiga, kebanyakannya telah pun bermain 1 kali putih dan 1 kali hitam.

Tidak ada pemain yang mendapat "strong colour preference", kecuali pemain 68 dan 69 yang menerima forfeit pada pusingan 1 dan 2 menyebabkan mereka hanya bermain 1 permainan dan bermain 1 warna sahaja. Pemain ini juga dianggap sebagai "semi-absolute" kerana hanya bermain 1 warna sahaja, dan bukannya 2 warna seperti pemain-pemain yang lain kerana faktor forfeit.

Terdapat 1 pemain yang mendapat "absolute colour preference", iaitu pemain 32 yang telah bermain putih 2 kali. Maka, dia wajib bermain Hitam pada pusingan ketiga.

Pemilihan warna ini penting kerana ia mempengaruhi pemain yang akan dipilih untuk downfloat. 

Berdasarkan warna pemain dalam kumpulan di atas, penentuan warna, x, ialah seperti berikut:

x=(10black-9white)/2=0.5, sekiranya dikeluarkan 1 pemain hitam (Move-Down Player), maka kiraannya ialah: x=(9b-9w)/2=0.
Jadi, x=0.

Penentuan nilai x ini penting sebagai panduan untuk kita mengetahui adakah terdapat pasangan pemain yang tidak mengikut Colour Preference yang telah ditentukan. Berdasarkan nilai x=0, ia menunjukkan bahawa pairing ini boleh dibuat dengan memastikan semua pemain mendapat Colour Preference yang telah ditentukan, dengan syarat bahawa 1 pemain dengan Colour Preference Black hendaklah dijadikan sebagai downfloat/MDP.

Secara umumnya: 

S1 memiliki 3 pemain yang dicadangkan bermain putih & 6 pemain yang dicadangkan bermain hitam.
S2 memiliki 6 pemain yang dicadangkan bermain putih & 4 pemain yang dicadangkan bermain hitam.

Berdasarkan fakta di atas, untuk memilih pemain yang akan downfloat, perkara berikut perlu diambil kira:

1) Pemain 69 tidak boleh downfloat kerana pernah menerima bye pada pusingan 1 yang dianggap sebagai downfloat. Pemain yang mendapat bye/forfeit akan dianggap menerima downfloat pada pusingan tersebut (FIDE Handbook C.04.3 A.4 b). Lihat juga peraturan untuk tidak memberi downfloat kepada pemain yang sudah menerima downfloat 2 pusingan sebelumnya (FIDE Handbook C.04.3 C.14). 

2) Pemain 68 tidak boleh downfloat kerana pernah menerima bye pada pusingan 2 yang dianggap sebagai downfloatPemain yang mendapat bye/forfeit akan dianggap menerima downfloat pada pusingan tersebut (FIDE Handbook C.04.3 A.4 b). Lihat juga peraturan untuk tidak memberi downfloat kepada pemain yang sudah menerima downfloat 1 pusingan sebelumnya (FIDE Handbook C.04.3 C.12). 

3) Pemain yang akan downfloat ialah pemain dari kumpulan S2 yang dicadangkan bermain warna hitam, berdasarkan formula x=0.
Ini kerana, S1 mengandungi 6 pemain yang sepatutnya bermain hitam dan sama padanannya dengan S2 yang memiliki 6 pemain yang patut bermain warna putih. 
S1 hanya mengandungi 3 pemain yang patut bermain putih sementara S2 terlebih pemain hitam iaitu sebanyak 4 orang.

Justeru, 1 pemain yang patut bermain hitam perlu downfloat dari kumpulan S2 untuk menyeimbangkan 3 pemain putih S1 yang akan bermain dengan 3 pemain hitam S2.

Oleh itu, 4 pemain kumpulan S2 yang dicadangkan bermain hitam adalah:
a) 38 GM Hossain
b) 40 Fang
c) 54 GM Sriram
d) 69 Wang

Daripada 4 orang pemain di atas, pemain ranking terendah iaitu #69 tidak boleh downfloat kerana telah downfloat pada pusingan 1 (Lihat FIDE Handbook C.04.3 C.14). 

Pemain yang patut downfloat ialah pemain dengan ranking kedua terendah iaitu 54 GM Sriram.

Selepas mengeluarkan 54 GM Sriram, sub-kumpulan S1 dan S2 akan disusun semula seperti berikut:

Berdasarkan rajah di atas, pairing pemain akan dapat dibuat berdasarkan warna yang dicadangkan dan mereka mesti belum pernah bertemu sebelum ini. 

Pemain dalam S1 akan dipadankan dengan pemain S2. Sekiranya mereka pernah bertemu ataupun memiliki warna yang sama, pemain dalam S2 akan melalui proses "transposition" sehinggalah pemain dari S1 dapat dipadankan dengan pemain S2 (untuk maklumat lanjut, sila rujuk FIDE Handbook C.04.3 FIDE Dutch System, D.1).

Jadi, untuk memudahkan bagaimana pairing antara kumpulan S1 dengan S2 dilakukan, daripada rajah di atas, pairing dapat disusun dengan mengasingkan warna. Sepatutnya proses ini ditunjukkan melalui prosedur transposition, tetapi untuk lebih memudahkan pembaca memahami perkara ini, ia menjadi seperti berikut:


Pemain dari S1 akan pair dengan pemain S2:

5 sudah bertemu 39. Jadi, 5 akan lawan 41 (41vs5).
7 sudah bertemu 39. 41 pula menjadi lawan 5. Jadi, 7 akan lawan 45 (45vs7).
11 belum berlawan 39. Jadi, 11 akan lawan 39 (39vs11).
13 tidak boleh lawan 39, 41 & 45 kerana sudah memiliki lawan. 13 belum berlawan 61. Jadi, 13 akan lawan 61 (61vs13).
31 tidak boleh lawan 39, 41, 45 dan 61 kerana sudah memiliki lawan. 31 belum berlawan 63. Jadi, 31 akan lawan 63 (63vs31).
32 hanya memiliki 68 sebagai lawan dan mereka belum pernah bertemu. Jadi, 32 akan lawan 68 (68vs32).

Untuk warna seterusnya, pairing mengikut susunan warna adalah seperti berikut:

Berdasarkan maklumat di atas, pemain S1 akan pair S2 seperti berikut:

28 belum bertemu 38. Jadi, 28 akan lawan 38 (28vs38).
30 tidak boleh lawan 38 kerana 38 sudah memiliki lawan. 30 belum bertemu 40. Jadi, 30 akan lawan 40 (30vs40).
35 hanya memiliki 69 sebagai lawan dan mereka belum pernah bertemu. Jadi, 35 akan lawan 69 (35vs69).

Oleh itu, susunan pairing yang lengkap untuk kumpulan 1 mata ialah:

Pairing ini berjaya memberikan Colour Preference kepada setiap pemain. Berdasarkan kepada pairing pusingan 3 ini, Li Tian terpaksa menentang Wang Ting-Hao, iaitu pemain dengan rating terendah dalam kejohanan ini. GM Sriram pula telah diberikan downfloatKesemua ini dibuat dengan mengikut peraturan Swiss System FIDE (Dutch) System yang mengambil kira elemen asas seperti skorwarna dan forfeit/bye bagi setiap pemain. 

Diharapkan penerangan ini akan menambahkan lagi kefahaman kita kepada sistem Swiss FIDE (Dutch). Cara yang lebih tepat untuk membuat pairing ini sepatutnya diterangkan dengan menggunakan kaedah "transposition" (FIDE Handbook C.04.3 FIDE Dutch System, D.1). Namun, cukup untuk saya menerangkan proses ini menggunakan kaedah yang lebih mudah seperti di atas.

Selamat berbuka berpuasa!

Abdur-Rahman, 8 Jun 2017

2 comments:

  1. Thank you for sharing and clarifying. I only hope that more coaches/arbiters would bother to take the time to post articles like yours. I think millenial parents are more concerned with their children's progress and thus do want to understand chess rules and regulations, and therefore more forums like this should be posted more often. Thank you again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for taking your time to read my post!

      Delete