![]() |
WFM Tan Li Ting (Source: www.johoropen.blogspot.my) |
Bersama-sama dengan IM Yeoh Li Tian, WFM Tan Li Ting turut mengambil bahagian dalam kejohanan catur Asian Continental Chess Championship 2017 Kategori Wanita baru-baru ini.
Bagaimana untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance=Rp) untuk melayakkan WFM Tan Li Ting mendapat WIM Norm?
Menurut FIDE Title Regulations, untuk mendapat WIM norm, antara kriteria asas yang perlu dipenuhi ialah:
(FIDE Title Regulations, 1.48) "In order to achieve a WIM norm, a player must perform at a level at least 2250 (Rp)".
Untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance= Rp), formula pengiraan adalah seperti berikut:
Rp = Ra + dp
Rp = Rating Performance
Ra = Average rating of opponents
dp = rating difference (semak jadual dp daripada rajah 8.1.a FIDE Rating Regulations B.02 iaitu penukaran daripada peratus skor (p) kepada perbezaan rating dp).
Untuk menentukan Ra, rating 9 pemain lawan hendaklah dijumlahkan dan dibahagi dengan 9. Rating lawan Li Ting adalah seperti berikut:
Pusingan 1: WIM Vo Thi Kim Phung (Rating: 2323) (Kalah: 0)
Pusingan 2: WFM Khan Nazrana (Rating: 1912) (Menang: 1)
Pusingan 3: WIM Nandhidhaa (Rating: 2252) (Seri: 0.5)
Pusingan 4: WIM Gong Qianyun(Rating: 2298) (Seri: 0.5)
Pusingan 5: Luong Phuong Hanh (Rating: 2224) (Kalah: 0)
Pusingan 6: WIM Shamima Akter (Rating: 2109) (Menang: 1)
Pusingan 7: Chu Ruotong (Rating: 2251) (Seri: 0.5)
Pusingan 8: WFM Zhao Shengxin (Rating: 2155) (Seri: 0.5)
Pusingan 9: WGM Frayna Janelle Mae (Rating: 2287) (Seri: 0.5)
Jumlah mata: 4.5