Tuesday, October 6, 2015

Check Dan Masa Tamat

Selepas Nxc7+

Kes Arbiter:
Kes di atas telah dikongsikan dalam FIDE Arbiters' Magazine July 2015. Putih telah bermain Nxc7+. Selepas dia bermain gerakan tersebut, masa dia telah tamat. Pemain hitam claim untuk menang. Dalam situasi di atas, apakah keputusan yang tepat untuk diberikan oleh arbiter?

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memberikan keputusan:

1) Masa pemain putih telah tamat. Putih tidak melakukan checkmate terhadap pemain hitam. Knight putih hanya melakukan check sahaja di petak Nc7. Meskipun King hitam tidak boleh bergerak, Rook hitam masih berpeluang untuk makan Knight di petak c7.

2) Pemain hitam claim untuk menang kerana masa putih telah tamat. Hitam berhak untuk claim menang kerana masa putih telah pun tamat. 

Namun, artikel 6.9 dalam FIDE Laws of chess hendaklah dirujuk:

Article 6.9:
Except where one of Articles 5.1.a, 5.1.b, 5.2.a, 5.2.b, 5.2.c applies, if a player does not complete the prescribed number of moves in the allotted time, the game is lost by that player. However, the game is drawn if the position is such that the opponent cannot checkmate the player’s king by any possible series of legal moves.

Dalam artikel 6.9, melainkan kes-kes yang melibatkan artikel 5.1.a (checkmate), 5.1.b (resign), 5.2.b (Drawn game in a dead position) dan 5.2.c (Drawn game by agreement during the game), pemain yang sudah tamat masanya akan dianggap kalah. TETAPI, permainan adalah dianggap draw apabila situasi pemain yang sepatutnya menang itu TIDAK BOLEH melakukan checkmate terhadap pemain yang masanya telah tamat.

Dengan kata lain, dalam situasi di atas, pemain hitam telah claim untuk menang. TETAPI, setelah diamati dengan teliti, kita akan dapati bahawa semua gerakan selepas itu adalah forced move mate iaitu hitam terpaksa bermain (selepas Nxc7) ...Rxc7+, Nxc7+ Rxc7+ dan Kxc7# putih checkmate hitam!! 

Oleh itu, berdasarkan turutan forced move mate ini, hitam MUSTAHIL boleh melakukan checkmate terhadap putih. Namun, putih tidak boleh diisytiharkan pemenang kerana masanya telah tamat.

Justeru, Arbiter sepatutnya memberikan keputusan DRAW!!

No comments:

Post a Comment