Saturday, September 26, 2015

FIDE World Cup 2015: Super GM Hikaru Nakamura tersingkir di pusingan Suku Akhir

GM Pavel Eljanov dengan gaya yang meyakinkan... (Source: http://www.bakuworldcup2015.com/)

Selepas beberapa Super GM terkeluar di pusingan lebih awal, kini giliran GM Hikaru Nakamura (2814) yang mewakili Amerika Syarikat pula terkeluar di pusingan suku akhir. Beliau tewas kepada GM Pavel Eljanov (2717) dari Ukraine pada permainan pertama sebelum seri pada permainan kedua pada malam tadi (waktu Malaysia). Pada pusingan separuh akhir, GM Pavel Eljanov akan bertemu GM Sergey Karjakin (Rusia) pada malam esok waktu Malaysia. GM Sergey Karjakin telah berjaya menumpaskan GM Memedyarov pada satu lagi pertembungan suku akhir.

Berikut ialah permainan antara GM Pavel Eljanov vs GM Hikaru Nakamura, FIDE World Cup 2015, 23 September 2015, Baku, Suku Akhir, permainan pertama.

1.d4 d5 2.Nf3 Nf6 3.c4 e6 4.g3 Be7 5.Bg2 O-O 6.O-O dxc4 7.Qc2 a6 8.a4 Bd7 9.Qxc4 Bc6 10.Bg5 Bd5 11.Qc2 Be4  

Selepas 12.Qc2-c1


12.Qc1 
Putih juga boleh untuk memilih bermain 12.Qd1. Dengan bermain 12.Qc1, putih cuba menghalang hitam dari bermain ...c5, iaitu gerakan yang boleh memberi lebih ruang pergerakan untuk hitam. Petak d1 juga sengaja dikosongkan untuk membawa Rook f1 ke d1.

12...h6 13. Bxf6 Bxf6 14. Rd1 a5 15.Nbd2 Bh7!? 

Selepas 15...Be4-h7
Menurut GM Ramirez, dalam posisi Catalan seperti ini, permainan biasa bersambung dengan 15...Bxf3 16.Bxf3 c6 17.Nc4 Nd7. Putih memiliki ruang untuk bergerak tetapi posisi hitam adalah solid. Hitam nampaknya cuba untuk mengekalkan 2 Bishopnya bagi memberi tekanan terhadap centre dan Queeside putih.

16.Nb3 c6 17.Qc3 

Selepas 17.Qc1-c3
Putih cuba menghalang hitam daripada bermain ...Na6-b4. Sekiranya ...Na6, Nxa5. Dalam posisi di atas juga, hitam tidak boleh bermain ...c5, kerana petak itu sudah dilindungi oleh Knight b3 dan Queen. Apakah perancangan hitam seterusnya? 

17...Be7 18.Nc5 Qc7 19.Ne5 Na6


2 Knight putih menguasai medan peperangan. Hitam mencuba untuk menguasai petak b4. Putih perlu mengekalkan kelebihannya. Putih telah bermain...

20.Nxb7!? 
Putih melakukan satu kombinasi dengan mengorbankan Knight dan Bishop untuk mendapatkan 1 rook dan 2 pawns. Mungkin inilah yang dirancang oleh Eljanov sewaktu bemain Nc5. Namun begitu, 2 Bishop hitam masih aktif dan boleh mengkucar kacirkan kedudukan putih.

20...Qxb7 21.Bxc6 Qc7 
GM Ramirez mencadangkan hitam bermain 21... Qa7!? 22. Bxa8 Bb4 23. Qc6 Qxa8.

22.Bxa8 Qxc3 23.bxc3 Rxa8 24.Nc6 

Selepas 24.Ne5-c6
Selepas berlaku pertukaran pieces dan pawns, hitam memiliki sepasang Bishops, Knight dan Rook. Putih pula memiliki kelebihan 2 pawns (1 passed pawn), sepasang Rook dan Knight. Putih memiliki sedikit kelebihan. Sekarang putih sedang fork Bishop e7 dan pawn a5, dan memaksa hitam untuk bermain...

24...Bd8 25.Nxd8! (Mematikan Bishop hitam yang aktif) 25...Rxd8 26.f3! (menguasai petak e4 daripada Bishop dan memberikan ruang King bergerak) 
26...Rc8 27.Ra3 Bg6 28.Kf2 Rb8 29.Rd2 f6 30.Raa2! 

Selepas 30.Ra3-a2

Eljanov membuat keputusan untuk menguasai b-file, memberikan peluang hitam untuk mengambil pawn c3 dan putih pula akan mendapat pawn a5. Dalam bahasa yang lebih mudah, putih memberi pawn c3 untuk mengambil pawn a5!

30...Rb3 31.Rab2 Rxc3 32.Rb5 Bc2 33.Rxa5 Nc7 34.Ra7 f5 35.a5! 
Selepas 35.a4-a5
Perhatikan kedudukan di atas. Pieces hitam tidak terkoordinasi dengan baik. Bishop dan Knight sedang diserang dan bergantung dengan Rook c3 untuk melindunginya. Pawn a5 putih semakin maju ke hadapan. King hitam tidak boleh membantu ke petak f7 kerana ia menjadikan Knight hitam di pin di petak c7. Nakamura terpaksa menyelesaikan koordinasi pieces dan dalam masa yang sama mengekang kemaraan pawn a5.

35...Kh7 36.Rb7 Rc4 37.Rb6! (bersedia untuk menolak pawn ke a6 sambil menyerang pawn e6) 37...Ba4 38.a6 Bc6 39. a7 Bd5 40.Ra2!
Selepas 40.Rd2-a2

Gerakan yang berani, risiko yang diambil sudah dalam perkiraan! Putih mengancam untuk pergi ke petak Ra5-c5. Putih juga sudah nampak hitam boleh mengambil pawn d4. Tetapi, Putih sengaja memberi pawn d4 untuk mengambil kedudukan Rook di c-file! 

Seluruh kekuatan tentera hitam akan dipaksa untuk menghalang pawn a7 daripada menjadi Queen, dan ia memberikan ruang kepada putih akan melebarkan penguasaannya di Kingside.

30...Rxd4 41.Rc2 Na8 42.Ra6 (Knight a8 sudah tidak boleh bergerak) 42...Rd1 43.h4! (Putih memulakan operasi di Kingside) 43...h5 44.Ke3! Rg1 45. Kf4! Rg2 46. Rd6 Rg1 47. Rc8 Ra1 

Selepas 47...Rg1-a1
Dalam kedudukan di atas, pawn chain e2-f3 benar-benar menghalang penguasaan bishop hitam.  Pawn h5 menjadi sasaran seterusnya untuk putih. Dalam keadaan hitam yang terpaksa menumpukan sepenuh tenaga ke arah Queenside, putih mengubah arah serangan ke arah Kingside! Perhatikan juga Bishop dan Knight hitam terhalang daripada memberi bantuan ke kawasan Kingside...

48.Kg5! (menyerang pawn h5, pawn f3 dilindungi oleh pawn e2) 48...Rxa7 49.Rdd8 g6 50.Rh8+ Langkah yang lebih cepat untuk menang ialah 50. Kf6 Kh6 51. Rh8+ Rh7 52. Rcg8!

50... Kg7 51.Rcg8+ Kf7 52.Rxg6 
Selepas 52.Rg8xg6
Kingside hitam menjadi sasaran putih. Kingside hitam menjadi kucar kacir. Pawn h5 menjadi sasaran seterusnya selepas pawn g6 tumpas. Putih turut berpeluang mengancam checkmate menggunakan 2 rook di saat seluruh bala tentera hitam tersadai di Queenside!

52...Ra6 53.Rh7+ Kf8 54.Kxh5 Nb6 55.Kg5 


Selepas 55.Kh5-g5

King putih memberi laluan untuk pawn h bergerak ke hadapan. Bishop hitam terhalang daripada membantu Kingside. Knight pula memerlukan beberapa tempo untuk ke Kingside. Segalanya sudah terlewat buat hitam.

55...Nc4 56.h5 Nd6 57.Rf6+ Kg8 58.Rd7! 1-0

Selepas 58.Rh7-d7
Hitam menyerah kalah. 
Hitam tidak mempunyai gerakan yang baik. Sekiranya 58...Ne8 59.Rg6+ Kf8 (59...Kh8 60.Kh6!) 60.Rxd5! 
Sekiranya Bishop digerakkan, putih akan mengancam mate bermula dengan gerakan Kh6!
Rook hitam pula dipaksa untuk melindungi Knight hitam.
Satu permainan yang cantik daripada Eljanov. Beliau telah mengumpan hitam untuk menyerang pawn a7 dan kemudiannya telah memecah masuk ke Kingside dalam keadaan hitam yang sedang asyik bertahan di Queenside. 
Pawn e2 putih kekal tidak bergerak sehingga akhir permainan, namun itulah pawn yang menjadi simbol teras kekuatan pawn chain putih yang berjaya merantai pergerakan Bishop hitam.

No comments:

Post a Comment