Saturday, September 12, 2015

Gerakan Pemusnah!

Topalov sebagai pemain pilihan pertama menentang Adu. Source: www.chessbase.com

FIDE World Chess Cup baru sahaja bermula semalam dan akan berakhir pada 5 Oktober. Pertandingan ini agak unik kerana menggunakan sistem KO berbanding sistem Swiss ataupun Round Robin. Permainan dapat diikuti secara langsung melalui internet dan amat sesuai dengan waktu negara kita kerana dapat diikuti pada waktu malam. 

Dalam kejohanan ini, terdapat 128 orang pemain dan setiap pemain akan bermain putih dan hitam dengan kawalan masa standard iaitu 90 minit untuk 40 gerakan pertama dan 30 minit untuk gerakan seterusnya dengan tambahan masa 30 saat setiap gerakan. 

Sekiranya permainan masih seri, mereka akan bermain 2 game rapid dengan kawalan masa 25 minit + 10 saat. Sekiranya masih seri, mereka akan bermain 2 game dengan kawalan masa 10 minit + 10 saat. Sekiranya masih lagi seri, permainan 2 game berikutnya pula menggunakan masa blitz 5 minit + 3 saat. Sekiranya masih seri, mereka akan bermain game sudden death, 5 minit untuk putih dan 4 minit untuk hitam.

Dalam pusingan pertama, permainan pertama, terdapat beberapa permainan menarik yang dapat dilihat. Topalov selaku pilihan pertama mendapat lawan yang paling lemah iaitu Oladapo Adu dari Nigeria. Apakah gerakan Topalov dalam permainan berikut?

Topalov vs Adu:
Apakah gerakan Topalov yang telah memusnahkan kubu pertahanan hitam?



Topalov-Adu. Selepas 46...Ke8
Dalam permainan di atas, Topalav telah bermain 47.Bxg6!! fxg6 (sekiranya 47...Rxg6 48.Rh8+ akan membawa kepada checkmate) 48.Rxe7+!! Kxe7 49.Qh7+ dan hitam resign. 

Topalov-Adu. Selepas 49.Qh7+ 1-0


Sekiranya 49...Kf8 50.Bxg5 mengancam mate di petak e7. Kombinasi Queen dan Bishop putih sangat harmoni dalam keadaan Rook dan Bishop hitam yang tidak terkoordinasi, ditambah dengan Queen hitam yang sangat jauh di petak c3 untuk membantu.


GM Vladimir Kramnik. Source: http://www.bakuworldcup2015.com

Cori - Kramnik:
Apakah gerakan terakhir Kramnik yang membuatkan pemain putih terus menyerah kalah?

Cori-Kramnik, selepas 31.Kb1-a1
Kramnik telah bermain:
31...Qd5!! yang menyebabkan putih terus resign!
Hitam mengancam checkmate ...Qxd1 dan dalam masa yang sama mengancam ...Rxg5.


GM Wesley So yang berasal dari Filipina yang kini bermain untuk USA. Source: http://www.bakuworldcup2015.com

Vachier-Lagrave-Ortiz Suarez:
Rook putih di petak a6 sedang diserang. Apakah gerakan terbaik MVL untuk mengukuhkan kedudukan bala tenteranya?
Vachier-Lagrave-Ortiz Suarez, selepas 28...Bd7-c8
MVL telah bermain:
29.Bxf7+! Rxf7 30.Nd5 Bxf2+! 31.Qf2 Qd8

MVL-Ortiz Suarez, selepas 31...Qd8
Putih sudah pun memiliki passed-pawn di bahagian Queenside ditambah dengan kedudukan Knight d5 yang amat strategik. Permainan bersambung dengan:

32.Qb6 Qh4 33.Ra8! Rf8 34.Qxd6 dan penguasaan putih sudah tidak dapat disekat lagi. Hitam menyerah pada gerakan ke-35. 1-0


No comments:

Post a Comment