Sunday, April 13, 2014

Latest update 1: FIDE Laws of Chess (1st July 2014)

Nami Island, Korea Selatan, Oktober 2013. Pulau buatan ini mendapat nama daripada seorang panglima tentera yang hebat, Jeneral Nami (1441-1468).

Bermula 1 Julai 2014, FIDE akan menguatkuasakan beberapa peraturan baru yang telah diputuskan semasa persidangan Jawatankuasa RTRC pada tahun lepas. Versi terkini undang-undang FIDE boleh dimuat turun daripada laman web FIDE di sini. Terdapat beberapa peraturan baru yang dibuat dan terdapat beberapa pindaan daripada peraturan lama. Antaranya:

1) Article 3.10
c. A position is illegal when it cannot have been reached by any series of legal moves.

Sesuatu position itu adalah dianggap "illegal / tidak sah" apabila ia tidak boleh dicapai menggunakan segala siri gerakan catur yang sah.

Ini ialah penambahan dari peraturan yang lama. Menggunakan peraturan ini, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan sesuatu kedudukan itu diisytiharkan illegal / tidak sah. Contohnya:

1) Pemain putih mempunyai 2 bishop yang berada pada petak yang sama warna, dalam keadaan belum ada pawn yang melakukan pawn promotion / bertukar menjadi Bishop.
2) Kedua-dua King berada dalam keadaan "Check".
3) Kedua-dua King "Check" antara satu sama lain.
4) Terdapat pawn putih yang berada di rank yang kelapan, tanpa ditukar (pawn promotion) kepada piece putih yang lain.

Dan juga lain-lain position.

2) Article 4.6
The act of promotion may be performed in various ways:
1. the pawn does not have to be placed on the square of arrival,
2. removing the pawn and putting the new piece on the square of promotion may occur in any order.
If an opponent’s piece stands on the square of promotion, it must be captured.

Artikel ini menerangkan tentang kaedah "pawn promotion", iaitu pawn yang telah sampai ke baris kelapan, dan boleh ditukar kepada pieces yang sama warna. Berdasarkan kaedah lama, pawn itu mestilah terlebih dahulu tiba di baris kelapan, dan barulah ditukar kepada pieces yang sama warna. Peraturan baru ini lebih bersifat fleksibel, iaitu pawn promotion boleh dilakukan dengan 3 kaedah:

Kaedah 1:
1. Putih menggerakkan pawn ke baris kelapan.
2. Putih mengeluarkan pawn tersebut.
3. Putih menggantikannya dengan piece putih yang baru.
4. Putih menekan jam.

Kaedah 2:
1. Putih meletakkan piece putih yang baru di petak baris kelapan.
2. Putih mengeluarkan pawn yang akan dipromote dari petak baris ketujuh.
3. Putih menekan jam.

Kaedah 3:
1. Putih mengeluarkan pawn yang akan dipromote dari petak baris ketujuh.
2. Putih meletakkan piece putih yang baru di petak baris kelapan.
3. Putih menekan jam.

Sebelum daripada ini, terdapat kekeliruan iaitu apabila pemain menggunakan kaedah 2 atau 3 untuk melakukan pawn promotion, terdapat di kalangan arbiter yang mengkalisifikasikan kaedah ini sebagai "illegal move" kerana menambah piece dalam keadaan pawn di baris ketujuh belum bergerak ataupun "illegal move" kerana mengeluarkan pawn tanpa membawanya terlebih dahulu ke petak baris kelapan. Selepas ini, sepatutnya pawn promotion tidak akan menjadi penyebab kepada berlakunya "illegal move" kerana ia boleh dilakukan dengan 3 kaedah yang berbeza.


3) Article 6.2
a. During the game each player, having made his move on the chessboard, shall stop his own clock and start his opponent’s clock (that is to say, he shall press his clock). This “completes” the move. A move is also completed if:
(1) the move ends the game (see Articles 5.1.a, 5.2.a, 5.2.b, 5.2.c, 9.6a, 9.6b and 9.7), or
(2) the player has made his next move, in case his previous move was not completed.

Berdasarkan artikel di atas, peraturan ini menjelaskan lagi istilah "completed move / menyempurnakan pergerakan" iaitu apabila pemain telah melakukan pergerakan dan menekan jam. Apa yang lebih menarik, article 6.2 a. (2) menerangkan tentang situasi "completed move" yang lebih kompleks. Dalam situasi berikut sebagai contoh:

1. Pemain putih melakukan gerakan ke-30.
2. Pemain hitam membalas gerakan ke-30 dalam keadaan pemain putih belum menekan jam.

Situasi di atas dibenarkan dalam peraturan FIDE dengan syarat berikut berdasarkan artikel 8.1 c "A player may reply to his opponent’s move before recording it, if he so wishes. He must record his previous move before making another."

Dalam situasi sekarang, pemain putih telah melakukan gerakan ke-30 dan dibalas oleh pemain hitam juga dengan gerakan ke-30 tanpa sempat pemain putih menekan jam. Jadi, pemain putih mempunyai 2 pilihan iaitu:

Pilihan pertama:
1. Pemain putih menekan jam untuk menyempurnakan gerakan ke-30.
2. Pemain putih mencatat gerakan putih dan hitam yang ke-30.
3. Pemain putih berhak untuk melakukan gerakan yang ke-31 kerana hitam telah melakukan gerakan yang ke-30.

Pilihan kedua:
1. Pemain putih tidak menekan jam.
2. Pemain putih mencatat gerakan putih yang ke-30.
3. Pemain putih membalas dengan gerakan ke-31 terhadap gerakan ke-30 pemain hitam.
4. Pemain putih menekan jam.
5. Pemain putih mencatat gerakan hitam yang ke-30 dan gerakan putih yang ke-31.

Dalam pilihan kedua, gerakan putih yang ke-30 akan dianggap "completed / sempurna" meskipun putih tidak menekan jam pada gerakan ke-30 kerana pemain putih telah melakukan gerakan ke-31 dan diikuti menekan jam untuk menyempurnakan gerakan ke-31. Inilah yang dimaksudkan dalam artikel 6.2 a (2).

Saya rasa cukup dulu untuk coretan saya pada malam ini tentang undang-undang baru FIDE. Masih terdapat beberapa lagi perubahan yang akan dibincangkan dalam post yang akan datang, terutamanya peraturan yang berkaitan dengan pertandingan catur Rapid. 

Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment