Friday, May 2, 2014

FIDE LAWS UPDATE (2): ILLEGAL MOVE

Illegal move? Bermain catur bersama pencatur Sarawak ketika kursus arbiter di Kuching baru-baru ini...

Berikut ialah beberapa update dari FIDE laws of chess yang terbaru:

1) Artikel 7.1
If an irregularity occurs and the pieces have to be restored to a previous position, the arbiter shall use his best judgement to determine the times to be shown on the chess clock. This includes the right not to change the clock times. He shall also, if necessary, adjust the clock’s move-counter.


Dalam perubahan artikel di atas, ia memberikan pilihan kepada arbiter, sekiranya berlaku "irregularity", untuk tidak mengubah masa yang ditunjukkan pada clock walaupun kedudukan pieces diubah kepada kedudukan sebelum berlakunya "irregularity". FIDE juga nampaknya mengambil kira beberapa masalah yang timbul terutamanya dalam permainan rapid atau blitz, iaitu apabila masa diubah kepada masa sebelum berlakunya "irregularity", akan menyebabkan masa pusingan tersebut bertambah panjang dan berubah daripada jadual asal.

2) Artikel 7.5 (a) (Perenggan kedua)
If the player has moved a pawn to the furthest distant rank, pressed the clock, but not replaced the pawn with a new piece, the move is illegal. The pawn shall be replaced by a queen of the same colour as the pawn.

Perenggan ini menerangkan tentang gerakan illegal yang berlaku melibatkan pawn promotion. Gerakan illegal akan berlaku selepas pemain yang menolak pawn sehingga ke baris kelapan tidak menukarkan pawn ini kepada pieces yang sama warna selepas menekan jam. Apa yang lebih menarik, selepas pemain ini dihukum kerana gerakan illegal, arbiter berhak menukarkan pawn ini terus kepada Queen dengan warna yang sama dengan pawn.

3) Artikel 7.5 (b)
After the action taken under Article 7.5.a, for the first completed illegal move by a player the arbiter shall give two minutes extra time to his opponent; for the second completed illegal move by the same player the arbiter shall declare the game lost by this player. However, the game is drawn if the position is such that the opponent cannot checkmate the player’s king by any possible series of legal moves.

Artikel ini merupakan antara perubahan yang sangat menarik terhadap gerakan "illegal". Pemain perlu lebih berhati-hati kerana bagi kesalahan gerakan illegal yang pertama, pemain akan dihukum dengan  tambahan 2 minit untuk lawannya. Tetapi, bagi kesalahan kedua, pemain akan diisytiharkan sebagai kalah, selagi mana pemain lawan masih ada peluang untuk melakukan checkmate. Berbanding peraturan yang lama yang memberikan peluang sehingga 2 kali melakukan gerakan illegal sebelum diisytiharkan kalah pada kali ketiga, peraturan kali ini lebih ketat kerana hanya memberikan peluang satu kali sahaja gerakan illegal dan akan diisytihar kalah pada kali kedua gerakan illegal.

Jumpa lagi dalam artikel seterusnya, selamat berhujung minggu...

No comments:

Post a Comment