Sunday, April 6, 2014

KEJOHANAN CATUR MSSM 2014...


Tahniah kepada pasukan Sarawak atas pemilihan sebagai tuan rumah Kejohanan Catur MSSM 2014 yang bermula pada 31 Mac - 4 April 2014. Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah kejohanan ini ialah pada 2007. Pada tahun itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kuching sebagai pegawai Kontinjen Catur MSSKL. 





Pada tahun ini, buat kali kedua saya ke Kuching kerana dijemput sebagai penceramah bagi kursus Arbiter MSSM 2014. Kursus ini telah diadakan dengan jayanya bermula pada 18 Mac (Selasa) sehingga 21 Mac (Jumaat) bertempat di Yayasan Sarawak di Kuching. Kursus ini dihadiri oleh hampir 50 orang guru-guru dari seluruh Sarawak. Tahniah kepada Pengerusi Teknik Catur Sarawak, Cikgu Rosli yang dibantu oleh Cikgu Kamarul dan Cikgu Asrin yang telah berjaya menganjurkan kursus ini dengan baik.


Bagi keputusan Kejohanan Catur MSSM 2014, tidak banyak perubahan dapat dilihat dari kejohanan sebelum ini selain daripada dominasi pasukan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang bagi pingat emas. Kuala Lumpur berjaya mendapat jumlah pungutan pingat emas sebanyak 6 daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan, mengulangi pencapaian terbaiknya buat kali kedua selepas MSSM 2005 di Batu Pahat, Johor dengan jumlah pungutan pingat emas yang sama. Pecahan pingat bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur: (8 pingat)
6 Emas
(Individu Lelaki Bawah 15 - Tan Yong Zhou; Berpasukan Lelaki Bawah 12; Berpasukan Lelaki Bawah 15; Berpasukan Lelaki Bawah 18; Berpasukan Perempuan Bawah 15; Berpasukan Perempuan Bawah 18)

2 Gangsa
(Individu Lelaki Bawah 18 - Lim Ming Xian; Berpasukan Perempuan Bawah 12)

Selangor: (9 pingat)
4 Emas
(Individu Lelaki Bawah 18 - Roshan Singh; Individu Perempuan Bawah 15 - Nur Najiha; Individu Perempuan Bawah 18 - Nur Nabila; Berpasukan Perempuan Bawah 12)

3 Perak
(Individu Lelaki Bawah 15 - Daryl Wong; Lelaki Bawah 18 - Mohd Irfan Haqqim; Individu Perempuan Bawah 15 - Puteri Rifqah Fahada)

2 Gangsa
(Berpasukan Lelaki Bawah 12; Berpasukan Perempuan Bawah 15)

Pulau Pinang: (9 pingat)
2 Emas
(Individu Lelaki Bawah 12 - Wong Yinn Long; Perempuan Bawah 12 - Chua Jia-Tien)

5 Perak
(Berpasukan Lelaki Bawah 12; Berpasukan Lelaki Bawah 15; Berpasukan Lelaki Bawah 18; Berpasukan Perempuan Bawah 12; Berpasukan Perempuan Bawah 15)

2 Gangsa
(Individu Lelaki Bawah 12 - Tan Jun Ying: Perempuan Bawah 12 - Goh Jie Yi)

Johor: (2 pingat)
1 Perak (Individu Lelaki Bawah 12 - Di Xu Wei)
1 Gangsa (Individu Lelaki Bawah 15 - Ong Wei Bin)

Kelantan: (2 pingat)
1 Perak (Berpasukan Perempuan Bawah 18)
1 Gangsa (Berpasukan Lelaki Bawah 18)

Kedah: (1 pingat)
1 Perak (Individu Perempuan Bawah 18 - Fairuz Hamizah)

Terengganu: (1 pingat)
1 Perak (Individu Perempuan Bawah 12 - Athiera Fatneen)

Negeri Sembilan: (2 pingat)
2 Gangsa (Individu Perempuan Bawah 15 - Nithyalakshmi; Individu Perempuan Bawah 18 - Jessica)

Pahang: (1 pingat)
1 Gangsa (Berpasukan Perempuan Bawah 18)

Perak: (1 pingat)
1 Gangsa (Berpasukan Lelaki Bawah 15)

Sempat bermain catur di salah sebuah restoran di Sarawak... Lim Kian Hwa antara pemain yang aktif menyertai banyak kejohanan catur...


Pembahagian mengikut pingat pula adalah seperti berikut:

Emas: Kuala Lumpur (6), Selangor (4), Pulau Pinang (2)

Perak: Pulau Pinang (5), Selangor (3), Johor (1), Kelantan (1), Kedah (1), Terengganu (1)


Gangsa: Kuala Lumpur (2), Selangor (2), Pulau Pinang (2), Negeri Sembilan (2), Johor (1), Kelantan (1), Pahang (1), Perak (1)


Suasana di bilik stage arbiter...
Ternyata, pasukan gergasi seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang masih menguasai sepenuhnya pingat emas yang dipertandingkan. Namun, pasukan-pasukan seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu tetap berjaya mencuri beberapa pingat Perak. Begitu juga denga pingat gangsa yang turut berjaya dimenenangi oleh negeri-negeri seperti Negeri Sembilan dan Pahang. 

Bersama Cikgu Rosli, PTPS Sarawak... Terima kasih daun keladi...

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sarawak atas layanan yang istimewa diterima tempoh hari, terutamanya kepada Pengerusi Teknik Catur Sarawak, Cikgu Rosli. Diharapkan MSSM dapat diteruskan untuk mencungkil bakat-bakat cilik daripada seluruh negara. Tahniah kepada semua! 

No comments:

Post a Comment