Saturday, February 8, 2014

SUKIPT HARI KEEMPAT: FADZIL NAYAN STRIKES BACK!

Arbiter & AJK Pelaksana Kejohanan Catur SUKIPT 2014

Kejohanan Catur SUKIPT 2014 sudah semakin hampir ke penghujungnya. Namun, meskipun sudah bermain 10 pusingan, kategori lelaki belum masih belum jelas kelihatan pendahulunya. Masih terdapat 3 pemain yang terikat dengan 8 mata iaitu Ahmad Fadzil Nayan (UIA), Muhd Syazwan (UM) dan Muhd Ali (UiTM). Ahmad Fadzil yang turun selaku juara bertahan SUKIPT 2012, hampir-hampir kehilangan pingat emas selepas seri pada pusingan ke 4 & 5 dan ditewaskan pada pusingan ke-6, namun kembali bangkit untuk menang 4 pusingan berturut-turut untuk kembali ke meja satu pada pusingan ke-11. Sementara bagi kategori wanita, WFM Alia (UM) masih kekal sebagai pendahulu kejohanan dengan 9 mata dan diekori rapat oleh Kwan Tszee Yeung (UPSI) dan Ong Choon Yong (USM) dengan 8 mata.

Bagi kategori berpasukan, kategori wanita menyaksikan UM masih mendahului dengan catatan 28 mata, diikuti oleh UPSI (25 mata) dan UPM serta USM (24 mata). Kategori lelaki pula didahului dengan 3 pasukan yang berkongsi 27 mata iaitu UM, Sunway University dan UiTM. Esok ialah penentuan terakhir yang akan menentukan johan berpasukan dan individu.

Posisi berikut diambil pada pusingan kesepuluh yang berlangsung petang tadi:
Muhammad Ali Chor (UiTM) vs Muhd Nabil Azman Hisham (MMC), Pusingan 10, SUKIPT 2014. 

Hitam baru sahaja menggerakkan 21...b6. Jelas kelihatan King hitam berada dalam keadaan yang tidak selamat. Rook hitam terperangkap di petak h8 untuk melindungi pawn h7 sementara Bishop c6 disekat pergerakannya oleh pawn d5 dan ia tidak dilindungi. Bagi putih, kesemua pieces sudah bersedia untuk melancarkan serangan berhabis-habisan ke kubu lawan. Apakah gerakan yang sepatutnya dimainkan oleh putih?

Putih telah bermain:

22.Be3 
untuk membawa Bishop ke medan pertempuran. Meskipun akhirnya putih menang dalam fasa ending, putih sebenarnya mempunyai gerakan yang lebih baik. Gerakan tersebut ialah:

22.Rxe6!! Makan pawn e6 sambil menyerang Bishop c6 yang tidak dilindungi serta memberikan ruang untuk pawn e5 mara ke hadapan. Yang paling penting, King hitam sudah terjerat dan tidak boleh keluar dari baris 7 dan 8.

Sekiranya: 22...fxe6 23.Rg3+ (King putih berada dalam mating net) Kf8 [23...Kf7 24.Qh5+ Kf8 25.Qh6+] 24.Qh6+ Kf7 25.Rg7+ dan mengancam check mate.


No comments:

Post a Comment