Thursday, February 6, 2014

SUKIPT HARI KEDUA: LUKA YANG MASIH BERDARAH...

Papan 1 dan 2 pada pusingan keempat.

Banyak pertarungan sengit yang berlaku pada hari kedua pertandingan. Ibarat kata-kata, tiada pahlawan yang tidak terluka, tiada senjata yang tidak terhunus, tiada darah yang tidak menitis. 

Sebanyak 3 pusingan telah berjaya dijalankan iaitu pusingan 4, 5 dan 6. Setelah tamat pusingan keenam, bagi kategori lelaki, seramai 7 orang pemain telah berkongsi mata tertinggi iaitu sebanyak 5 mata. Mereka ialah Muhd Syazwan (UM), Looi Xin Hou (USM), Muhd Nabil (MMC), Chek Kin Keuw (UPM), Mohd Hazzafri (UiTM), Low Jun Keat (Sunway) dan See Kai Long (UTAR). Bagi kategori wanita pula, WFM Alia Anin Azwa (UM) masih unggul dengan 100% kemenangan dengan mengumpul 6 mata. Beliau diekori rapat oleh Kwan Tszee Yeung (UPSI), Goh Xin Yen (Sunway) dan Lee Lee Yin (USM). 

Dalam kategori lelaki, pilihan utama kejohanan dan merupakan juara SUKIPT 2012, Ahmad Fadzil Nayan telah diikat seri sebanyak 2 kali dan kemudiannya tewas kepada Hazzafri (UiTM) pada pusingan keenam. Looi Xin Hou, pilihan kedua kejohanan pula terselamat dari ambang kekalahan pada pusingan keempat dan seterusnya diikat dengan keputusan seri pada pusingan kelima dan keenam. Setakat ini, kategori lelaki masih belum dapat diramalkan dengan jelas bayangan juara kerana bilangan pemain dengan mata tertinggi yang masih ramai. Segalanya mungkin terjadi dalam baki 6 perlawanan seterusnya.

Berbeza bagi kategori wanita, WFM Alia Anin (UM) tidak menghadapi masalah besar untuk menewaskan 3 pencabarnya pada hari ini iaitu Kwan Tszee Yeung (UPSI), Nur Hafizaliyana (UPSI) dan Ong Choon Yong (USM). WFM Alia sudah mendahului dengan 1 jurang mata dengan pencabar terdekatnya. 

Berikut ialah permainan yang telah berlangsung pada hari ini:

Looi Xin How (USM) vs Low Jun Jian (Sunway), SUKIPT 2014 Pusingan 4. Selepas putih bermain 56.Kd1-c1.
Dalam posisi di atas, ternyata hitam sedang menguasai tempo permainan. Dalam keadaan masa yang semakin suntuk, apakah gerakan yang sepatutnya dimainkan oleh pemain hitam?

Hitam telah telah bermain:

56...Rg1?! Memberikan tempo menyerang kepada putih. Terdapat gerakan yang lebih baik untuk menyerang King Putih, iaitu 56...Rc2+. Permainan boleh diteruskan dengan 57.Kb1 (forced) Ba2+ 58.Ka1 Rc1+ sambil fork Bishop di petak e1. Hitam sudah boleh memiliki kelebihan 1 piece.

57.Kb2! Mengambil peluang atas kesilapan hitam.

57...Na2?! Sekali lagi hitam melakukan kesilapan. Kemungkinan faktor masa memainkan peranan. Hitam sepatutnya bermain mudah dengan 57...Rxe1 58.Kxb3 Rb1+ dan hitam masih lagi boleh bertahan.

Selepas 57...Nb4-a2
58.Bd3+! Putih mengambil petak yang sepatutnya dijaga oleh Knight Hitam.

58...g6 59.Rd7+ Kg8 60.Bxg6 Rxe1

Selepas 60...Rg1xe1

Hitam sudah memiliki kelebihan 1 piece, tetapi kini giliran putih pula menyerang!

61. exf6! dan sekarang hitam menghadapi masalah untuk melindungi back rank. 1-0


No comments:

Post a Comment