Friday, January 31, 2014

2 Knights vs 2 Bishops...

Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi Fa Chai! Kenangan di Shanghai 2011, saya dan pekedai Restoran Cina berkomunikasi dalam Bahasa Arab!

Teringat pengalaman kali pertama melawat Shanghai 2011. Saya berada di kota Shanghai kerana membentangkan kertas kerja di seminar ICSSS2011. Perjalanan dari Pudong International Airport ke bandaraya Shanghai hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit menggunakan keretapi Maglev yang mencecah kelajuan 400 km sejam dengan bayaran RM25! Terbayang-bayang di kepala, alangkah seronoknya juga kalau keretapi ETS Ipoh-KL juga berkelajuan 400 km sejam... 

Masyarakat di negara China kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi kedua selepas Mandarin. Jadi, saya menghadapi sedikit masalah untuk mencari kedai makanan halal. Tetapi, terdapat sebuah kedai makanan halal di Shanghai yang sangat unik. Ia menjadi sangat unik kerana cara kami berkomunikasi. Saya yang tidak boleh berbahasa Mandarin menghadapi masalah dengan pekedai restoran yang tidak boleh berbahasa Inggeris. Yang paling mengejutkan saya ialah apabila pekedai itu boleh berbahasa Arab dengan fasih! Justeru, inilah kali pertama dalam hidup saya berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan orang China di negara China! Gong Xi Fa Chai, sanah sa'idah ya sadiqi

Sekarang, perhatikan pula diagram di bawah yang diambil dalam pertandingan 76th Tata Steel Challengers 2014 di Wijk aan Zee. Ia menunjukkan bagaimana penguasaan 2 knights berbanding 2 bishops, bersempena dengan tahun Kuda yang dimainkan oleh GM Xue Zhao! Putih mempunyai kelebihan 1 pawn berbanding pawn hitam, namun hitam memiliki sepasang Bishop yang jika diaktifkan dengan baik boleh mengimbangi kelebihan pawn putih. Namun, hitam telah melakukan kesilapan yang telah dimanipulasikan dengan sebaiknya oleh putih. Dalam kedudukan di bawah, hitam telah bermain:


GM Xue Zhao (2567) - IM Benjamin Bok (2560), 76th Tata Steel Challengers 2014.


1...e6? Gerakan ini kurang tepat untuk dimainkan kerana ia telah memberikan ruang kepada putih untuk menguasai petak d6. Tugas pawn e7 ialah untuk mengawal petak d6.

2.Nc4! Putih mengambil peluang atas kesilapan hitam untuk memasuki kubu hitam melalui petak d6. Putih menggerakkan Knightnya sambil mengambil tempo menyerang Ra5.

2...Ra4

3.Nd6+ Ke7 Putih menawan petak d6 sambil mengambil tempo check. Sekarang, perhatikan bagaimana putih mengambil peluang dari kedudukan Knight di petak d6 untuk memerangkap Bishop g7.

Selepas 3...Ke7

4.Rb1 Putih mengaktifkan Rooknya untuk menceroboh ke back rank hitam. 4...Ra3 

5.Kg2 Be2 Hitam bertindak agresif untuk menyerang kedudukan pertahanan putih.

6.Rb7+ Putih memulakan serangan terlebih dahulu. 

6...Kf8 Berundur sambil melindungi Bishop g7.

7.Ng1 Knight berundur untuk memberi perlindungan kepada petak f3 dan pawn h3 sambil menyerang Bishop e2.

7...Bd1 8.Rb8+ Ke7

Selepas 8...Ke7

9.Re8+! Gerakan yang menarik. Rook dan Knight putih bekerjasama untuk memerangkap Bishop g7. Langkah pertama, King hitam dipaksa untuk berada jauh dari melindungi Bishop g7 yang sedang diperangkap.

9...Kd7 Forced. 

10. Rg8 Bh6 11. g5! Bishop h6 sudah tidak mempunyai jalan keluar. 

Selepas 11.g5

11...fxg5 12.Rh8! Putih memanfaatkan peluang untuk melakukan fork di petak h7.

12...Bb3 Hitam menyedari bahawa Bishop h6 sudah tidak dapat diselamatkan. Sekiranya 12...Bg7 13.Rxh7 dan Bishop g7 tetap tidak dapat diselamatkan.

13.Rxh7+ Kd8 14.Rxh6 dan putih sudah memiliki kelebihan 1 piece.

Selepas 14.Rxh6

14...Bd5+ 15.f3 Ra2+

16.Kf1 1-0

Hitam menyedari bahawa tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menang. Rook putih akan bermaharaja lela mengambil satu demi satu pawn hitam sambil kedua-dua Knight putih akan bekerjasama untuk melindungi antara satu sama lain dan King dari serangan hitam.

No comments:

Post a Comment