Sunday, February 24, 2013

Recording the Moves...

NAG2013: Merekodkan pergerakan adalah diwajibkan...

Mencatat pergerakan catur adalah antara perkara yang diberi perhatian dalam Laws of Chess. Hanya pertandingan catur yang menggunakan kawalan masa standard sahaja (60 minit ke atas) dikehendaki membuat catatan pergerakan. Isu yang ingin saya bangkitkan ialah:

"Adakah pemain yang sedang dalam giliran untuk bergerak, dibenarkan menulis pergerakan yang akan dilakukan terlebih dahulu dan diikuti dengan menggerakkannya di atas papan catur?"

Dengan kata lain, pemain A akan melakukan langkah:
1) mencatat pergerakan yang akan dibuat
2) melaksanakan pergerakan tersebut di atas papan catur
3) menekan jam untuk menyempurnakan pergerakan

Mencatat sambil berdiri, gaya biasa bagi Under-8...
Dalam artikel 8.1:
In the course of play each player is required to record his own moves and those of his opponent in the correct manner, move after move, as clearly and legibly as possible, in the algebraic notation (Appendix C), on the ‘scoresheet’ prescribed for the competition. It is forbidden to write the moves in advance, unless the player is claiming a draw according to Article 9.2, or 9.3 or adjourning the game according to the Guidelines of Adjourned Games point 1.a.

Dalam FIDE Laws of chess, ia telah dinyatakan secara jelas bahawa pemain dilarang menulis terlebih dahulu pergerakan yang ingin dilakukan. Dengan kata lain, chess recording / catatan pergerakan bermaksud pergerakan yang telah dilakukan di atas papan catur, bukannya yang belum atau yang akan dilakukan.

Mengikut undang-undang catur versi lama, sememangnya pemain dibenarkan menulis pergerakan yang akan dilakukan, tetapi bermula pada kongres FIDE 2004, cadangan untuk mengubahnya telah diterima sepertimana yang digunapakai pada artikel 8.1 di atas. Masalah yang berlaku ialah apabila terdapat pemain-pemain yang menulis cadangan pergerakan yang akan dilakukan, namun kemudian menukar fikiran mereka kepada gerakan yang lain. Akibatnya, score sheet menjadi semakin sukar dibaca akibat daripada banyak contengan terhadap gerakan yang sudah ditukar.

Apa bezanya dengan artikel 9.2 atau 9.3 seperti yang tertulis dalam artikel 8.1? 

Artikel 9.2 ialah pemain yang ingin menuntut draw berdasarkan 3 kali berulangnya kedudukan yang sama. Artikel 9.3 ialah pemain yang ingin menuntut draw berdasarkan 50 gerakan yang telah dilakukan tanpa melibatkan gerakan pawn ataupun pieces yang dimakan.

Artikel 9.2.a.:
The game is drawn, upon a correct claim by the player having the move, when the same position, for at least the third time (not necessarily by a repetition of moves) is about to appear, if he first writes his move on his scoresheet and declares to the arbiter his intention to make this move.

Artikel 9.3.a.:

The game is drawn, upon a correct claim by the player having the move, if he writes his move on his score sheet, and declares to the arbiter his intention to make this move which will result in the last 50 moves having been made by each player without the movement of any pawn and without any capture.

Perhatikan kedua-dua artikel di atas, terdapat beberapa persamaan:
1) Tuntutan untuk draw melibatkan arbiter
2) Tuntutan dibuat oleh pemain yang mempunyai giliran bergerak
3) Tuntutan itu dibuat selepas dia menulis pergerakan, tetapi belum dilakukan pergerakan di atas papan catur.


Langkah tuntutan draw ini boleh diringkaskan seperti berikut:
1) Pemain menulis gerakan yang akan dibuat
2) Pemain memberhentikan jam (artikel 9.5)
3) Pemain memanggil arbiter
4) Arbiter membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tuntutan pemain.


Johan National Age-Group Chess Championship 2013

Meskipun dia telah menulis pergerakan itu terlebih dahulu, pemain itu tidak boleh menarik balik atau menukar gerakan itu dengan gerakan yang lain. Dengan kata lain, dia sudah pasti akan menggerakkan gerakan itu, dan gerakan itu tidak boleh ditukar melainkan ia adalah illegal move

Sekiranya tuntutan pemain untuk draw ditolak, pemain tetap perlu menjalankan gerakan yang telah ditulisnya dan gerakan itu tidak boleh ditukar dan masa pemain lawan akan ditambah 3 minit (artikel 9.5.b). Sekiranya berlaku illegal move pada pergerakan yang ditulis itu, arbiter berhak menolak tuntutan draw dari pemain itu dan menghukum pemain berdasarkan hukuman illegal move

Perlu diingat, mana-mana pemain yang ingin menawarkan draw kepada lawan (offer draw), pemain tidak perlu menulis terlebih dahulu gerakan yang akan dilakukan. Langkah untuk offer draw kepada lawan adalah lebih mudah:
1) Melakukan pergerakan di atas papan catur
2) Menawarkan draw kepada lawan
3) Menekan jam
4) Menulis pergerakan yang telah dilakukan

Rujuk artikel 9.1.b. (1):

A player wishing to offer a draw shall do so after having made a move on the chessboard and before stopping his clock and starting the opponent’s clock. An offer at any other time during play is still valid, but Article 12.6 must be considered.


Kesimpulannya: 
1) Pemain hanya boleh menulis pergerakan yang telah dibuat di atas papan catur, bukan pergerakan yang akan berlaku.
2) Dalam tuntutan untuk draw, pemain yang akan bergerak mesti menulis gerakan yang akan dibuat terlebih dahulu dan tidak boleh menukar gerakan tersebut. Sekiranya tuntutan draw ditolak, dia diwajibkan untuk menggerakkan gerakan yang telah ditulisnya.
3) Untuk menawarkan draw kepada lawan, pemain tidak boleh menulis pergerakan terlebih dahulu. Tawaran draw dibuat selepas melakukan pergerakan, tetapi sebelum pemain menekan jamnya.
NAG 2013: NM Roshan  dan Wong Jianwen...

Armanov,
Bandar Seri Botani.

2 comments: