Thursday, April 11, 2013

MSSM 2013...

MSSM Future Champions in training...

Saya terlepas peluang untuk berada di kejohanan catur elit kebangsaan iaitu MSSM yang berlangsung dari hari Isnin (25 Mac) hingga hari Jumaat (29 Mac) yang lalu. Semenjak kejohanan ini mula diperkenalkan semula pada 2004 di Labuan, saya hanya terlepas peluang untuk melihatnya dari dekat pada tahun lepas di Terengganu dan di Taiping pada tahun ini disebabkan masalah yang tidak boleh dielakkan. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang penting untuk mencungkil bakat-bakat baru pemain catur serta dapat melihat perkembangan sukan catur bagi setiap negeri.

Meskipun tidak berkesempatan ke sana, saya masih dapat mengikuti keputusannya melalui chess-results.com. Tahniah kepada unit sukan Jabatan Pelajaran Perak yang mengambil inisiatif untuk membeli pairing software yang original dan membolehkan keputusan di upload pada setiap pusingan. Secara keseluruhannya, keputusan emas, perak dan gangsa mengikut negeri adalah seperti berikut:


Individu Lelaki Bawah 12: WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang
Individu Lelaki Bawah 15: Selangor, WP Putrajaya, Perlis
Individu Lelaki Bawah 18: Selangor, Kelantan, Sabah
Individu Perempuan Bawah 12: Pulau Pinang, Selangor, Selangor
Individu Perempuan Bawah 15: Selangor, Pahang, WP Kuala Lumpur
Individu Perempuan Bawah 18: Selangor, Sarawak, Johor

Berpasukan Lelaki Bawah 12: Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Johor
Berpasukan Lelaki Bawah 15: Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Selangor
Berpasukan Lelaki Bawah 18: WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor
Berpasukan Perempuan Bawah 12: WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak
Berpasukan Perempuan Bawah 15: WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak
Berpasukan Perempuan Bawah 18: Pulau Pinang, Kelantan, Kedah

Kedudukan pasukan berdasarkan kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa di atas:

Pulau Pinang: 4 Emas, 4 Perak (8 pingat)
WP Kuala Lumpur: 4 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa (7 pingat)
Selangor: 4 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa (8 pingat)
Kelantan: 2 Perak
Pahang: 1 Perak, 1 Gangsa (2 Pingat)
Sarawak: 1 Perak
WP Putrajaya: 1 Perak
Johor: 2 Gangsa
Perak: 2 Gangsa
Kedah: 1 Gangsa
Perlis: 1 Gangsa
Sabah: 1 Gangsa

Penguasaan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor masih sukar dipecahkan. Mereka menyapu bersih 12 pingat emas yang dipertandingkan. Apa yang lebih menarik, pasukan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur lebih banyak memonopoli acara berpasukan sementara Selangor pula banyak menyandarkan pungutan pingat emas kepada pemain individu. Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan bahawa Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mempunyai kumpulan pemain yang kuat kerana untuk memenangi acara berpasukan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 3 pemain yang kuat dalam satu-satu pasukan untuk memastikan pasukan tersebut mendapat pingat emas atau perak. 

Kejutan juga telah dilakukan dari pasukan Kelantan dan Pahang yang telah mula mengecap pingat perak termasuklah Putrajaya dan Sarawak. Memang diakui, Kelantan dan Pahang mempunyai potensi untuk berkembang berdasarkan aktiviti-aktiviti catur yang rancak di sana dengan dibantu oleh Persatuan Catur Negeri masing-masing.

Format MSSM kali ini yang memberikan kawalan masa yang lebih baik adalah dipercayai dapat membantu meningkatkan mutu permainan catur. Kawalan masa 60 minit dan 30 saat tambahan bagi setiap pergerakan amat membantu pemain untuk mengelakkan kesilapan dalam fasa ending. 

Tahniah diucapkan kepada tuan rumah selaku penganjur yang diketuai oleh PTPS Negeri Perak Encik Zaki Mahmud dan semua pasukan yang bertanding termasuklah pengurus, jurulatih, arbiter, ibu bapa, guru-guru pengiring serta semua PTPS negeri dan PTPS kebangsaan, iaitu Encik Aminuddin. Tidak dilupakan juga pasukan MSSM Kuala Lumpur yang diketuai oleh PTPS Encik Suhairi Hussin, menjadi tempat saya mengutip mutiara pengalaman berharga sebagai arbiter, jurulatih, penasihat, guru pengiring dan sebagainya sepanjang membimbing pasukan ini dari 2005 hingga 2009. Masih digamit rasa rindu untuk kembali aktif membimbing pasukan MSSM negeri. Moga kita diberikan kesempatan untuk bertemu di kejohanan catur MSSM yang akan datang...

No comments:

Post a Comment